Malaysian Football League (MFL) Membangkitkan Semangat Peminat Bola Sepak Untuk Membantu Menyelamatkan Alam Sekitar

Malaysian-Football-League-2019

Malaysian Football League (MFL) Membangkitkan Semangat Peminat Bola Sepak Untuk Membantu Menyelamatkan Alam Sekitar | Malaysian Football League (MFL) telah menyatukan peminat bola sepak dalam usaha untuk menyelamatkan alam sekitar dalam satu kerjasama dengan World Wide Fund for Nature (WWF), sebagai sebahagian daripada kempen Diet Plastik Anda oleh WWF. Final Piala FA Shopee yang diadakan pada 27 Julai 2019 merupakan julung kalinya kempen Diet Plastik Anda bekerjasama dengan acara bola sepak. Para peminat diberi kesedaran melalui mesej mengenai plastik mikro yang ditayangkan kepada penonton di Final Piala FA Shopee 2019 dan juga kejuaraan Piala Malaysia yang bermula pada 2 Ogos 2019.

Malaysian Football League (MFL) Membangkitkan Semangat Peminat Bola Sepak Untuk Membantu Menyelamatkan Alam Sekitar

Kempen Diet Plastik Anda mencetuskan kesedaran tentang bagaimana pencemaran plastik telah membawa kepada zarah-zarah plastik mikro yang dimakan oleh manusia di seluruh dunia, di mana satu kajian oleh WWF mendapati orang ramai boleh memakan sebanyak lima gram plastik seminggu secara purata. Kempen Diet Plastik Anda membantu orang ramai memahami ini dengan lebih baik menerusi penyampaian statistik dalam bentuk barang yang mudah dikenali. Adakah anda tahu anda mungkin memakan jumlah plastik yang cukup untuk membuat sekeping kad kredit setiap minggu?

Malaysian Football League dan WWF

“Kebanyakan peminat bola sepak adalah orang yang berorientasikan keluarga yang ingin berkongsi perkara-perkara bermakna dalam hidup dengan orang tersayang. Biasanya, ini adalah cinta untuk pasukan mereka tetapi cinta kepada alam sekitar dan pentingnya supaya kita turut membantu juga merupakan mesej yang amat penting. Peminat bola sepak mementingkan warisan dan mahu meninggalkan warisan yang baik untuk keturunan kita, dan tiada warisan yang lebih baik berbanding bumi yang sihat dan amalan menjaga bumi. Final Piala FA Shopee dan Piala Malaysia merupakan acara penting dalam kalendar bola sepak Malaysia, jadi kami menggunakan acara-acara tumpuan ramai ini untuk mewujudkan kesedaran tentang pencemaran plastik di kalangan lebih 80,000 peminat bola sepak. Kami berharap rakyat Malaysia akan bermotivasi untuk mengurangkan penggunaan plastik dan memikirkan cara membuang sampah dengan betul,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam.

MFL bekerjasama dengan WWF untuk memerangi pencemaran plastik dalam kempen Diet Plastik Anda di Perlawanan Akhir Piala FA Shopee 2019 dan Piala Malaysia 2019 yang akan datang

Mengulas mengenai kerjasama itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif WWF-Malaysia, Sophia Lim berkata: “Kami gembira mendapat peluang bekerjasama dengan MFL untuk menyebarkan mesej penting mengenai pencemaran plastik. Oleh kerana bola sepak adalah salah satu sukan terbesar di Malaysia, kami berharap mesej kami dapat mencapai sejumlah besar penonton, bukan hanya yang menonton di stadium, tetapi juga khalayak lebih ramai menerusi tontonan televisyen di seluruh negara. Peminat sukan terkenal kerana keghairahan dan sokongan padu mereka untuk pasukan pilihan, dan kami amat berharap untuk mendapatkan sokongan dan penglibatan usaha mereka untuk Pasukan Bumi juga.”

Pada aksi final Piala FA Shopee 2019, mesej mengenai pencemaran plastik telah dipaparkan pada papan perimeter LED dan sebagai iklan di skrin gergasi. Sejajar dengan acara itu, mesej yang disasarkan mengingatkan penonton bahawa 80,000 orang boleh memakan sejumlah lebih daripada 360 wisel plastik dalam masa 90 minit. Sementara itu, terdapat juga pengumuman awam yang menyeru penonton untuk menjaga kebersihan stadium dengan tidak meninggalkan sampah, mengutip sampah di sekitar mereka, dan membuang semua sampah dengan betul.

Piala FA Shopee 2019

“Secara global, peminat bola sepak yang menjaga kebersihan berjaya menarik perhatian positif dan saya berharap peminat bola sepak Malaysia juga akan mengamalkan sikap positif ini ketika menyaksikan kesemua perlawanan tempatan,” tambah Kevin.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Diet Plastik Anda, sila layari https://wwf.panda.org/get_involved/campaign_with_us/plastics_campaign_page/

Leave a Reply