MAGICA at Subang Penyelesaian Kepada Kerisauan Bakal Pengantin

Magica

MAGICA at Subang Penyelesaian Kepada Kerisauan Bakal Pengantin | Menyewa dewan serbaguna atau buat di rumah, anggaran jemputan untuk sediakan kad jemputan kahwin, bunga telur, cenderahati, katering, nak pilih pelamin mengikut tema tapi warna yang disukai tak available dan bermacam lagi la yang menjadi dugaan dan cabaran kepada bakal pengantin dalam persiapan untuk menjadi Raja Sehari. Memang mencabar dan kalau tak kena gaya perbelanjaan melebihi bajet yang telah disediakan….

Pakaian perkahwinan dari Putree Bridal

Kini bakal Raja Sehari tidak perlu lagi gusar dan terpaksa ke hulu dan ke hilir bagi menjayakan majlis perkahwinan mereka. MAGICA Events and Function Halls yang terletak di tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall di Subang merupakan solusi kepada bakal pengantin. MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaru, terbesar yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap.

Pada Ahad yang lalu, Naz telah di jemput untuk menghadiri sesi prebiu eksklusif Hari Terbuka MAGICA bagi memperkenalkan dewan acara ini. MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza.

Magical Hall

Dewan utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candeliar nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik. Mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu.

Dancing light yang bakal mempersonakan majlis anda…

Classic Hall

Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij. Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing.

Garden Hall

Sementara itu, Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal.

Ms Keng menerangkan fasiliti yang ada di Garden Hall
Garden Hall di MAGICA
kanak-kanak riang
Garden Hall yang berlatar suara deruan air dan kicauan burung
Bergambar di pelamin bersama Ms. Keng dan En. Saad

VIP Suite Rooms

Untuk pelanggan yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.

Dengan pasangan mempelai sebagai pelanggan utamanya, Magica Events & Functions Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor dan pastilah dekorasi mempersona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dengan tawaran dan kelengkapan yang disediakan oleh MAGICA, pelanggan bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna dan berprestij, bahkan dapat menjimatkan lebih 50%-60% daripada apa yang sepatutnya mereka belanjakan. Ini baru la dikatakan “semuanya di bawah satu bumbung”.

Sambil tetamu Hari Terbuka menikmati suasana keraian dan melawat ke sekitar dewan, mereka turut bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Putree Bridal dan KYBC. Sambil duduk santai, tetamu dihidang dengan juadah menyelerakan oleh rakan katerer MAGICA. Di deretan bufet pula terdapat pelbagai juadah tradisional, fusion, hidangan kenduri kahwin dan juadah Raya yang enak, dihasilkan sepenuh jiwa oleh para chef bersesuaian dengan tema untuk memberi pengalaman manis kepada semua tetamu.

Pertunjukkan Fesyen dari KYBC dan Putree Bridal

Kemeriahan majlis berterusan hingga ke akhir dengan setiap tetamu yang hadir membawa pulang cenderamata daripada MAGICA dan rakan vendor. Hari Terbuka MAGICA Events and Function Halls jelas dapat memberikan satu pengalaman penuh bermakna dan infomasi berguna kepada tetamu berkenaan servis yang ditawarkan oleh MAGICA.

MAGICA EVENT & FUNCTION HALLS

Jika bakal-bakal pengantin masih tercari-cari lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka, silalah ke MAGICA at Subang untuk melihat sendiri fasiliti yang ditawarkan… bak kata pepatah dari mata turun ke hati… maka tak kenal maka tak cinta… untuk maklumat lanjut boleh dapatkan di:

MAGICA Events Sdn Bhd (1316894-P)
Level 4, Star Avenue Lifestyle Mall, No. 3, Jalan Zuhal US/179.
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor
Tel: +6012 – 6787795
Facebook: www.facebook.com/MagicaatSubang
Instagram: www.instagram.com/MagicaatSubang

#MagicaWedding #MagicaEventHalls

Leave a Reply