Lazada Perkenal Ciri Dalam Aplikasi Baru Pada Debut Mid-Year Festival

Lazada (Lowres)

Lazada Perkenal Ciri Dalam Aplikasi Baru Pada Debut Mid-Year Festival | Lazada akan melancarkan jualan pertengahan tahunnya yang pertama, iaitu Mid-Year Festival (Pesta Pertengahan Tahun) Lazada, pada hari Jumaat 12 Julai 2019, pada tengah malam (waktu tempatan) di kesemua enam pasaran Lazada di Asia Tenggara (SEA). Dalam tempoh 24 jam, pelanggan Malaysia berpeluang untuk membeli barangan dengan potongan sehingga 50% di Lazada Malaysia! Pelanggan Lazada bakal menikmati pengalaman beli-belah yang bukan sahaja lebih memuaskan, malah juga lebih memberikan ganjaran dan menghiburkan menerusi ciri-ciri baharu seperti rancangan permainan ‘GUESS IT’ yang disiarkan secara ‘livestream’, tawaran prapesanan Chup Dulu yang membenarkan pelanggan menempah dan menjamin pembelian produk terpilih dan juga Lowest Price Guarantee* (Jaminan Harga Terendah*). Mid-Year Festival ini juga diadakan serentak dengan Big Baby Fair’ tahunan Lazada yang akan berlangsung selama 5 hari dari 12 hingga 16 Julai ini.

Lazada Mid-Year Festival

“Lazada berusaha gigih untuk menjadi destinasi gaya hidup harian bagi para pengguna di Malaysia dengan menawarkan lebih banyak pilihan, fungsi dan gaya pada tahap harga yang wajar bagi memenuhi keperluan individu. Mid-Year Festival membawakan tawaran terbaik oleh Lazada kepada para pelanggan dan juga penjual, kerana pesta ini dijalankan pada musim beli-belah yang lazimnya lebih sunyi dan perlahan. Ini memberi kami peluang untuk membawakan keseronokan yang berterusan kepada para pelanggan dan memberikan lebih banyak peluang kepada penjual untuk melonjakkan prestasi mereka,” ujar Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada Mid-Year Festival baharu Lazada, peneraju e-Dagang tersebut mempertingkatkan lagi strategi ‘shoppertainment’ dengan mengadakan rancangan permainan yang disiarkan secara ‘livestream’ buat kali pertama di enam negara di rantau ini. GUESS IT ialah rancangan selama 30 minit dalam aplikasi yang menggabungkan konsep ‘gameshow’ dengan kandungan ‘livestream’ yang dihasilkan secara profesional. ‘Gameshow’ ini menampilkan personaliti hiburan tempatan yang terkenal seperti Aiman Tino, Harris Baba, Sharifah Sakinah, Sean Lee, Jordan Yeoh, Sherry Alhadad, Nabil Aqil, Shu Faye dan Theeban G yang bertindak sebagai pengacara serta memberikan petunjuk kepada penonton untuk meneka harga produk-produk tersebut.

Destinasi Sehenti Gaya Hidup Anda

Bagi menggalakkan lebih ramai pelanggan memenuhi keinginan dan impian mereka, Lazada menawarkan manfaat-manfaat menarik seperti tawaran penghantaran percuma bersama penjual yang mengambil bahagian serta berjuta-juta baucar Lazada yang tersedia untuk dihadiahkan sepanjang hari tersebut. Dapatkan baucar diskaun 50% untuk item di seluruh stor, dan baucar menarik bagi pelanggan yang baharu. Antara tawaran menarik dan istimewa yang menanti anda termasuklah:

  • GUESS IT (1 – 12 Julai 2019)

Sertai permainan secara ‘livestream’ dalam aplikasi Lazada mulai 1 hingga 12 Julai setiap hari pada pukul 12 tengah hari, 1 tengah hari, 7 malam, 8 malam, 9 malam dan 10 malam! Setiap sesi siaran ‘livestream’ akan mempunyai 6 pusingan untuk meneka. Pemain yang meneka paling cepat dengan tekaan harga yang paling hampir akan menang! Lebih ramai penonton yang menonton ‘livestream’, lebih besar ganjaran yang menanti! Kongsikan pautan ‘livestream’ dengan rakan anda dan anda akan menerima Kad ‘Guess’ serta peluang yang lebih tinggi untuk menang*.

  • Chup Dulu (29 Jun – 11 Julai 2019)

Nikmati tawaran eksklusif dan harga tiada tandingan bagi item terpilih apabila anda Chup Dulu.Tempah item yang anda inginkan dengan membayar deposit yang tidak akan dikembalikan melalui aplikasi Lazada sebelum 11 Julai 2019, sebagai jaminan bahawa item itu ialah kepunyaan anda*. Bayar baki pembayaran anda pada 12 Julai 2019 untuk melengkapkan pembelian anda dan item tersebut akan dihantar kepada anda.

  • Lowest Price Guarantee * (Jaminan Harga Terendah) (12 julai 2019)

Lazada komited untuk memberikan penjimatan dan nilai yang hebat kepada pelanggan apabila anda berbelanja dengan kami sepanjang Mid-Year Festival ini! Nikmati keseronokan beli-belah dengan Lowest Price Guarantee bagi produk LazMall pada 12 Julai ini. Jika anda menemukan produk yang serupa, dalam stok, bukan produk promosi yang dijual pada harga biasa yang lebih rendah di kedai dalam talian yang lain; maklumkan perkara itu kepada kami dan kami akan membayar anda dua kali perbezaan harga tersebut!

  • Tawaran oleh rakan kongsi kami yang menggerakkan hati anda

Burger King – Imbaskan kod QR Lazada di restoran Burger King yang mengambil bahagian dan dapatkan Whopper 5” pada harga cuma RM5.

Malaysia Airlines – Dapatkan sehingga 15% potongan untuk tiket penerbangan anda.

Mastercard® – Simpan maklumat Mastercard anda (Kredit, Debit, Prabayar) untuk pembelian anda di Lazada dan dapatkan 15% bayaran balik tunai ke dalam Lazada Wallet anda. Bagi kad yang telah disimpan sebelum ini, nikmati potongan 5% atas pembelian pada 12 Julai. Dari 5 hingga 11 Julai, tambah nilai dan simpan maklumat Mastercard anda di Lazada Wallet dan dapatkan sehingga 15% bayaran balik tunai.*

Citibank – Dapatkan potongan sebanyak RM17 dengan pembelian minimum RM150 semasa anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit Citi anda!

Peraduan Media Sosial Lazada bersama rakan kongsi – Menangi hadiah seperti tiket penerbangan Malaysia Airlines ke destinasi eksotik, hidangan bufet ais krim makan sepuas hati untuk keluarga anda oleh Baskin-Robbins dan banyak lagi pengalaman istimewa yang lain, apabila anda mengambil bahagian dalam peraduan ini.

  • Big Baby Fair (12 – 16 Julai 2019)

Para pelanggan boleh menantikan penjimatan terhebat sehingga potongan 80%, tawaran harga RM1 dan baucar yang boleh dikumpulkan bernilai lebih RM100,000 bagi produk lampin pakai buang, susu, kereta sorong, aksesori penyusuan, permainan dan lain-lain lagi.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *