LuLu Hypermarket Buat Promosi Gila-Gila Sempena Raya

LuLu Hypermarket Buat Promosi Gila-Gila Sempena Raya |  Pejam celik pejam celik sudah hampir seminggu kita berpuasa dan baru lagi rasanya Naz ke Lulu Hypermarket pada September 2017 yang lalu ketika mereka menempah nama dalam Malaysia Book of Records untuk kek buah terpanjang di Malaysia. Kini Naz kembali lagi bagi melihat apa yang ditawarkan sempena musim perayaan yang bakal tiba. Ada berita yang mengembirakan… Lulu Hypermarkat Kuala Lumpur mengadakan 3 promosi back-2-back iaitu Promosi Ramadan (sehingga 31 Mei 2018), Bazar Raya (sehingga 20 Jun 2018) dan Peraduan Shop & Win 2nd Anniversary (sehingga 31 Ogos 2018).

Promosi Ramadan Bazar Raya Shop Win

Di Lulu Hypermarket hampir segalanya berada di bawah satu bumbung, dari barangan keperluan dapur sehinggalah barangan perhiasan rumah boleh didapati di sini. Bukan sahaja harga barangan yang murah berpatutan, bahkan menawarkan barangan yang segar, berkualiti, pelbagai pilihan dan juga peluang untuk memenangi hadiah yang menarik selepas berbelanja di Lulu.

Amaran kepada yang ingin ke Lulu Hypermarket, anda haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal kerana anda akan mengalami pelbagai cabaran dan dugaan bila berada di sana. Pasti rambang mata dengan tawaran yang diberikan dan ada 3 tingkat untuk anda terokai…. mungkin terpaksa sehari suntuk untuk melihat kesemua barangan yang terdapat di sini. Untuk tidak menyukarkan pengalaman anda, Naz akan berikan gambaran bagi memudahkan pengembaraan anda di Lulu Hypermarket.

Tingkat Bawah – Barangan Basah dan Harian

Di sini anda boleh mendapatkan barangan harian, barangan segar, barangan dapur, barangan keperluan rumah dan juga makanan sedia dimakan.  Yang menarik di sini anda perlu singgah adalah:

  • bahagian manisan timur tengah – ada Basboosa, Balahasham, Remosh, Awamth, Konafa, Barasic dan banyak lagi.
  • bahagian Roastery – ada kekacang dan bijiran seperti Badam, Almond, Walnut, Pistachio, Raisin dan lain-lain.
  • bahagian Basah – pelbagai jenis Ikan, Ayam, Daging yang segar  .
  • bahagian Cheese – terdapat banyak seleksi keju untuk pilihan dalam pelbagai bentuk dan rasa.
  • bahagian Jus Segar – jus-jus dihasilkan dari buah-buahan serta sayuran segar untuk yang ingin menjaga kesihatan.

Selain dari itu ada barangan yang agak lama tak jumpa pun ada seperti serbuk minuman Tang dan juga produk luar dari Timur Tengah yang biasanya hanya boleh didapati di kedai makanan Arab sahaja.

Kurma

Manisan Timur Tengah

Roastery

 

Kuih Raya

Ikan Segar

Sayuran segar

Jus buah

Barangan rare

Sempenan bulan yang mulia ini mereka mengadakan Promosi Ramadan di mana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan juga diskaun-diskaun yang dahsyat sehingga 50%. Memang berbaloi berbelanja di sini untuk keperluan dapur dalam menyediakan juadah berbuka mahupun persiapan Hari Raya seperti barangan untuk membuat kuih raya dan hidangan jamuan raya untuk tetamu.

Promosi Ramadan Lulu

Tingkat 1 – Stor Fesyen Pakaian Lelaki, Wanita, Kanak-Kanak

Bahagian ini menempatkan fesyen pakaian untuk seisi keluarga baik yang formal mahupun yang kasual. Jenama fesyen pakaian yang ditawarkan juga merupakan jenama antarabangsa.

Jenama untuk fesyen Lelaki seperti Kent & Crew, Valino, Louis Philippe, Sero, Peter England, Tag Basic, Marco Donatelli, Cortigiani, SIN, River Blue, De Backers, Eten, Allen Solly, Oxemberg, Twills dan Sunnex .

Mens Fashion 1

Mens Fashion 2

Mens Fashion 3

Mens Fashion 4

Mens Suits

Jenama antarabangsa ini menawarkan fabrik yang berkualiti, mutu jahitan yang kemas serta fesyen trend terkini. Naz sukakan 3-pieces suits dari Turki yang smart dan harganya yang begitu murah jika dibandingkan kalau anda menempahnya. Kena buat kira-kira samada boleh sambar 1 suit atau tidak.

Fesyen wanita lagi la hebat… ada Eten Women, Arezzo, Cortigiani, Louis Phillipe, John Luis, Shiromy Koo, Esse One, Adik, Hurriya, Zariya, Wayfarer, Tag Basic, De Beckers, Twin Birds, Marco Donatelli, Modernform dan Moss.

Ladies Fashion 1

Ladies Fashion 2

Ladies Fashion 3

Untuk plus size pun ada… memang trendy sangat.

Ladies Plus size

Yang meminati Saree, anda boleh ke LuLu Celebrate di mana pelbagai jenis saree yang siap di jahit mahupun kain lepas tersedia untuk dipilih. Kain Saree ini boleh juga digunakan untuk membuat baju kurung, kebaya dan pelbagai lagi kerana mempunyai warna yang ceria dan motif corak yang menarik. Lihat sahaja Saree yang dipakai oleh Cik Lily Putih nie….

Lulu Celebrate 1

Lulu Celebrate 2

Lulu Celebrate 3

Bahagian Kanak-kanak pula punya la banyak jenama yang ditawarkan…. ada Pureen, Anakku, Disney Anakku, Fiffy, John Louis Baby, Boboiboy, O’Dear, Pirelli, SpongeBob Square Pant, Batsup, Lawang Biz, Ruff, Tag Basic, John Louis Kid, Arezzo, Cortigiani, De Backers, Marco Donatelli, Anakku Stroller, Disney, Nuk, Fiffy dan Baby Love.

Kids Fashion 1

Kids Fashion 2

Kids Fashion 3

Dengan suasana yang dingin dan selesa, anak-anak anda pasti gembira memilih pakaian mereka.

Di sini anda boleh nikmati sehingga 70% diskaun untuk fesyen yang anda minati. Boleh beli lebih dah sehelai.

discount up tp 70 percent

Tingkat 2 – Barangan Elektronik & Elektrikal, Peralatan & Kelengkapan Rumah, Bagasi

Di tingkat ini pula terdapat barangan elektronik, elektrikal, peralatan & kelengkapan rumah, bagasi dan bermacam lagi. Sempena musim Bola Sepak Piala Dunia ini tawaran hebat untuk TV LED dan Full HD untuk saksikan pasukan kegemaran anda. Tercongang dompet dibuatnya…

discount bazar raya

Lulu Connect 1

Bagasi

Bagi persiapan Raya pula terdapat banyak perhiasan dan juga pinggan mangkuk dan perkakas kuih boleh didapati di sini.

persiapan raya 1

Persiapan raya 2

Pendek kata, datang ke Lulu Hypermarket Kuala Lumpur ini tak perlu pergi ke tempat lain lagi dah. Bila dah berbelanja sakan di sini, mungkin berpuluh, beratus atau pun beribu anda boleh sertai Peraduan Shop & Win 2nd Anniversary mereka. Mana lah tahu rezeki anda untuk membawa balik Perodua Myvi terbaru! Bagaimana caranya?

promosi gila-gila

Mudah sahaja….. anda hanya perlu membuat belian RM50 ke atas dalam satu resit Lulu Hypermarket & Department Store dalam tempoh promosi dan pergi ke kaunter khidmat pelanggan untuk dapatkan kupon cabutan bertuah. Sila isikan butiran anda dan masukkan ke dalam kotak cabutan bertuah yang disediakan. Itu sahaja.

Shop & Win 2nd Anniversary Lulu

Pihak Lulu Hypermarket akan membuat pemilihan pemenang pada 14 Julai dan 8 September 2018. Untuk keterangan lanjut, anda boleh rujuk kepada poster atau ke kaunter khidmat pelanggan untuk butiran lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kotak Cabutan Bertuah

Menarik kan, kan, kan! Apa tunggu lagi… Jom Ke Lulu untuk shopping sakan dan dapatkan Promosi Gila-Gila dari Lulu Hypermarket Kuala Lumpur.

Jangan lupa untuk ikuti laman media sosial mereka untuk berita dan promosi terkini:

Leave a Reply