Makan Malam Tahun Baru Cina Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Poon Choy Halal Set

Makan Malam Tahun Baru Cina Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam | Tahun Baru Cina bakal menjelang tiba, maka promosi makan malam Tahun Baru Cina pun menjadi buruan keluarga untuk berkumpul bersama dan makan besar. Tahun 2017 merupakan tahun ayam jantan (rooster) atau lebih tepat lagi Ayam Api yang melambangkan kehangatan serta ketenangan batin di dalam menjalin hubungan kekeluargaan.

Grand BlueWave Hotel CNY Promo
Grand BlueWave Hotel – Promosi Tahun Baru Cina 2017

Bagi meraikan kehangatan ini, pihak Hotel Grand BlueWave Shah Alam mempersembahkan hidangan Halal Poon Choy set. Poon Choy bermaksud ‘keraian mangkuk besar’ merupakan hidangan tradisi masyarakat Hakka dan Cantonese yang dihidangkan dalam bekas besar seperti basin yang diperbuat dari kayu, porselin atau logam. Terdapat beberapa lapisan makanan di dalam mangkuk tersebut dan ia menjadi agak misteri apa yang akan dinikmati bersama ahli keluarga.

Fatt Choi Poon Choy
Fatt Choi Poon Choy

Terdapat dua pakej Poon Choy yang ditawarkan, iaitu :-

  • Pakej A berharga RM798.00 +
  • Pakej B berharga RM1188.00 +
Chef Patrick Ng dengan hidangan Tahun Baru Cina 2017
Chef Patrick Ng dengan hidangan Tahun Baru Cina 2017

 

Hidangan Tahun Baru Cina

Hidangan promosi Tahun Baru Cina ini telah disediakan secara eksklusif oleh chef pakar masakan cina iaitu Chef Patrick. Kesemua set hidangan ini boleh didapati dari 3 Januari 2017 sehingga 15 Februari 2017, setiap hari untuk makan tengah hari dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam yang bermula pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1.

 

Tak lengkap majlis makan malam Tahun Baru Cina jika tiada Yee Sang dan CNY set. Grand BlueWave Hotel telah menyediakan Auspicious Yee Sang dan 3 set Menu Golden Prosperity CNY.

Yee Sang with Salmon
Auspicious Yee Sang set

Auspicious Yee Sang menawarkan empat pilihan iaitu Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Yee Sang with Salmon Fish, Yee Sang with Tuna Fish and Vegetable Yee Sang. Harga set tersebut bermula serendah RM 40.00+ sehingga ke RM 360.00+. Set Yee Sang ini sesuai dinikmati untuk minima 2 orang bagi setiap pesanan.

 

Set menu Golden Prosperity CNY adalah baik untuk dikongsi bersama keluarga, untuk jamuan syarikat, bersama-sama rakan baik atau rakan perniagaan. Terdapat 3 set menu bermula dengan harga serendah RM 888.00+ untuk Menu 1, RM 1228.00+ untuk Menu 2 dan RM 1688.00+ untuk Menu 3. Satu set menu sesuai untuk 10 orang (satu meja) dan perlu membuat tempahan awal.

Braised Dry Seafood Soup with Fish Lips
Braised Dry Seafood Soup with Fish Lips
Stir Fried Hong Kong Seasonal Vegetable with Whole Garlic
Stir Fried Hong Kong Seasonal Vegetable with Whole Garlic
Fried Rice With Yam & Chicken Meat
Fried Rice With Yam & Chicken Meat

Untuk membuat tempahan boleh terus menghubungi Restoran Chinese Tung Yuen di talian 03-55118811 ext. 2616 atau bahagian Telemarketing ext. 2724.

 

Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST. Restoran Chinese Tung Yuen adalah Halal dian telah disahkan oleh pihak JAKIM.

 

Maklumat tentang Tung Yuen Chinese Restaurant

Tung Yuen Chinese Restaurant adalah restoran masakan Cina yang terletak di Aras 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan Cina. Restoran ini telah mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM pada 1 November 2009. Ini bermakna

Leave a Reply