Lebih 1,000 hadir majlis tahlil Allahyarham Abam Bocey

Majlis Tahlil

Lebih 1,000 hadir majlis tahlil Allahyarham Abam Bocey | Majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat Allahyarham Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey (Abam Bocey) anjuran Astro Warna yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan semalam dihadiri lebih 1,000 jemaah bagi memberi penghormatan terakhir buat pelawak tercinta tanah air itu.

Majlis tahlil dan bacaan Yaasin untuk Arwah Abam Bocey

Majlis tahlil semalam juga disertai rakan artis termasuklah ahli kumpulan Bocey, Fad dan Achey, Presiden SENIMAN Encik Zed Zaidi dan Naib Presiden SENIMAN Zuraini Kassim, Dato AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida, Dato Fizz Fairuz, Mawi, dan ramai lagi. Ustaz Fakhrul (UNIC) dijemput bagi memimpin bacaan al-Quran. Beliau juga memberikan perkongsian istimewa tentang Arwah Abam dan tazkirah bagi jemaah.

Stesen radio muslim kontemporari Zayan hadir selaku radio rasmi, manakala Astro Gempak, Ria X, Zon Lawak, InTrend dan MySalamMuslim pula menggalas tugas rakan digital.

Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari (Isnin) lalu di kediamannya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di Gombak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *