Lenovo Malaysia Dan Rise Against Hunger Menyediakan 20,000 Makanan Bagi Yang Memerlukan

Lenovo Malaysia Dan Rise Against Hunger Menyediakan 20,000 Makanan Bagi Yang Memerlukan |  Lenovo (HKSE: 992) (ADR: LNVGY), pengilang computer peribadi terkemuka di dunia, dan Rise Against Hunger, sebuah pertubuhan bukan keuntungan bantuan kelaparan antarabangsa, bergabung dalam usaha melawan kelaparan. Lebih daripada 100 pekerja Lenovo menyertai acara pembungkusan makanan sempena Minggu Make A Difference Lenovo.

Sukarelawan Lenovo dan Rise Against Hunger

Lebih 20,000 makanan berkhasiat yang terdiri daripada nasi, soya, dan sayur-sayuran dibungkus pada acara tersebut. Makanan kering ini kemudian diagihkan oleh Rise Against Hunger ke sekolah-sekolah tempatan sebagai sebahagian daripada inisiatif sekolah untuk program memberi makan dan program-program lain yang mempromosikan program sara diri.

Khoo Hung Chuan, Pengurus Besar Negara Lenovo Malaysia

“Ia adalah satu keistimewaan dapat bekerjasama dengan Rise Against Hunger untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Sebagai perniagaan global dengan operasi di seluruh dunia, kami percaya bahawa ini adalah tanggungjawab kami untuk memberikan kembali kepada komuniti di mana perniagaan kami dijalankan, “kata Khoo Hung Chuan, Pengurus Besar Negara Lenovo Malaysia. “Saya gembira menyaksikan usaha dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua orang di Minggu Make A Difference pertama Lenovo Malaysia. Semakin perniagaan Lenovo berkembang di Malaysia, saya berharap dapat melihat lebih banyak kerjasama sedemikian untuk memperbaiki komuniti setempat di mana perniagaan kami dijalankan.”

Packing meals

Dahulunya dikenali sebagai ‘Motorola Mobility Foundation‘, Minggu Make A Difference pertama kali dilancarkan pada tahun 2017 oleh Yayasan Lenovo untuk menyelaras projek-projek sukarela korporat dan komuniti di seluruh dunia.

Lenovo Volunteers

Pada tahun ini, lebih daripada 28 bandar di 26 negara di Amerika Utara, EMEA, Amerika Latin dan Asia Pasifik telah mengambil bahagian dalam usaha ini. Lebih dekat ke rumah, Lenovo Japan menganjurkan bengkel pendidikan dalam pengaturcaraan untuk pelajar di pejabatnya; manakala Lenovo India membantu penglihatan bermasalah dengan membuat rakaman audio untuk tujuan pendidikan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yayasan Lenovo, sila lawati: https://www.motorola.com/us/about/motorola-mobility-foundation.


Tentang Lenovo

Lenovo (HKSE: 992) (ADR: LNVGY) is a US$43 billion global Fortune 500 company and a leader in providing innovative consumer, commercial, and data center technology. Our portfolio of high-quality, secure products and services covers PCs (including the legendary Think and multimode Yoga brands), workstations, servers, storage, networking, software (including ThinkSystem and ThinkAgile solutions), smart TVs and a family of mobile products like smartphones (including the Motorola brand), tablets and apps. Join us on LinkedIn, follow us on Facebook (fb.com/LenovoMY), Twitter (@Lenovo_MY)  or Instagram (@lenovo_my) or visit us at http://www.lenovo.com/.

Leave a Reply