Lil J Muncul Dengan Bestfriend Bersama Chaleeda

LilJChaleeda_Bestfriend

Lil J Muncul Dengan Bestfriend Bersama Chaleeda |  Bintang rap yang mula meningkat naik Lil J akhirnya memperkenalkan dirinya kepada pencinta muzik tempatan dengan lagu yang berjudul Bestfriend. Lil J merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris yang sedang hangat diperkatakan. Kebolehan Lil J dalam menulis lirik, menyanyi rap dan mencipta lagu berjaya membuka mata Rocketfuel Entertainment untuk mengambil beliau sebagai artist rakaman. Biarpun baru beberapa tahun berkecimpung dalam arena hip hop Lil J diberi peluang tampil bersama bintang asal Thailand Chaleeda Gilbert untuk single ini.

‘Bestfriend’ merupakan kolaborasi pertama Lil J bersama Chaleeda dan merupakan sebuah karya hebat hasil nukilan penyanyi dan penerbit hip hop tersohor Joe Flizzow, Alif dan SonaOne.

Biarpun judul lagu ini di dalam Bahasa Inggeris, ‘Bestfriend’ sebenarnya merupakan sebuah lagu berbahasa Melayu. Ia hanya menyelitkan beberapa bait lirik Bahasa Inggeris dan merupakan lagu Melayu pertama buat kedua-dua penyanyi muda ini.

Sungguhpun berusia lewat belasan tahun, kedua-dua bintang ini mempunyai potensi yang besar dalam industri hiburan dan mempamerkan kematangan dalam bakat seni yang mereka persembahkan.

Lebih menarik lagi, Lil J yang lebih sering membuat persembahan di dalam Bahasa Inggeris berani tampil untuk menyampaikan sebuah lagu di dalam Bahasa Melayu yang jelas sekali merupakan sebuah bahasa asing buat Chaleeda juga.

Lil J Bersama Chaleeda dengan single mereka Bestfriend

Walau bagaimanapun lagu berentak rancak dengan elemen hip hop moden ini disampaikan dengan begitu baik oleh mereka berdua dan dijangka bakal berbekasdi hati peminat muzik serantau.

Title : Bestfriend
Artist : Lil J Feat. Chaleeda
Composer : Alif
Lyricist : Joe Flizzow & SonaOne
Producer : Alif
 
CHORUS
Kau yang aku mahu
Kau teman rapatku
Walau kita kadang
Tidak bersetuju
You’re the best
You’re the best
You’re my bestfriend, yeah
You’re my bestfriend, yeah
You’re the best
Imma do my best
You’re my bestfriend, yeah
I wanna be your bestfriend, yeah
 
VERSE 1
Young Bond..Holla at Don Juan
Ku bukan perompak cuma nak curik perhatian
Dengan budi dan kelakuan,
Apa jua kemahuan
Ada apa dengan cinta kalau belum berkawan
Nilai persahabatan yeah im here foryou
And your boys they be playing diaorang immature
Kau sekuntum mawar merah dikelilingi duri
Dan walau pakai Air Force tetappermaisuri
Tetap ada class walau dah lepas sekolah,
Dan aku cuma player bila di padang main bola
Bila kau disisiku hilanglah segala stress
Walau kau sering buat kugila..kaulah my bestfriend
 
CHORUS
Kau yang aku mahu
Kau teman rapatku
Walau kita kadang
Tidak bersetuju
You’re the best
You’re the best
You’re my bestfriend, yeah
You’re my bestfriend, yeah
You’re the best
Imma do my best
You’re my bestfriend, yeah
I wanna be your bestfriend, yeah
 
VERSE 2
Lain mudah cemburu aku santai dan lek lu
Diaorang call setiap minit, ku whatsapp atau text
dulu
I might reject some of these call but you will always get thru
Need a shoulder to cry on aku tadahkan bahu
Apa saja yang kau mahu, ke manapun destinasi mu
Selatan utara timur ke barat Tapi tidak pernah kira waktu
Denganmu masa cepat berlalu, kalauboleh ku perlahankan
Supaya setiap ukiran senyuman mu kupahatkan dalam ingatan
Tak cerit belit belit bukan dahan perhilitan
Bukan pickup line atau pikatan untuk dara pingitan
Persahabatan tulen walau di awangan atau dalam kesulitan
Mungkin ia dah tertulis kita kayuh perlahan perlahan

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., “Lil J dan Chaleeda masing-masing mempunyai kekuatan mereka sendiri dari segi cara nyanyian dan juga peminat dan saya rasakan kolaborasi mereka berdua dalam lagu ini pasti akan memberikan impak tersendiri di dalam muzik hiburan Malaysia. Bukan itu sahaja ini merupakan lagu berbahasa Melayu pertama buat mereka, kami sengaja berikan sedikit kelainan buat Lil J dan Chaleeda untuk memikat hati pencinta muzik Malaysia

Single ‘Bestfriend’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi. Selainitu, muzik video rasmi ‘Bestfriend’ juga akan mula berada di saluran YouTube Rocketfuel Network tidak lama lagi.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *