Masakan Asli Thai di FizoMawar Kitchen Bangi

FizoMawar Kitchen

Masakan Asli Thai di FizoMawar Kitchen Bangi |  Jumaat lepas Naz telah ke Bandar Baru Bangi untuk jumpa rakan berbincang tentang projek baru. Bila ditanya nak jumpa di mana, dia mengajak untuk cuba masakan asli Thai di FizoMawar Kitchen (FMK). Sebabkan perut pun terasa lapar so elok sangat untuk terus makan malam sekali gus.

FMK Bandar Baru Bangi

FMK ini berada di alamat No 7 & 9, Jalan 8/1 Seksyen 8, Bangi. Dari exit Tol Kajang (Plus Highway), lebih kurang 2.5 kilometer untuk sampai ke restoran FMK ini.

Pada mulanya hanya datang untuk berbincang dengan rakan, tapi ambil peluang la untuk buat review sekali kan. Terdapat dua ruang di restoran ini, yang berhawa dingin dan terbuka. Disebabkan cuaca panas, kami memilih ruang berhawa dingin. Harap Fizo Omar ada la boleh gak tanya, tapi dia ada kerja pulak di Bukit Kiara petang tu. So terpaksa lah kacau adik pelayan di situ.

FMK - Ruang Terbuka
Ruang terbuka
FMK - Ruang berhawa dingin
Ruang berhawa dingin…

FizoMawar Kitchen (FMK)

Restoran ini telah dibuka pada 15 Disember 2015 dikendalikan oleh Fizo Omar Katering Sdn Bhd. Diam tak diam dah hampir 2 tahun dah ni. Ikut kata adik pelayan ni, Fizo sendiri yang nak buka restoran berkonsepkan masakan asli Thai kerana kesukaran menemui makanan berasaskan Thai yang menepati citarasanya. Kita duk sibuk tanya adik ni, terus dipanggilnya Eddie iaitu pembantu Fizo. Apa lagi kan bertalu-talu la soalan…

FizoMawar Kitchen Logo
Antara hiasan dinding yang ada…

Hiasan di FMK

Citarasa terhadap makanan Thai ini amat dekat di hati Fizo kerana ibunya berasal dari Narathiwat. Fizo sendiri yang pergi belajar resipi dan cara masakan menu asli Thai ini. Dia mengambil masa selama 6 bulan dan dia sendiri yang membuat SOP penyediaan makanan di FMK. Naz tak heran Fizo pandai masak sebab sebelum ni pun Fizo memang aktif dengan perniagaan Hot Burger Malaysia.

FMK - Kaunter Pembayaran
Kaunter pembayaran yang unit, menempatkan sebuah perahu asli…

Cakap-cakap juga, terus minta Eddie rekomenkan apa yang best untuk di order. Eddie mencadangkan set Dragon Tom Yam, Ayam Bijan, Daging Bakar, Pad Thai dan Burger Ostrich Premium. Manakala minuman pula kami memilih Teh O, Cha Yen, Kopi Boran Yen, Mojito dan Cha Kiau Yen. Macam mana la rupanya hidangan ini kan…. jom baca terus.

FMK - Special Tea
Dari kiri Cha Kiau Yen, Cha Yen dan Kopi Boran Yen
FMK - Mojito
Mojito menyegarkan
FMK - Kopi Boran
Kopi Boran panas
FMK _ Dragon Tom Yam
Dragon Tom Yam yang meriah dengan seafood…

Dragon Tom Yam ini sebenarnya resepi asli Tom Yam dari Bangkok. Kuah nya bersantan tetapi pekat dan likat. Pes Tom Yam dia power sampai hampir tersedak Naz dibuatnya masa menghirup. Isi Tom Yam ni mewah ada seekor ketam, udang besar, sotong dan lala. Set ini didatangkan dengan 4 pinggan nasi dan 2 piring telur dadar. Harga set ini RM95.30 termasuk GST. Kalau ikutkan boleh makan untuk 6 orang tau.

FMK - Set Dragon Tom Yam
Set Dragon Tom Yam lengkap dengan nasi dan telur dadar…

Ayam Bijan ni diperap dengan pes istimewa dan digoreng garing. Memang sedap Cuma perapan tu tidak sampai ke isi ayam. Kalau perap lama lagi, mesti lebih menjilat jari. Untuk Ayam Bijan ni harganya RM7.30 termasuk GST dan ada 2 ketul ayam.

