Mark Adam Selit 12 Nama Artis Wanita Dalam ‘AMNESIA’

Mark Adam_Amnesia

Mark Adam Selit 12 Nama Artis Wanita Dalam ‘AMNESIA’ | Setelah kejayaan lagu Marry Me dan Si Katak, penyanyi, pelakon dan guru vokal Mark Adam tampil dengan single terbaharu yang berjudul ‘Amnesia’ pada 17 Januari 2019 baru-baru ini. Kali terakhir Mark, 38, mencipta lagu dan menulis lirik untuk diri sendiri adalah pada tahun 2016 melalui lagu Marry Me.

Antara yang turut sama menyumbang dalam pembikinan Amnesia adalah Adeep Nahar dan Sahri Selamat dari Suara Academy. Menurut Mark, proses menyiapkan lagu ini memakan masa selama 3 bulan dari penciptaan lagu, lirik dan rakaman sehingga siap untuk diterbitkan.

Lagu Amnesia berunsur ‘humor’ ini turut menyelitkan 12 nama artis wanita popular di Malaysia antaranya Sharifah Sakinah, Neelofa dan Izara Aishah. Untuk kali ini, Mark Adam bekerjasama dengan syarikat rakaman Monkey Bone sebagai pengedar digital Amnesia.

Mark Adam dengan Amnesia

Untuk memahami tentang Amnesia, sebuah muzik video berunsur komedi sudah sedia ditonton di saluran YouTube Monkey Bone. Idea untuk menjadikan video ini diterima penonton disampaikan oleh Mark Adam dengan baik sekali.

Amnesia boleh didengari di semua platform digital Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, KKBox & Deezer.

Leave a Reply