Lee Shun Hing Pesta Sembilan Maharaja Dewa dan Amalan Vegetarian

Lee Shun Hing

Lee Shun Hing Pesta Sembilan Maharaja Dewa dan Amalan Vegetarian | Pesta Sembilan Maharaja Dewa merupakan perayaan tahunan kaum Taois yang mana perayaan ini bermula pada bulan ke-sembilan dalam kalender lunar cina dan diraikan di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Karnival ini akan berlaku di kuil sepanjang pesta 9 hari, dengan penganut yang menetap di kuil, makan makanan vegetarian dan membacakan ayat-ayat penyembahan secara berterusan. Festival ini disambut dengan meriah di negeri seperti Selangor (Ampang dan Sekinchan), Pahang (Kuantan), Kelantan (Kota Bharu), Pulau Pinang (Butterworth) dan Perak (Ipoh).

Rangkaian produk Lee Shun Hing

Pada malam hari pertama, acara khas akan diadakan untuk mengundang 9 Maharaja Dewa untuk menjelma ke kuil dari lautan, dan ini akan menjadi lebih meriah oleh persembahan opera dan kebudayaan Cina pada setiap malam sepanjang tempoh perayaan. Para penganut akan berharap dan berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan umum dengan membuat pelbagai persembahan kepada dewa.

Menurut kepercayan penganut Taois, sepanjang perayaan ini hujan akan turun sebagai tanda pembersihan jalan untuk mengalu-alukan 9 Maharaja Dewa.

Perayaan ini adalah salah satu perayaan utama rakyat Malaysia bagi golongan vegetarian, yang akan berlangsung selama sembilan hari bermula pada 29 September hingga 7 Oktober. Penganut Taois harus mematuhi kod tingkah laku yang ketat dan diet vegetarian untuk membersihkan diri mereka.

“Kami melihat peningkatan besar dalam permintaan untuk Sos Tiram Lee Shun Hing Vegetarian sepanjang perayaan Pesta Sembilan Maharaja Dewa. Produk ini adalah salah satu barangan tradisional dan popular yang dapat dimanfaatkan oleh para penganut bagi tujuan memasak untuk memenuhi keperluan pemakanan vegetarian yang ketat. Produk kami telah digunakan oleh komuniti vegetarian perayaan selama beberapa dekad. Kami telah menerima maklum balas daripada para pengguna bahawa hanya Sos Tiram Vegetarian Lee Shun Hing, adalah pilihan terbaik bagi mereka,” jelas Encik Siew Yun Sing, pengasas jenama ini.

Sos Tiram Lee Shun Hing memenuhi kriteria vegetarian yang ketat untuk menawarkan kepada dewa-dewa. Produk ini juga merupakan jenama nombor satu dalam sos tiram vegetarian di Malaysia dan juga pilihan makanan yang lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, menerusi janji jenamanya – ‘Sos Tiram  Lebih Sihat, Rasa Lebih Lazat’.

Ditubuhkan pada tahun 1985, jenama ini menerima pengiktirafan sebagai Pilihan Sos Tiram Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan, Singapura. Tambahan pula, jenama ini menerima Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dari Kementerian Kesihatan, Malaysia. Jenama Lee Shun Hing merupakan produk tempatan yang memenuhi citarasa seluruh rakyat Malaysia.

Sos Tiram Vegetarian Lee Shun Hing dibuat daripada intipati sayur-sayuran seperti saderi, cendawan dan lobak merah. Jenama ini memahami bahawa rakyat Malaysia mengambil berat faktor kesihatan dengan memilih untuk menggunakan produk berasaskan sayur-sayuran atau diet vegetarian untuk tujuan gaya hidup atau keagamaan.

Produk Lee Shun Hing disahkan ‘Halal’ oleh JAKIM.

Produk jenama ini boleh didapati secara meluas di seluruh negara melalui semua pasaraya dan kedai runcit berdekatan.

Harga penuh produk Sos Tiram Lee Shun Hing adalah seperti berikut:-

Produk Harga runcit produk
LSH Sos Tiram Premium 765g/510g RM10.50 /RM7.70
LSH Sos Tiram 765g/255g RM7.70 /RM3.50
LSH Sos Tiram Vegetarian 765g/255g RM7.70 /RM3.50
LSH Sos Tiram Cendawan 765g RM7.70

Leave a Reply