Master Chris Leong Membuat Penampilan Di GINTELL IOI City Mall

gintell-logo

Master Chris Leong Membuat Penampilan Di GINTELL IOI City Mall | Dato’ Seri Master Chris Leong, seorang Pengamal Rawatan Tradisional Cina “Tit-Tar” yang profesional membuat penampilan istimewa sebagai Konsultan Kesihatan Jenama GINTELL di IOI City Mall. Dato’ Seri Master Chris Leong bersama dengan peminat dan para pelanggan GINTELL mengalami urutan dari kerusi urut GINTELL DéSpace U.F.O dengan selesa serta berkongsi beberapa petua kesihatan semasa acara tersebut. Beliau berkata “Peregangan yang sesuai dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan akibat daripada kurang bersenaman ataupun duduk terlalu lama. Ia juga boleh membantu melegakan tekanan leher, bahu dan sakit belakang. “

Ms May Wong 黄美容, Datin Sophia Goh 拿汀陈淑菲,Dato' Seri Master Chris Leong 拿督斯里梁润江师傅,Dato' Goh Cheh Yak 拿督吴正益,Ms Christine Kua, Mr CK Moo 巫志光,Mr Steve (1)

Kerusi urut GINTELL DéSpace U.F.O dilengkapi dengan teknologi urutan “Ai Humanized”. Ia adalah sistem sensor seluruh badan dengan sensor robotik yang berganda (MRS) dapat mengukur bentuk seluruh badan dan ketingginan dari kepala hingga ke kaki dengan tepat sekali untuk memberikan  urutan yang khusus untuk anda.

Urutan BebolaAi Quad 3D” dilengkapi dengan sebanyak 12cm tonjolan keluar dengan 4 biji bebola urutan yang paling mesra untuk mengurangkan kawasan tekanan di bahagian bawah pinggul . Ia juga akan membantu melegakan sakit kepala, mencegah insomnia, menggalakkan peredaran darah, dan  dapat mengurangkan kesakitan dan ketegangan otot di sekitar kawasan leher dan bahu.

GINTELL DéSpace U.F.O juga dilengkapi dengan Program “180° Space Stretch” yang akan membantu melegakan tekanan dan ketegangan pada belakang badan dan sendi serta meningkatkan pergerakan belakang secara beransur-ansur dan mempercepat pemulihan otot.

Program “Aero V-Track” boleh digunakan untuk menyelaras kedudukan urutan bebola dari kepala ke paha. Dengan lanjutan 125cm, ia boleh mencapai urutan dari bahagian leher sampai ke peha, ia juga menpunyai lebih 45% liputan dan potensi yang lebih baik berbanding kerusi urutan yang lain.

Urutan Kaki 360° menawarkan pengalaman urutan yang paling lengkap dan merangsang di bahagian betis dan kaki, ia juga membantu mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan peredaran darah.

Promosi Hari Malaysia untuk Kerusi Urutan GINTELL DéSpace U.F.O

Bersempena sambutan Hari Malaysia, GINTELL menawarkan promosi khas kepada pelanggan. Dapatkan kerusi urutan GINTELL DéSpace U.F.O dengan rebat sebanyak RM5,000, promosi ini hanya berlangsung sehingga 30 September 2019 sahaja.  Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila lawati mana-mana cawangan GINTELL yang berdekatan atau  boleh hubungi khidmat pelanggan kami di talian + 603-6277 9333.

Leave a Reply