McDonald’s Drive-Thru Challenge Tersemat Di Malaysia Book of Records

Drive-Thru Weekend Challenge

McDonald’s Drive-Thru Challenge Tersemat Di Malaysia Book of Records |  Tak perlu parking kenderaan, cepat disediakan dan dibuka 24 jam…. itulah perkhidmatan McDonald’s Drive-Thru. Ia bermula pada tahun 1988 di McDonald’s Titiwangsa dan sejak itu perkhidmatan tambahan ini terus menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd. Pada 26-28 April 2019, McDonald’s telah mengadakan Cabaran McDonald’s Drive-Thru sebagai usaha syarikat tersebut untuk mengukuhkan lagi segmen perniagaan Pandu-Lalu McDonald’s.

Cabaran McDonald's Drive-Thru

Pada 29 April 2019, kurang lebih 11.15 pagi wakil dari Malaysia Book of Records, Puan Siti Hajar telah mengumumkan bahawa McDonald’s telah berjaya mencipta rekod baru pada 27 April dengan jumlah kenderaan paling banyak menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu dalam tempoh masa 24 jam, dengan sejumlah 164,235 kenderaan. Ini menjadikan McDonald’s Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Drive-Thru dalam Tempoh 24 Jam”.

McDonald's Drive-Thru Challenge - Kejayaan tercatat dalam The Malaysia Book of Records
Dari Kiri: Puan Siti Hajar binti Johor, wakil dari Malaysia Book of Records (MBOR); Ms. Felina Lim, Pengarah Kanan Operasi McDonald’s Malaysia; Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; dan Andrew Samuel, Pengarah Operasi McDonald’s Malaysia menunjukkan rekod baru untuk “Penyertaan Terbesar untuk Cabaran Drive-Thru dalam 24 Jam” semasa Cabaran Weekend Drive-Thru yang diadakan dari 26-28 April .

Sebelum ini pada Ogos 2008, McDonald’s telah memegang rekod bagi jumlah kenderaan paling tinggi untuk Cabaran yang sama di mana 18,677 kenderaan telah melalui 53 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara mulai jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Tahun sebelumnya pula, McDonald’s mencatat rekod 7,186 kenderaan melalui 49 restoran Pandu-Lalu McDonald’s antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan dan menjayakan ‘Cabaran McDonald’s Drive-Thru Hujung Minggu’. Ia merupakan sesuatu yang amat bermakna buat kami apabila mendapat sambutan daripada pelanggan bersama keluarga mereka untuk cabaran ini”.

McDonald's Drive-Thru - Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar -

“‘Cabaran McDonald’s Drive-Thru Hujung Minggu’ ini melambangkan kemampuan McDonald’s untuk menguruskan segmen perniagaan yang semakin berkembang ini. Selain itu, McDonald’s juga menjangkakan 10 hingga 15 peratus peningkatan jumlah kenderaan yang melalui restoran-restoran Pandu-lalu McDonald’s pada masa hadapan berdasarkan perkembangan pesat segmen perniagaan ini,” tambah En. Azmir.

Fakta-fakta penting:

  1. Terdapat 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s diseluruh negara dari jumlah keseluruhan 277 restoran.
  2. Jualan dari restoran Pandu-Lalu McDonald’s menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan 167 restoran Drive-Thru mereka.
  3. Gerbang Alaf Restaurants mensasarkan untuk membuka 20 restoran Pandu-Lalu McDonald’s pada tahun ini.
  4. Menjelang 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran mereka dari 350 restoran di seluruh negara untuk menjadi restoran Drive-Thru.

Drive-Thru Hero Challenge

Selain dari itu, satu inisiatif menarik telah dilancarkan menerusi aplikasi McDonald’s mulai 17 hingga 30 April sempena ‘Cabaran McDonald’s Drive-Thru Hujung Minggu’. Drive-Thru Hero Challenge telah mewujudkan keterujaan dalam kalangan pelanggan dimana ia menggalakkan mereka untuk menuju ke sebanyak restoran Pandu-Lalu McDonald’s yang mungkin dan berpeluang menjadi Top 10 Drive-Thru Heroes. Satu persinggahan di restoran Pandu-Lalu McDonald’s adalah bersamaan 10 mata, dan Top 10 Drive-Thru Heroes akan menerima ganjaran wang tunai berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. Bagi pelanggan-pelanggan lain pula, setiap 5 perhentian di mana-mana restoran Pandu-Lalu McDonald’s membolehkan mereka mendapatkan tawaran tertentu daripada menu hidangan McDonald’s.

Naz nak ucapkan syabas dan tahniah kepada McDonald’s kerana telah berjaya menempatkan nama mereka di dalam Malaysia Book of Records melalui cabaran ini. Naz percaya McDonald’s akan terus memimpin pasaran dan memenuhi janjinya untuk menghidang makanan yang lazat dan memberi pengalaman yang indah kepada para pelanggan setianya dimana saja tanpa mengira masa.

Leave a Reply