Makanan Village View Sedap Belaka

Restoran Village View

NaZ kembali lagi ke restoran Village View semasa percutian di Pullman Putrajaya… kali ini dengan isteri dan anak-anak. Oh ya bagi tak tahu di mana restoran ini, ia terletak di Jalan Reko Kajang berhampiran Kompleks Perhentian Bas Kajang.

Restoran Village View

Sebenarnya NaZ tahu restoran ini pun pada bulan Oktober yang lepas semasa berkursus di Institut Kemajuan Desa. Malam rasa lapar lepas berkursus jadi ikut kawan keluar makan. Dan di situ lah NaZ mula kenali restoran Village View ini dan terus terpaut dengan rasa masakannya. Apa lagi akan rekomen pada kawan-kawan yang lain.

 

Pada kunjungan kali ini, NaZ dan keluarga seperti biasa memesan nasi putih dengan lauk sambal sotong dengan petai, kerang kam heong, tomyam seafood, fries dan mee goreng. Manakala air pula kami order jus Tembikai, Teh Tarik, Teh O Ais dan Milo Ais. Simple ajer sebab pada sebelah petang kami dah ber hi-tea di hotel.

Sambal Sotong Petai

Kerang Kam Heong

Tom Yam Seafood

fries

Mee Goreng

Untuk pengetahuan semua, di sini terdapat pelbagai jenis makanan dari masakan melayu, ala Thai, satay dan bermacam-macam lagi lah. Antara masakan yang boleh NaZ rekomenkan ialah:-

  • Kerabu Mangga (yang ni dah order tapi habis daa)
  • Udang Mentega (butter prawn)
  • Ayam Pandan (ayam dibalut daun pandan dan digoreng)
  • Tom Yam Seafood (yang macam kami order)
  • Ikan Siakap Tiga Rasa
  • Ikan Siakap Steam Halia

Ini antara masakan yang NaZ pernah rasa dan memang rekomen sangat. Jadi jangan setakat percaya pada deria rasa lidah NaZ, anda harus pergi mencuba sendiri…bak kata orang ” Sudah rasa baru tauuuu”. Dari segi harga pula memang berpatutan sebab bila NaZ bandingkan dengan restoran lain dari segi jumlah hidangan, ia lebih murah sedikit. Jadi…

Masakan Sedap + Harga Berpatutan = TERBAEK!

Untuk Restoran Village View Kajang ini, NaZ bagi rating:

4.5 Star rating

 

4 thoughts on “Makanan Village View Sedap Belaka

Leave a Reply