MEIZU Perkenal Pro 6 Plus dan M5 Note di Malaysia

MEIZU Perkenal Pro 6 Plus dan M5 Note di Malaysia |  Mungkin jenama telefon pintar dari negara China seperti Huawei, Lenovo, Oppo, Xiaomi dan ZTE sudah terkenal di pasaran, namun satu lagi jenama dari negara China akan menghangatkan pasaran telefon pintar di Malaysia iaitu Meizu. Kini Meizu memperkenalkan dua lagi telefon pintar terbarunya ke pasaran Malaysia iaitu Pro 6 Plus dan M5 Note. Dua model ini merupakan tambahan kepada barisan produk yang sedia ada di negara ini seperti telefon M3s dan M3 Note. Pada sesi perkenalan ini, Meizu telah mengumumkan Dynamics Distribution Sdn. Bhd. sebagai pengedar eksklusifnya di Malaysia. Sebelum ini, telefon Meizu hanya boleh dibeli secara atas talian (online) seperti di Lazada Malaysia.

Meizu lancarkan Pro 6 Plus dan M5 Note di Malaysia

Meizu yang diasaskan pada 2003 telah menjadi salah sebuah pengeluar telefon paling berpengaruh di dunia. Syarikat berkenaan baru-baru ini telah menerima pelaburan berjumlah USD650 serta sumber dan sokongan dalam bidang e-perniagaan, Internet, perkhidmatan Internet mudah alih, analisis data serta sistem pembayaran daripada Alibaba Group Holding Ltd. dalam satu usaha sama yang strategik.

Meizu Malaysia

Malaysia merupakan pasaran terbaharu Meizu dan menjadi tambahan kepada jaringan antarabangsanya di Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah, Asia Tengah dan Oceania. Pengarah Rantau Asia Pasifik, Meizu Technolgy, En. Gary Xu berkata, pihaknya amat teruja dengan pasaran Malaysia. “Trend menunjukkan bahawa Asia sedang mendahului dunia dalam adaptasi dan penggunaan telefon pintar. Malaysia telah kami pilih sebagai titik mula pelaburan untuk pasaran rantau Asia Tenggara,” kata En. Gary.

En. Gary Xu

Telefon-telefon keluaran Meizu dikenali dengan keringanannya, rekabentuk yang selesa, kualiti bunyi premium, kamera berdefinisi tinggi, serta interface yang ringkas tetapi anggun yang menggabungkan prestasi, ciri mudah guna dan fungsi serta ketahanan yang diperlukan bagi penggunaan harian.

Flyme 6

Antara ciri-ciri unik yang terdapat pada telefon Meizu adalah sistem operasinya iaitu Flyme dan fungsi mBack. Flyme ialah sistem operasi telefon mudah alih yang direka khusus oleh Meizu berdasarkan sistem operasi Android. Sebagai teras kepada telefon-telefon Meizu, Flyme menjadi “nadi kepada produk-produk Meizu” yang mana rekabentuk sistemnya yang tersendiri dan menarik memberikan pengalaman layaran yang menyeronokkan dengan animasi yang lincah dan halus. Dengan ciri-ciri utama seperti aplikasi yang direka bentuk semula sepenuhnya, penggunaan satu tangan dan mengoptimakan prestasinya, Flyme dicipta untuk memberikan para pengguna telefon pintar yang ringan dan lancar penggunaannya.

Manakala fungsi mBack pula, merupakan satu inovasi besar dalam sistem Flyme yang membolehkan operasi kekunci “home”, “back” dan operasi imbasan cap jari dengan hanya menggunakan satu butang fizikal yang memberikan pengguna satu sistem dengan fungsi yang amat berkuasa tetapi ringkas operasinya yang amat sesuai dengan kesibukan hidup ketika ini.

 

Oh ya, ada satu lagi ciri bijak pada telefon Meizu iaitu enjin kepintaran buatan One Mind. Ia mampu menyesuaikan prestasi sistem mengikut kegemaran pengguna. Ia boleh mengenalpasti aplikasi kegemaran pengguna dan menetapkan sumber tambahan kepada aplikasi berkenaan untuk menjadikannya berjalan dengan lebih lancar. Lebih 400 ciri baharu telah ditambah kepada Flyme 6, termasuklah proses tangkapan gambar yang diperbaharui serta pembantu carian telefon hilang yang dikemaskini.

Meizu Pro 6 Plus

MEIZU Pro 6 Plus

MEIZU Pro 6 Plus ini mempunyai binaan badan keluli tunggal berserta reka bentuk arca mikro yang menawan. Lengkongan badan yang direka bentuk semula telah melalui 30 langkah tingkatan dan 150 jam kerja tangan halus. Sebab itu ia digelar sebagai “Lebih Kuat Daripada Biasa” beserta perincian unik dan halus seperti garisan CD kamera, lingkaran lampu flash dan rekabentuk antena yang minimalis.

Disebalik badan keluli tunggal berkenaan terdapat pemproses sepantas kilat Exynos 8 berfrekuensi 2.0 GHz yang digabungkan dengan Senibina SCI Samsung juga GPU yang berkuasa dala, satu cip yang boleh mengendalikan apa jua aplikasi besar atau berat yang anda gunakan.

Meizu Pro 6 Plus Look and Feel

Skrin yang lebar pada 5.7 inci, PRO 6 Plus ini dipadankan dengan resolusi Quad HD 2K. Modul skrin berkenaan hanya setebal 1.65 mm. Ditambah pula dengan paparan Samsung Super AMOLED, skrin berkenaan boleh dilihat dari mana-mana sudut dengan paparan warna yang terang dan jelas.

Ianya turut dilengkapi dengan kamera utama (belakang) 12 megapiksel yang mampu mengambil gambar biasa dan malam yang tajam dengan penstabil imej optikal 4 paksi, apetur f/2.0 yang lebih besar, bulatan lampu flash 10-LED dan lensa 6P. Generasi terbaharu pemproses imej ISP berprestasi tingginya memperbaiki penghasilan semula warna, ketajaman dan mengurangkan gangguan kepada gambar dan video.

Inovasi lain yang ketara pada Meizu adalah inovasi cetakan 3D yang menunjukkan prebiu aplikasi dengan menekan ikonnya. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari yang telah dioptimakan bagi membolehkan imbasan cap jari yang lebih pantas. Peranti ini menggunakan piawaian USB terkini dan bukannya USB mikro lama iaitu Type-C dan USB 3.1 yang menyokong transmisi jalur lebar 5 Gbps dan teknologi pengecas pantas Meizu.

Pengecas mikro merupakan satu lagi inovasi terkini Meizu yang mampu mengecas dengan pantas bateri dengan jumlah kapasiti 3400 mAH yang mana pengecasan selama 30 minit akan dapat mengecas bateri berkenaan sebanyak 60 peratus dengan pantas, mudah dan selamat.

Spesifikasi Meizu Pro 6 Plus [64GB ROM + 4GB RAM]

Ciri-ciri Am:

Kamera Belakang 11 to 15MP
Kamera Depan 5-6 MP
Skrin Paparan (inci) 5.5
Sistem Operasi Android
Jenis Pemprosesan Octa-core
RAM memory 3GB
Jenis Skrin IPS LCD
Kapasiti Penyimpanan 32GB

Pro 6 Plus didatangkan dalam tiga warna iaitu emas, perak dan kelabu dan pada harga RM1,999.

 

Meizu M5 Note

MEIZU M5 Note

MEIZU Note 5 pula dilengkapi dengan badan keluli dengan kemasan 12 langkah sandblasting menjadikan M5 Note selesa dipegang. Garisan antena baharunya menjadikan M5 Note kelihatan lebih menarik dan bergaya berbanding peranti siri M yang lain. Kualiti bunyinya diperhebatkan lagi dengan lubang keluar berpetak yang unik yang direka bentuk menggunakan ketepatan CNC bagi menghasilkan bunyi yang lebih sekata dan semulajadi.

M5 Note didatangkan dengan paparan 5.5 inci Full HD yang menawarkan pengalaman tontonan dengan kepelbagaian warna, keterangan dan kehalusan yang lebih baik disamping mengurangkan tekanan kepada mata melalui mood perlindungan mata. Sisi lengkung menggunakan kaca 2.5D menjadikan M5 Note peranti yang amat selesa untuk digunakan.

Meizu M5 Note Look and Feel

Peranti ini juga dilengkapi dengan pemproses 64-bit lapan teras generasi terkini yang memberikan tahap frekuensi tertinggi sehingga 1.8 GHz serta 3GB RAM bersama ruang storan 32GB yang bersesuaian dengan pilihan pengguna. Walaupun hanya setebal 8.1 mm, M5 Note menawarkan bateri berkapasiti tinggi 4000mAh yang dilengkapi dengan teknologi bateri terbaik yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang unik dalam kelas harganya.

M5 Note juga didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas generasi terbaharu. Disokong dengan tenaga 18W, MEIZU M5 Note hanya mengambil masa 90 minit untuk dicas, 40% lebih pantas berbanding model-model sebelum ini. Peranti ini juga mempunyai pengesan cap jari yang boleh anda gunakan untuk membukanya selain menyempurnakan pembayaran mudah alih.

Spesifikasi Meizu M5 Note [32GB ROM + 3GB RAM]

Ciri-ciri Am:

Kamera Belakang 11 to 15MP
Kamera Depan 5-6 MP
Skrin Paparan (inci) 5.5
Sistem Operasi Android
Jenis Pemprosesan Octa-core
RAM memory 43GB
Jenis Skrin AMOLED
Kapasiti Penyimpanan 64GB

M5 Note juga didatangkan dalam tiga warna iaitu emas, perak dan kelabu dan pada harga RM849.

 

Telefon Pintar Meizu Yang Lain

Model lain keluaran Meizu

Dengan pelancaran rasmi Meizu di Malaysia, model-model telefon pintar keluarannya yang lain akan juga boleh didapati di kedai-kedai tempatan pada harga mampu milik!

Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi lain telefon-telefon pintar Meizu, sila lawati laman web mereka di pautan https://www.meizu.com

Leave a Reply