Lazada Malaysia Semarakkan Acara WECOMMERCE 2019 Bagi Mengorak Ekonomi Digital Ke Masa Hadapan

Lazada WECOMMERCE

Lazada Malaysia Semarakkan Acara WECOMMERCE 2019 Bagi Mengorak Ekonomi Digital Ke Masa Hadapan | Sidang kemuncak peniaga tahunan Lazada Malaysia kembali tahun ini dengan WECOMMERCE 2019. Platform eDagang terkemuka Malaysia menunjukkan peningkatan pendaftaran peniaga baru yang memberangsangkan iaitu 97% jika dibandingkan dengan persidangan pada September 2018 yang lalu. Peningkatan pendaftaran peniaga tertinggi dicatatkan dari negeri Kelantan (137%), Labuan (121%) dan Kedah (116%).

Lazada Malaysia kembali tahun ini dengan WECOMMERCE 2019

Sidang kemuncak sehari yang telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dihadiri lebih dari 2,000 pengunjung. Pelancaran WECOMMERCE 2019 dirasmikan oleh Pierre Poignant, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada.

Persidangan ini menampilkan pakar-pakar dari sektor perniagaan dan eDagang, pedagang global, para penjual dan usahawan serantau yang telah berkongsi amalan terbaik, mempertingkatkan kemahiran melalui perisian analitik dan latihan, memperluas rangkaian melalui peluang Business Matching dan mengalami perniagaan konsep New Retail untuk kekal dihadapan bagi memenuhi kehendak pengguna yang sentiasa mahukan pembaharuan.

WECOMMERCE

Para peserta telah berpeluang menemui pembekal dan peniaga dari ASEAN, China, Jepun, Australia dan New Zealand untuk membincangkan keperluan perniagaan, menyaksikan pertunjukkan fesyen dari pereka Malaysia, prebiu solekan melalui cermin berteknologi Augmented Reality (AR), dan juga membeli snek-snek kegemaran mereka di kedai futuristik tanpa menggunakan wang tunai serta pelbagai aktiviti lain.

Sebagai peneraju WECOMMERCE dan bagi menyokong pertumbuhan pantas peniaga yang bakal mengubah industri perniagaan, Lazada telah menyediakan latihan secara langsung selama lebih dari 530 jam meliputi 132 sesi yang telah dihadiri oleh lebih dari 7,000 peniaga sejak tahun lepas.

Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia

“Lazada komited untuk memperkasa komuniti melalui eDagang dengan menyediakan teknologi terbaik, penyelesaian dan pengetahuan kepada para peniaga bagi membantu memperkembangkan perniagaan mereka serta ekonomi digital. Kami percaya dengan menyediakan peluang dan mengurangkan halangan untuk sesuatu perniagaan berkembang, kami akan dapat membina satu ekosistem eDagang yang kukuh pada masa hadapan,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.

 “Rakan kongsi yang baik dan inovasi teknologi sering menjadi pemangkin untuk trend perniagaan yang berjaya, dan sebab itulah kami memperkenalkan Business Matching bagi memperkayakan sumber-sumber yang ada untuk kemudahan para usahawan digital di Malaysia disamping mempamerkan kebolehan teknologi Lazada untuk persediaan membawa eDagang ke masa hadapan,” tambah Chow.

Dalam membina satu komuniti penjual yang kondusif dan pelbagai di seluruh negara, Lazada juga membangunkan satu komuniti khas untuk peniaga di Facebook yang semakin aktif, kini disertai oleh hampir 80% ahli baru semenjak September tahun lalu. Dengan ahli yang semakin bertambah, disokong dengan pelbagai kelebihan eDagang dan inisiatif baru, laman Facebook ini menjadi tempat untuk para penjual bertukar pengalaman, berkongsi pengetahuan serta amalan perniagaan terbaik tanpa bergantung kepada pengurus komuniti. Dengan ini, para peniaga boleh terus memacu perkembangkan perniagaan mereka di arena eDagang tempatan.

WECOMMERCE 2019

Komuniti peniaga kini menjadi lebih efisyen dengan kurangnya pertanyaan diarahkan ke Lazada dimana para peniaga menggunakan platform kami sebaik mungkin sambil memperkukuhkan lagi perniagaan mereka di atas tulang belakang solusi logistik, pembayaran dan pemenuhan Lazada.

Bertitik tolak dari kejayaan ni, Lazada kini giat menjalankan pelbagai inisiatif serta memperkenalkan pelbagai inovasi baharu untuk berkomunikasi dengan pengguna. Tahun ini, WECOMMERCE 2019 bertemakan ‘Reinventing eCommerce’, satu langkah lestari ke masa hadapan ekonomi digital.

Lazada Malaysia juga telah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Ogos tahun ini dan sedang melancarkan aktiviti perdagangan baharu serta program latihan bagi mempertingkatkan adaptasi eDagang dikalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, disamping menyokong kempen Beli Barangan Malaysia pihak kerajaan.

Business Matching

Dengan rangkaian rentas sempadan Lazada yang meluas, Lazada membolehkan usahawan Malaysia untuk berhubung terus dengan pengilang dan pengusaha. Ini akan membantu peniaga menjadi lebih kompetetif dan mengelakkan ketepuan pasaran melalui lebih pilihan dan penjimatan kepada pengguna. Akses terus ke pengusaha juga akan menyebabkan kos berkurang kerana tiada penglibatan orang tengah. Business Matching juga akan membolehkan rakyat Malaysia melahirkan jenama sendiri dengan rekaan produk unik yang dibuat oleh pengilang. Dengan hubungan yang kukuh ini, satu komuniti terbentuk melahirkan peluang di sepanjang rangkaian industry pembekalan eDagang.

New Retail

WECOMMERCE 2019 memperkenalkan konsep New Retail, iaitu konsep cara membeli-belah masa hadapan yang dibawakan oleh Lazada melalui teknologi terkini sokongan dari Alibaba. New Retail ini menampilkan konsep untuk penjual berkomunikasi bersama pelanggan melalui integrasi dari luar talian terus ke dalam talian untuk pengalaman beli belah yang baru. eDagang bukan ancaman kepada kedai runcit fizikal, tetapi ianya merupakan penyelesaian yang boleh menyatukan dunia luar talian dan dalam talian melalui pendekatan Shoppertainment dan pembayaran tanpa tunai. New Retail juga meneroka pengalaman membeli-belah yang lebih “nyata”, memberi keyakinan pada para pelanggan untuk membeli dan sekaligus dapat membantu membina kepercayaan terhadap jenama dan penjual.

WECOMMERCE 2019 bertujuan untuk menghimpunkan pakar eDagang dan peruncit tempatan, serta rakan kongsi Lazada untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan para peserta; disamping terlibat dalam aktiviti Business Matching semasa persidangan tersebut. Lebih dari 2,000 peserta hadir dengan lebih dari 100 rakan kongsi Lazada, serta penceramah pakar industri terkemuka telah menyertai acara ini.

Leave a Reply