Lazada Lancar Beli-Belah Multiskrin Menjelang 11.11

Lazada 11.11

Lazada Lancar Beli-Belah Multiskrin Menjelang 11.11 |  Lazada Malaysia melancarkan acarabeli-belah terbesarnya bagi tahun 2018, iaitu Lazada 11.11 Shopping Festival. Ekstravaganza beli-belah dalamtalian selama 24 jam tersebut akan bermula pada tengah malam 11 November 2018,dengan pertunjukan pengiraan turun detik pelancaran yang disiarkan secaralangsung pada 10 November 2018. Bonanza beli-belah tahun 2018 ini menjanjikanpengalaman beli-belah yang sangat mengujakan bagi mereka yang mencarikeseronokan dan memburu tawaran harga rendah, dengan pelbagai aktivitimultideria dan multiskrin.

Lazada 11.11

Pada malam menjelang Lazada 11.11 Shopping Festival, pembeli akan dihiburkan dengan Lazada 11.11 Super Show, sebuah program variasi yang dibarisi bintang terkenal yang bakal berlangsung hanya pada malam tersebut siaran langsung di TV3 dan ntv7. Penonton yang menonton persembahan tersebut turut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam sesi permainan secara langsung dan memenangi pelbagai hadiah hebat, di samping melihat persembahan yang menampilkan pelbagai gaya pertunjukan oleh selebriti tempatan dan antarabangsa terkenal. Terutamanya persembahan sebuah kumpulan K-pop akan menutup tirai acara pada malam tersebut.

Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia menjelaskan usaha berterusan gergasi e-dagang tersebut untuk mewujudkan hubungan yang lebih akrab dan kukuh dengan para pembeli.

Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia

“Lazada kini berkembang menjadi sebuah platform gaya hidup, menawarkan pengalaman di luar batasan beli-belah dalam talian. Kami sentiasa memperluas rangkaian produk kami, dengan fokus terhadap fesyen dan produk kecantikan bagi memenuhi pasaran wanita kami yang semakin berkembang. Bukan sekadar harga terendah, kami berusaha membangkitkan keterujaan dan melibatkan pelanggan, sekali gus mencipta festival beli-belah terbesar menerusi tawaran hebat, permainan yang menghiburkan dan alat penemuan (discovery tools) menerusi aplikasi kami,” jelas Lejeune.

“Dengan lebih 9 juta muat turun aplikasi Lazada, ini merupakan bukti kukuh terhadap keupayaan dan kepakaran kami dalam menangani keperluan para pembeli dalam talian. Dengan lebih lima kali ganda jenama dan penjual berbanding tahun lepas, para pembeli akan memperoleh akses kepada lebih 100 juta produk dan lebih 300 jenama, yang dihantar dari gudang dengan armada kami sendiri untuk mengawal proses penghantaran. Kami juga bekerjasama dengan penyedia khidmat logistik yang boleh dipercayai bagi memastikan kami berupaya memperluas rangkaian penghantaran demi mencapai pelanggan kami tidak kira situasi mereka,” tambah Lejeune lagi.

Sertai Super Show 11.11

Lazada The Biggest One Day Sale

Dipentaskan di Axiata Arena, dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia akan menyaksikan acara ini secara serentak merentas saluran Media Prima iaitu TV3 dan ntv7, tonton, dan juga aplikasi mudah alih Lazada. Pastikan anda merupakan sebahagian daripada aksi tersebut dan temui sendiri Aiman Tino, Haqiem Rusli, Ayda Jebat, Wany Hasrita, Ella, Ziana Zain, Bunkface serta bintang hebat Malaysia dan antarabangsa yang lain dengan memuat naik sekeping gambar individu yang anda ingin pergi bersamanya di Instagram dengan kapsyen “Sudikah anda pergi ke Super Show Lazada 11.11 bersama saya?” berserta tanda pagar #MYLazada1111. Individu tersebut hendaklah membalas ya atau bersetuju untuk pergi bersama anda. Pertandingan ini berlangsung hingga 31 Oktober dan pemenangnya akan diumumkan pada 1 November. 50 pemenang bertuah akan dipilih!

Para penonton di arena dan di rumah yang menonton pada 10 November 2018 juga akan menerima panggilan video daripada artis kegemaran mereka dan memperoleh satu peluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk dua buah kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI melalui permainan secara langsung di aplikasi Lazada ketika program ini berlangsung. Sentiasa perhatikan skrin anda dan untuk membawa pulang hadiah daripada L’Oreal  Paris, Carlo Rino, Philips, Lactogrow, Sunsilk, Drypers dan Xiaomi!

Ambil Kesempatan Tawaran Terhebat Tahun 2018!

Usah tunggu hingga 11.11 untuk menambahkan barangan ke troli anda! Mulai 1 November 2018, anda boleh memulakan previu harga 11.11 dan menambahkan barangan tersebut ke troli anda, dengan itu anda boleh mendaftar keluar serta membayar dengan cepat dan selesa pada hari jualan berlangsung. Jangan ketinggalan mendapatkan Baucar Kolektibel sehingga RM11,000,000, tawaran serendah RM0.99 dan hadiah percuma bernilai RM200,000! Terdapat juga lebih daripada 10,000 Kotak Kejutan untuk direbut mengandungi produk daripada pelbagai jenama dengan potongan sehingga 70%. Unit adalah terhad sahaja!

Bagi pelanggan yang berjaga malam, mereka boleh menikmati harga terendah tahun 2018 menerusi lebih 50 jenama pada 11 November bermula tengah malam hingga 2 pagi . Bagi pelanggan yang bangun awal pula mereka boleh memanfaatkan kelebihan baucar Flash seawal pukul 8am dalam tempoh masa yang terhad sahaja.

Bermain untuk mendapat lebih tawaran menarik dengan ciri-ciri aplikasi baru Lazada Wonderland!  Dari 1 hingga 10 November, pengguna aplikasi Lazada akan mempunyai 20 peluang untuk membuka kotak barangan berharga yang mengandungi baucar jenama dan penjual terkenal. Berlangsung setiap hari bermula 11 pagi hingga 5 pagi, klik web banner Wonderland di halaman utama aplikasi Lazada. Anda akan dibawa ke Wonderland untuk melihat semua stor yang mengambil bahagian. Tekan stor mengikut kehendak anda untuk membongkar kotak barangan berharga yang terdapat di dalamnya!

Beli Lebih untuk Dapatkan Lebih*

  • Mastercard

Simpan* Mastercard (kad kredit, debit, prabayar) anda di Lazada dan dapatkan pulangan tunai sebanyak 12% dalam Lazada Wallet anda apabila membuat pembelian di Lazada. 11 pemegang Mastercard pertama pada setiap jam yang menggunakan Mastercard yang disimpan untuk membeli-belah di Lazada akan menerima pulangan tunai sebanyak RM111 dalam Wallet mereka.

  • CIMB

Semua pemegang kad kredit, debit dan prabayar CIMB  boleh mendapatkan potongan sebanyak RM20, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM150.

  • McDonald’s®

Tunjukkan aplikasi Lazada anda di mana-mana restoran McDonald’s® dan nikmati 11 ketul CHICKEN McNUGGETS® dengan harga hanya RM11, sah dari 5 hingga 11 November 2018.

*Tertakluk pada terma dan syarat

*Hanya kad Mastercard yang disimpan buat pertama kali di Lazada adalah layak.

  • GrabPay

Dapatkan baucar dalam aplikasi sebanyak RM11 untuk Lazada hanya dengan kredit GrabPay RM1.

  • Malaysia Airlines

Dapatkan diskaun 11% terhadap tambang Malaysia Airlines (MAS) dan ambil bahagian dalam Hadiah Pas Satellite Golden Lounge Lazada 11.11.

  • Hotel OYO

Beritahu kami tempat tarikan kegemaran anda di Kuala Lumpur! 50 pemenang akan menerima penginapan hotel dua malam bagi suatu pasangan, dan satu perjalanan pergi balik tiga malam tajaan penuh terpilih ke Thailand.

Membawa Luar Talian ke Dalam Talian

Tekan ikon kamera yang dilabelkan “Scan” yang terletak di sebelah kiri atas sekali laman utama aplikasi Lazada. Anda hanya perlu mengambil gambar atau memilih suatu imej daripada galeri anda. Begitu mudah sekali! Kini anda boleh mendapatkan semua yang pernah anda ingini, di mana sahaja anda melihatnya dengan harga dan pilihan yang lebih baik! Fungsi yang sama juga akan digunakan untuk mengimbas kod QR, yang akan membawa anda terus ke laman promosi, produk atau penjual dalam lingkungan aplikasi Lazada. Pelanggan boleh mendapatkan kod QR di jenama dan penjual stor luar talian terpilih.

Mengapa tunggu lagi? Kunjungi www.lazada.com.my dan laman media sosialnya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Festival Beli-belah Lazada 11.11!

Facebook: https://www.facebook.com/LazadaMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/lazada_my/

Twitter: https://twitter.com/LazadaMY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *