MAGGI Umum Agihan Bubur Lambuk MAGGI Tahunan

MAGGI® Umum Agihan Bubur Lambuk MAGGI® Tahunan │  Untuk menghidupkan semangat Ramadan, bulan mulia dan masa untuk membanyakkan amal dan bersedekah, MAGGI® sekali lagi berkongsi Bubur Lambuk dengan rakyat Malaysia.

Para VIP dari Nestle, Maggi, BHP berfoto untuk pelancaran
MAGGI® hari ini mengumumkan permulaan pengagihan Bubur Lambuk MAGGI® tahunannya di satu majlis yang diadakan di Menara Surian, Mutiara Damansara pada 08 Jun 2017. Dalam gambar adalah (dari kedua dari kiri): • Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif – Jualan, Nestlé (Malaysia) Berhad • Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad • Azizul Azily Ahmad, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd • Lester Kahn, Ketua Perhubungan Pembeli dan Pengguna, Nestlé (Malaysia) Berhad • Kwok Hoon Meng, Pengurus Hartanah Menara Surian, Boustead Markerting Sdn Bhd • Rosalyn Simba, Pegawai Eksekutif Perniagaan Bahagian Makanan, Nestlé (Malaysia) Berhad

MAGGI® mengumumkan permulaan agihan Bubur Lambuk MAGGI® tahunannya kepada rakyat Malaysia. Bubur nasi yang disediakan secara tradisional ini lazat lagi berkhasiat dan merupakan makanan istimewa untuk berbuka puasa.Bubur Lambuk MAGGI® menggunakan resipi tradisional istimewa dan tersendiri yang mendapat kelazatannya daripada bahan-bahan segar, rempah ratus, dan juga perasa semua-dalam-satu MAGGI® Cukup Rasa™.

Penyediaan bubur lambuk di perkarangan Menara Surian
Penyediaan bubur lambuk MAGGI® di perkarangan Menara Surian
Maggi bubur lambuk yang sudah siap di bungkus
Bubur lambuk MAGGI® yang sudah siap di bungkus

MAGGI® menyediakan 10 periuk besar Bubur Lambuk MAGGI®  yang dimuatkan ke dalam 5,000 bekas dan kemudian diagihkan kepada orang ramai yang mengunjungi Menara Surian di Mutiara Damansara antara 3.30 ptg dan 5.00 ptg.

Promosi Maggi bubur lambuk - membeli sambil menderma
Promosi bubur lambuk MAGGI® – membeli sambil menderma

“Ramadan adalah masa untuk menginsafi diri dan bersatu hati untuk menyokong satu sama lain. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan berbilang budaya, kita harus mengukuhkan silaturrahim antara satu sama lain dan masyarakat kita, dan sentiasa bersikap prihatin terhadap mereka yang memerlukan,” kata Rosalyn Simba, Pegawai Eksekutif Perniagaan Bahagian Makanan, Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Sebagaimana yang kami lakukan setiap tahun, kami di MAGGI® dan Nestlé tidak sabar untuk berkongsi berkat makanan masakan rumah yang lazat, iaitu Bubur Lambuk MAGGI®  kami, dengan sesama rakyat Malaysia,” tambahnya.

Sumbangan derma dari Maggi kepada badan pertubuhan kebajikan
Sumbangan derma dari MAGGI® kepada badan pertubuhan kebajikan

MAGGI® juga menghulurkan bantuan kepada pertubuhan amal Malaysia dengan menderma RM25,000 kepada lima rumah kebajikan di satu majlis penyampaian yang diadakan di Menara Surian. Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad menyampaikan replika cek kepada wakil-wakil dari Pusat Pengajian Semarak Kasih Al-Hashimi di Kodiang, Kedah; Rumah Perlindungan Nur Qaseh di Taman Melawati, Kuala Lumpur; Pusat Jagaan Amal Asyura di Sungai Buloh, Selangor; Pusat Jagaan Budaya Harapan di Rawang, Selangor, dan Pusat Jagaan Raudhah Maanajah di Selayang Baru, Selangor.

Bersiap sedia untuk pelancaran pengagihan Maggi bubur lambuk
Bersiap sedia untuk pelancaran pengagihan Maggi bubur lambuk
Mr. Alois Hofbauer mengagihkan Maggi Bubur Lambuk kepada penyewa Menara Surian
Mr. Alois Hofbauer mengagihkan Bubur Lambuk MAGGI® kepada pengunjung dan penyewa di Menara Surian

Turut hadir Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif – Jualan, dan Lester Kahn, Ketua Perhubungan Pembeli dan Pengguna dari Nestlé (Malaysia) Berhad; Azizul Azily Ahmad, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, and Kwok Hoon Meng, Pengurus Hartanah Menara Surian, Boustead Markerting Sdn Bhd.

Chef Muluk sibuk dengan soalan kuiz dan hadiah untuk diberikan kepada pemenang
Chef Muluk sibuk dengan soalan kuiz dan hadiah untuk diberikan kepada pemenang

MAGGI® akan meneruskan kempennya untuk membawakan sajian lazat dan berkhasiat kepada rakyat Malaysia dan akan berkongsi lebih banyak Bubur Lambuk MAGGI®  yang lazat pada bulan Ramadan tahun ini di:

  • Pasaraya Giant Gong Badak di Kuala Terengganu, Terengganu pada 10 Jun
  • Pantai Timur Mart Lubuk Jong di Pasir Mas, Kelantan pada 17 Jun
Jom agih Maggi bubur lambuk dengan basikal tua
Jom agih bubur lambuk MAGGI® dengan basikal tua

Untuk maklumat lanjut tentang pengagihan Bubur Lambuk MAGGI®, layari www.maggi.com.my atau www.facebook.com/MaggiMalaysia, atau hubungi Talian Telefon Percuma Perkhidmatan Pengguna Nestlé  di 1-800-88-3433.

Leave a Reply