MEERACLE Dengan Keajaiban Ekstrak Batu Permata

Produk Kecantikan Kulit Meeracle

MEERACLE Dengan Keajaiban Ekstrak Batu Permata |  Kebiasaannya batu permata seperti Berlian (Diamond), Rubi Merah (Red Ruby) dan Mutiara (Pearl) dipakai sebagai perhiasan diri bagi wanita dalam bentuk rantai leher, anting-anting, gelang, cincin dan sebagainya. Tapi batu-batu permata ini berfungsi lebih dari hanya sekadar perhiasan, kini ekstrak batu permata ini diformulasikan dalam produk kecantikan kulit MEERACLE!

Meeracle Launch

Meeracle adalah jenama produk Malaysua yang pertama di Asia memperkenalkan produk kecantikan kulit yang berasaskan formula berinovasikan batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi merah dan mutiara.  Formulasi campuran ekstrak tiga bahan batu permata ini dicipta khas untuk menjadikan kulit lebih berseri, muda dan mulus.

Meeracle-Official-Logo

Khasiat Batu Permata

Diamond

Ekstrak berlian yang dikisar halus ini berfungsi lembut pada kulit sekaligus membantu meratakan tona warna kulit di samping memudarkan kesan parut dan kedut, menjadikan kulit lebih mulus dan berseri.

Red Ruby

Ekstrak rubi merah pula memulihkan kesihatan dan keserian kulit kerana ianya membantu memulihkan, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit menjadikan kompleksi tona warna kulit kelihatan merah jambu.

mutiara

Ekstrak mutiara mempunyai banyak kebaikan melembap, anti-penuaan dan mencerah juga boleh membantu menjadikan kulit lebih anjal dan rata.

Keunikan formula batu permata adalah bahan utama dalam rangkaian produk-produk Meeracle yang mempunyai bahan aktif semula jadi untuk memberikan hasil yang terbaik.

Produk MEERACLE

Produk baharu yang ditambahbaik, ringan dan senang meresap, Meeracle Facial Serum dalam botol 30ml, dijual pada harga RM79 sebotol juga mempunyai 23 bahan aktif semula jadi yang menunjukkan perubahan ketara dalam jangka masa yang singkat.

Meeracle Facial Serum

Produk Meeracle Facial Cleanser dalam botol 50ml, dijual pada harga RM49 sebotol pula mempunyai malakit, satu lagi batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan mempunyai bahan anti-bakteria untuk memulihkan masalah jerawat. Pencuci ini juga mempunyai aloe vera iaitu bahan terbukti kesegarannya serta teh hijau dengan anti-penuaan, menjadikan kulit lebih tulen dan segar selepas mencuci.

Meeracle Facial Cleanser

Lebih bagus kedua-dua produk digunakan secara bersama, Meeracle Facial Serum dan Cleanser ini sesuai untuk semua peringkat umur, jenis kulit dan juga jantina. Ya lelaki juga boleh memakainya.

Diasaskan oleh Meera Nordin dan dikeluarkan oleh Edelsteen Sdn Bhd, rangkaian produk penjagaan kulit Meeracle dicipta hasil kajian selama beberapa tahun oleh kumpulan kajian farmaseutikal.

Meera Nordin

“Kami percaya dengan melabur dalam R&D, kami dapat memberikan hasil produk yang berkualiti tinggi dan selamat untuk para pengguna. Kami mengambil masa selama 2 tahun dalam pembangunan produk untuk Meeracle Facial Serum sebelum membuat pelancaran, dan kami juga menghabiskan banyak masa untuk mencipta formulasi terbaik untuk pencuci muka dengan malakit kami yang telah pun dilancarkan tahun lepas,” kara Meera Nordin.

Ketika pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Edelsteen Sdn Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid juga telah merasmikan “EMPOWERING YOU”, program tanggungjawab sosial korporat syarikat yang mensasar dan membantu golongan wanita yang mempunyai masalah kewangan dengan memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid

Bekerjasama rapat dengan para Master Stokis Meeracle – yang merupakan tulang belakang kepada rangkaian pengedar jenama tersebut – program ini menawarkan para wanita dengan latihan, sesi mentor serta kit untuk memulakan perniagaan.

Empowering You

“Wanita adalah golongan semula jadi yang bekerja keras lagi bersemangat dan dengan membantu mereka yang memerlukan pendapatan sampingan lebih, kami juga berharap dapat membantu menambahbaik kehidupan anak-anak mereka, keluarga dan juga komuniti. Program CSR ini akan memberikan mereka peluang untuk memulakan perniagaan kecil demi kemajuan mereka serta menjanjikan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Kami berazam untuk mensasar lebih kurang 50 ke 60 orang wanita untuk tahun yang pertama,” kata Raja Haziq ketika pelancaran tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk serta para pengedar yang terdekat, layari laman web www.meeracle.com.my atau Facebook Meeracle.

 

Leave a Reply