Lazada Perluas Jangkauan Peniaga Antarabangsa Di Asia Tenggara

LAZADA

Lazada Perluas Jangkauan Peniaga Antarabangsa Di Asia Tenggara | Syarikat e-Dagang terkemuka Asia Tenggara, Lazada kini meningkatkan operasi rentas sempadan bagi jenama dan peniaga antarabangsa untuk memperluas jangkauan mereka kepada para pengguna. Inisiatif ini adalah selaras dengan peningkatan jualan rentas sempadan Lazada sebanyak empat kali sepanjang 3 tahun yang lepas.

Lazada in Southeast Asia
Lazada akan meningkatkan operasi merentas sempadannya untuk membantu jenama antarabangsa dan pedagang memperluaskan capaian mereka kepada pengguna mereka.

Antara langkah-langkah yang diambil termasuklah membawa jenama antarabangsa berkualiti ke platformnya, selain mengenal pasti dan memupuk 300 jenama terbaik antara semua penjual rentas sempadan di setiap satu daripada enam negera dimana Lazada beroperasi, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Ini akan membolehkan jenama yang dipilih secara khusus untuk mengembangkan perniagaan mereka dan menikmati manfaat seperti pendedahan produk yang lebih tinggi apabila pengguna membuat carian dan melayari platform. Peranekaan (assortment) rentas sempadan yang dikemaskini di platform Lazada juga merupakan elemen baharu yang diperkenalkan.

“Kami ingin berfungsi sebagai penghubung kepada peniaga rentas sempadan berkualiti kami dengan 560 juta pengguna di Asia Tenggara,” jelas Presiden Bersama Kumpulan Lazada, Jing Yin, yang berucap di Shenzen sempena persidangan penjual rentas sempadan Lazada 2019 yang julung-julung kali diadakan.

“Dengan sokongan kepakaran dan infrastruktur terbaik daripada Alibaba, serta kefahaman mendalam kami terhadap tentang Asia Tenggara, kami berupaya untuk melengkapkan penjual dan jenama rentas sempadan kami dengan pengetahuan dan alat untuk mengharungi pertumbuhan yang besar di rantau ini,” Yin memberitahu lebih 1,000 peniaga, yang turut mendengar ucapan eksekutif-eksekutif Lazada tentang bagaimana platform Lazada dapat membantu mereka memperoleh jangkauan yang lebih baik kepada pelanggan di Asia Tenggara. 

Lazada Group Co-President, Jing Yin - peniaga antarabangsa buat capaian ke Asia Tenggara
Lazada Group Co-President, Jing Yin, mengumumkan bahawa jualan rentas sempadan Lazada meningkat empat kali antara 2016 dan 2018.

Peningkatan mendadak dalam perbelanjaan e-Dagang di Asia Tenggara mencerminkan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk rentas sempadan apabila GMV (nilai barangan kasar) daripada kategori rentas sempadan Lazada berkembang sebanyak 4.6x dalam tiga tahun yang lalu di perantauan. Di sesetengah negara, perkembangannya sebanyak 30x di dalam tempoh yang sama. Menurut anggaran industri, pasaran e-Dagang di Asia Tenggara yang sedang berkembang pesat berada pada landasan yang kukuh untuk mencecah USD240 bilion menjelang tahun 2025, sekali gus mengatasi anggaran sebelum sebanyak USD40 bilion. 

Salah satu daripada inisiatif yang diumumkan pada persidangan tersebut ialah Koleksi Global yang diberi nafas baharu dan dikenali sebagai Koleksi Global 2.0. Ini merupakan saluran khusus untuk mempamerkan peranekaan oleh peniaga rentas sempadan Lazada dari seluruh dunia. Koleksi Global 2.0 memanfaatkan fungsi carian berasaskan algoritma untuk menapis pelbagai peranekaan rentas sempadan bagi menyerlahkan para penjual yang menawarkan produk berkualiti yang popular dan bagus, lantas membolehkan pelanggan mendapatkan produk tersebut dengan mudah.  

Dengan Koleksi Global baharu ini, pelanggan akan memperoleh pesanan mereka dengan lebih cepat. Mereka boleh mendapatkan pesanan mereka dalam tempoh 7 hari bekerja daripada hari mereka membuat tempahan jika mereka membuat pilihan penghantaran standard

Bagi memberi penjual rangsangan yang lebih besar, Lazada juga menawarkan lebih banyak peluang untuk berinteraksi dan memberikan khidmat kepada pelanggan dengan lebih baik menerusi kempen-kempen baharu selain membekalkan mereka dengan alat dan kefahaman untuk menjual dengan lebih berkesan. Contohnya, penjual akan memperoleh laporan mingguan tentang perkataan dan item yang paling banyak dicari di Lazada untuk membolehkan mereka memenuhi kemahuan dan keperluan pelanggan yang semakin berubah. 

Kali pertama dilancarkan pada tahun 2013, perniagaan rentas sempadan Lazada telah berkembang menjadi salah sebuah pasaran paling pelbagai yang menampilkan jenama dan peniaga dari seluruh dunia.  Lima pasaran terbesar yang menghasilkan penjual rentas sempadan datang dari China, Hong Kong, Korea, Amerika Syarikat dan Eropah, dengan fesyen wanita, kediaman & kehidupan serta kanak-kanak meraih kedudukan antara item rentas sempadan yang paling popular. Didorong oleh infrastruktur teknologi Alibaba yang kukuh serta rangkaian logistik yang luas serta tiada bandingannya, Lazada kini meninjau untuk memperkenalkan kategori baharu, sekali gus menawarkan produk-produk besar seperti perabot dan peralatan elektrik. Pada tahun lepas (2018), Lazada mencatat rekod baharu, dengan fleet penghantaran batuan terakhirnya merentas Asia Tenggara menghantar lebih satu juta pesanan sehari. Untuk menangani kenaikan tertinggi yang pernah dicatat dalam permintaan, 100+ rakan kongsi logistik Lazada, termasuk penyedia penghantaran pihak ketiga, juga meningkatkan perkhidmatan penghantaran mereka untuk membolehkan pelanggan memperoleh belian mereka dengan segera. Lazada juga mencarter tiga penerbangan untuk menghantar lebih 200 tan bungkusan daripada penjual rentas sempadan di Indonesia, Filipina dan Thailand tepat pada masanya bagi musim percutian. 

Leave a Reply