FMK - Ayam Bijan
Ayam Bijan yang garing dan berperisa…

Yang ini Naz paling suka, Daging Bakar. Masa nak masuk restoran ini Naz dah terpandang daging ini dibakar di atas bara api. Lepas tu ditabur dengan sos rahsia katanya sambil dibalik-balikan. Daging ini diperap rasanya sebab ada rasa kelainan bila dimakan tanpa cicah dengan sos. Makan daging bakar ni dengan nasi putih pun dah ok dah bagi Naz. Sepiring memang tak cukup la kan. Harga Daging Bakar ini RM10.50 termasuk GST sepiring.

Pekerja membakar daging
Setiba di FizoMawar Kitchen dah terpandang dan terhidu daging bakar yang wangi semerbak…
Daging Bakar
Daging yang dibakar dan dibasahi dengan sos istimewa membuatkan terliur melihatnya…
FMK - Daging Bakar
Daging Bakar yang siap dengan sos cicah…

Pad Thai atau Mee Goreng Thai yang disertakan dengan kacang tumbuk, serbuk cili dan limau nipis. Cara makan dia, gaulkan dulu ke semua bahan-bahan ini (kurangkan serbuk cili kalau tak tahan pedas) dan makan. Elok dimakan panas-panas, kalau dah sejuk tak de kick dah. Harga Pad Thai ni dah lupa.

FMK - Pad Thai
Pad Thai sedap dimakan panas-panas…

Burger Ostrich Premium atau Burger Burung Unta ini saja nak rasa sebab bukan ada kat gerai burger. Jadi timbul nafsu nak rasa macam mana rasa daging Burung Unta ni. Set burger ni didatangkan dengan fries. Rasa daging Burung Unta ni ada dua rasa; macam daging ayam + daging lembu sikit. Itu Naz yang rasa, kalau korang apa plak rasanya? Kena try la kan. Harga Burger ni RM11.50 termasuk GST.

Ostrich Burger Premium
Ostrich Burger Premium yang mengenyangkan…

Lepas habis makan, kami pun teruskan perbincangan yang sepatutnya walaupun dah mula mengelat sebab perut dah penuh kan. Tapi demi kerja, kami teruskan juga. Jam dah hampir pukul 9 malam dan mula rasa nak mengunyah. Maka di order nya Chakoi dengan Sangkaya Pandan dan Akedut.

FMK - Dessert
Anatara dessert yang kami rasa sambil berbincang…

Chakoi ni memang layan, kena plak dengan air Kopi O panas. Sangkaya Pandan ni homemade jadi memang enak dicicah-cicah dengan chakoi tu.

FMK - Chakoi dan Sangkaya Pandan
Memang layan makan chakoi dengan sangkaya pandan homemade nie…

Akedut ini sebenarnya Akok yang famous kat Kelantan tu kan. Rasa dia tak terlalu manis macam mana yang Naz selalu rasa kuih Akok tu. Tak juga ada bau hanyir telur, jadi makan pun memang tenteram la. Memang sedap di makan sambil santai-santai.

FMK - Akedut
Akedut atau Akok yang lembut dan tidak terlalu manis…

Memang best masakan di sini dari segi rasa, kesegaran bahan-bahan yang digunakan dan yang penting ia Halal! Kalau korang tersesat atau berada di Bandar Baru Bangi, jangan lupa singgah dah rasa hidangan asli Thai di FMK ini.

FizoMawar Kitchen

Oh ya, Eddie ada bagitau, sempena Ulang Tahun ke-2 restoran FizoMawar Kitchen ini pada 15 Disember 2017 (Sabtu), potongan harga sebanyak 15%* akan diberikan kepada pengunjung sepanjang hari istimewa ini. 15% potongan dari jumlah harga dalam satu resit, bermakna kalau resit harga RM100, cuma bayar RM85 sahaja. Hanya Sabtu ini sahaja tau!

15% Peratus diskaun

Untuk ikuti dan ketahui promosi terkini dari FMK, anda boleh follow mereka di…

Tempahan: Cik Azah (+6019 9080909)
Laman Web: fizoomar.com/fizomawarkitchen
Facebook: www.facebook.com/fizomawarkitchen
Instagram: www.instagram.com/fizomawarkitchen
Emel: fizomawarkitchen@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *