McDonald’s Malaysia terima Anugerah Kecemerlangan CSR Halal

McDonald's Logo

McDonald’s Malaysia terima Anugerah Kecemerlangan CSR Halal di Persidangan Halal Sedunia 2019 | McDonald’s Malaysia merangkul Anugerah Kecemerlangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Halal minggu lalu di Persidangan Halal Sedunia 2019. Anugerah ini merupakan inisiatif oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) untuk mengiktiraf syarikat-syarikat yang menunjukkan komitmen berterusan dalam melaksanakan nilai-nilai etika, pematuhan undang-undang, dan sikap hormat terhadap individu, komuniti dan alam sekitar dalam perniagaan mereka.

“Kami amat berbesar hati menerima anugerah ini di Persidangan Halal Sedunia 2019. Ia merupakan satu penghormatan terhadap komitmen pasukan dan usaha berterusan yang dilaksanakan syarikat dalam memberi sumbangan kepada komuniti, yang merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.

Persidangan Halal

Dengan menjadikan komuniti sebagai perkara penting, McDonald’s Malaysia komited mewujudkan impak positif dalam komuniti. Bagi tahun 2018 sahaja, syarikat telah menganjurkan lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan. Ini termasuklah sumbangan zakat, pengambilan belia asnaf untuk program perantisan McDonald’s di bawah Sistem Latihan Dual Nasional Kementerian Sumber Manusia dan juga program “Kembali ke Sekolah” yang menyaksikan 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga miskin bandar menerima pek persekolahan.

Azmir Jaafar, Managing Director and Local Operating Partner, McDonald’s Malaysia was one of the speakers during the Captains of Industry panel session titled ‘Global Halal Industry in 2030 – A Vision’, where he shared McDonald’s Malaysia’s best Halal practices.

Azmir juga dijemput sebagai jurucakap di panel Captains of Industry bertajuk ‘Global Halal Industry in 2030 – A Vision’, dimana beliau berkongsi tentang amalan-amalan Halal yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia. Menurut Azmir, model pengurusan Halal yang dilaksanakan oleh syarikat yang melibatkan sumber makanan, penyediaan, pengurusan dan penyimpanan adalah berdasarkan keperluan Halal yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Di McDonald’s Malaysia, kami mengambil pendekatan serius dalam memilih pembekal dan bahan-bahan mentah. Kami hanya bekerjasama dengan pembekal makanan yang mempunyai pensijilan Halal dengan piawaian kebersihan yang tertinggi dan kualiti yang terbaik seiring dengan amalan di peringkat global,” kata Azmir.


Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang hampir 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Leave a Reply