Lenovo Special Edition Yoga 920 Galactic Empire

Yoga 920

Lenovo Special Edition Yoga 920 Galactic Empire |  Bersempena dengan wayang Star Wars: The Last Jedi dan pelancaran Lenovo Special Edition Yoga 920 pada November 2017 yang lalu, kini Naz berpeluang untuk menggunakan produk Lenovo ini.  Edisi istimewa Star Wars Yoga 920 ini menampilkan dua versi iaitu Rebel Alliance dan Galactic Empire. Untuk review kali ini, Naz  telah diberikan versi Galactic Empire iaitu “The Dark side”.

Lenovo Star Wars Edition Yoga Galactic Empire

Spesifikasi Lenovo Star Wars Yoga 920

Prosesor :  8th Gen Intel® Core™ i7-8550U processor
Kad Grafik :  Integrated
Storan :  512GB M.2 PCIE
Sistem Operasi :  Windows 10 Home High End
Paparan :  13.9” UHD IPS Multi Touchscreen
Audio :  2 x 2W JBL® Speakers and 3W Subwoofer Dolby® Atmos
Memori :  16GB DDR4 2400
Bateri :  Up to 15.5 Hours
WLAN/ WiFi :  2X2 AC+BT4.1
Berat :  1.37kg

Reka Bentuk Fleksibel

Dari segi reka bentuknya, ia adalah nipis dengan ketebalan hanya 13.95mm dan beratnya hanya 1.37kg. Selain daripada itu, yang menariknya lagi adalah keupayaan Yoga 920 untuk digunakan dalam 4 jenis posisi Laptop, Standing, Tent dan Tablet. Ini semua disebabkan keunikan engsel ala jam tangan (watchband hinge) yang membolehkan Yoga 920 ini dilipat sehingga 360 darjah. Sungguh fleksibel dan bertepatan dengan namanya “Yoga”.

Laptop
Posisi ‘Laptop’
Standing
Posisi ‘Standing’
Tent
Posisi ‘Tent’
Tablet
Posisi ‘Tablet’

Yoga 920 ini tidak hadir dengan pelbagai port di kedua-dua belah sisi di mana pada sebelah kirinya terdapat dua port USB-C Thurderbolt 3 (yang mana satunya digunakan untuk pengecasan menggunakan adapter), dan satu 3.5mm headphone jack port. Manakala sebelah kanannya pula terdapat satu USB 3.0 port berserta butang ‘power’.

USB-C
2 x USB-C Thunderbolt 3 dan Headphone Jack port
power button
USB 3.0 port dan butang power

Prestasi Mantap

Yoga 920 ini didatangkan dengan 16GB RAM bersama storan 512GB M.2 PCIE yang cukup baik untuk kerja-kerja blog Naz seperti mengedit gambar dan juga menulis blog. Dengan pemprosesan 8th Gen Intel® Core™ i7-8550U, Naz tidak menghadapi sebarang isu dari segi kelancarannya. Malah boleh buat kerja sambil melayani youtube dengan lagu-lagu yang terkini.

Streaming video memang best dengan posisi Standing atau Tablet, jadi menonton filem kegemaran bersama keluarga memang menyeronokkan. Selain dari itu untuk bermain games yang ringan seperti Candy Crush, Angry Bird dan sebagainya memang best sebab boleh menggunakan jari pada skrin Yoga 920 ini. Tetapi peranti ini bukanlah untuk gamers yang memainkan permainan eSports seperti League of LegendsDota 2, Free Fire dan sebagainya.

Kesimpulan Penggunaan

Rata-rata memang mengagumkan apabila menggunakan peranti ini kerana ia sungguh fleksibel dan ringan serta memudahkan penggunaannya di mana sahaja. Namun apa yang Naz tidak berapa suka ialah bahagian bawahnya cepat panas selepas 20 minit penggunaan.

Harga dan Ketersediaan

Harga untuk Star Wars Special Edition Yoga 920 bermula dari RM8,888 dengan peranti yang boleh dibeli di Lenovo Exclusive Stores dan Lenovo Multi Brand Stores, tersedia pada bulan Disember 2017. Ia juga boleh didapati secara atas talian (online) di Lazada Store Lenovo.

Leave a Reply