Lebih Keju Pada Chicken Cheesy Bites Pizza Hut

Lebih Keju Pada Chicken Cheesy Bites Pizza Hut |  Peminat-peminat keju berita baik untuk anda! Sepanjang bulan Oktober sehingga Disember 2017, Pizza Hut membawakan piza edisi terhad ke seluruh tanahair. Piza Chicken Cheesy Bites akan mengagumkan anda dengan lapan belas kerak piza, penuh dengan kejutan keju cheddar dan mozarella, dilengkapi dengan peperoni ayam lazat, bebola daging ayam dan cebisan daging ayam di atas sos tomato salsa dan keju. Yang paling penting, LEBIH KEJU!

Chicken Cheesy Bites

Dengan slogan, “Lebih Keju, Lebih Banyak Cara Makan, Lebih Menyeronokkan“, piza Chicken Cheesy Bites ini bukan sahaja satu jamuan hebat bagi semua, tetapi juga merupakan undangan khas bagi seisi keluarga untuk bergembira dan berseronok sambil menikmati hidangan lazat ini bersama-sama. Sama ada anda ingin mengambil satu gigitan penuh, atau dua gigitan sekaligus, tiada peraturan dalam cara makan – syaratnya hanyalah supaya anda berseronok ria!

Lebih Keju

Bertempat di Pizza Hut Sunway Pyramid iaitu restoran konsep digital yang diperbaharui dan yang pertama di Asia Pasifik, Naz dan rakan blogger telah menikmati Chicken Cheesy Bites ini.  Restoran konsep digital baru Pizza Hut memberikan pelanggan pengalaman digital yang baru dari saat mereka melangkah masuk ke restoran, membuat pesanan dan menikmati hidangan mereka, sehingga saat mereka keluar. Dari panel digital pesanan dan pengurusan barisan yang terletak di luar restoran, hinggalah robot penyambut tetamu di dalam, restoran ini telah direka khas untuk berfungsi secara digital.

Take-Away-Kiosk

Sebelum acara bermula, kami semua telah mencuba peranti Augmented Reality (AR) Pizza Hut yang interaktif ini. Memang sesuatu yang baru dan penuh dengan informasi. Terasa macam kanak-kanak kembali bila mencuba AR ini.

Seperti biasa Boss Eric Leong mengalu-alukan kami ke restoran digital ini dan menerangkan tentang produk Chicken Cheesy Bites ini. Tahukah anda, Chicken Cheesy Bites menggunakan 3 jenis keju iaitu String Cheese dari USA, Mozarella Cheese dari New Zealand dan Cedar Cheese dari UK. Dan seperti sebelum ini, En. Eric tak nak bercakap lama dan mahukan kami terus merasa hidangan terbaru ini.

Eric Leong

Selepas itu, En. Firdaus telah menerangkan kepada kami tentang pencapaian transformasi digital Pizza Hut, yang bermula dengan rombakan semula laman web mereka, pengenalan aplikasi mudah alih dan restoran konsep digital pertama mereka. Ternyata pelanggan mereka memang sudah bersedia dan terdapat peningkatan dalam jualan dengan pembaharuan ini.

Pizza Hut First Digital Concept Store

Meja kami terus dihidangkan dengan appetizer New Orleans Drumetts, Chicken Gai-Jor Rolls dan Crispy Fries. Tak lama menyusul pula Pasta.

Appetisers

Pasta

Dan selepas itu, Chicken Cheesy Bites membuat penampilannya ke meja kami. Makan panas-panas memang sedap, terutama sekali dimulakan melalui keraknya yang penuh dengan cheese. Nak lagi keju, cicah sahaja ke dalam Cheesy Dip yang disertakan sekali.

Chicken Cheesy Bites dengan Cheese Dip

Elok sahaja kami selesai menjamah piza tadi, kami pula dijemput untuk membuat piza Chicken Cheesy Bites ini. Pening juga la nak membuatnya sebab kena pintal dan bentukkan kerak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Makan lagi senang dari nak membuatnya!

Ingat tau, piza Cheesy Chicken Bites ini hanya untuk tempoh terhad sehingga akhir Disember 2017 tau. Piza Chicken Cheesy Bites ini boleh dibeli melalui pesanan ala carte dengan harga RM35.50 untuk saiz biasa, manakala pilihan kombo juga boleh didapati melalui penghantaran, take-away atau dine-in.

Pizza Hut menawarkan kombo untuk dua atau empat orang secara dine-in, masing-masing dengan harga RM37.90 atau RM69.90 setiap satu. Kombo Chicken Cheesy Bites untuk dua orang menampilkan piza Chicken Cheesy Bites bersaiz biasa, dua sup krim cendawan, dua minuman dan satu hidangan pembuka selera, manakala Kombo Chicken Cheesy Bites bagi empat orang menawarkan tambahan satu piza favourite pan/hand-stretched bersaiz biasa yang datang dengan empat sup krim cendawan, empat minuman, empat hidangan ais-krim dan 2 hidangan pembuka selera.

Nak best lagi, gunakan lah aplikasi Pizza Hut dan dapatkan piza percuma! Untuk meraikan aplikasi mudah alih baru ini, Pizza Hut akan memberikan 35,000 piza percuma melalui promosi terbaru mereka, “You Download, We Belanja”. Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih Pizza Hut, dan buat pesanan untuk satu piza saiz biasa dan mereka akan mendapat satu lagi piza saiz biasa secara percuma!

Jadi ikutilah promosi dan tawaran menarik dari Pizza Hut di…

Laman Web: www.pizzahut.com.my

Facebook: www.facebook.com/PizzaHutMalaysia

 

Leave a Reply