Memperkenalkan Far Away Glamour oleh Avon Dengan Haruman Memikat

Avon Logo

Memperkenalkan Far Away Glamour oleh Avon Dengan Haruman Memikat | Sari keanggunan anda merupakan sanubari anda. Ia menjangkaui soal jasmani dan minda. Untuk meraikan sari keanggunan ini, Avon memperkenalkan Far Away Glamour.

Far Away Glamour

Far Away Glamour Eau de Parfum Spray oleh Avon

  • Wangian anggun yang kekal lama ini meraikan gaya hidup glamor
  • Sebahagian dari rangkaian haruman Avon Far Away
  • Dilancarkan pada 1 September 2019
  • RM69.00 WM/ RM79.35 EM
  • Dapatkannya dari Wakil Avon, Butik Kecantikan Avon atau dari shop.avon.my

Diulit kehebatan Vanilla Madagascar bersama kesegaran bungaan floriental, haruman glamor ini turut mengetengahkan sentuhan akkord anggur hitam dan kesturi yang mendakapmu penuh keayuan serba glamor setiap kali menyemburkannya.

Amat sesuai untuk momen glamor anda, ia juga boleh digunakan saat bercuti atau ke majlis malam hari. Wangian ini turut tersedia dalam bekas Purse Spray 10ml supaya anda kekal harum, ke mana sahaja, bila-bila masa.  

vanilla
anggur hitam
Kesturi

Far Away Glamour merupakan edisi baru dari jenama haruman Avon #1 dunia, Far Away. Sempena pelancaran baru ini, Avon turut memperkenalkan wajah baru buat koleksi ini – Far Away Classic, Far Away Gold dan Far Away Infinity. 

Avon Far Away Perfumes

Hiduplah penuh glamor. Far Away Glamour Eau de Parfum Spray 50ml dan Far Away Glamour Purse Spray 10ml bakal dipasarkan mulai 1 September 2019. Dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau menerusi atas talian di shop.avon.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866).


Selama 130 tahun Avon telah berdiri teguh memperjuang kecantikan, inovasi, optimisme dan paling ulungnya, demi wanita. Barangan Avon merangkumi pelbagai rangkaian dan jenama terkemuka seperti ANEW, Avon Color, Skin-So-Soft, Advance Techniques, Naturals dan Avon Intimates. Dijual melalui hampir 6 juta Wakil Avon bebas yang aktif, barangan Avon terus menjelitakan pengguna di lebih 70 negara serata dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Avon dan barangannya di shop.avon.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *