Menu Ramadhan McDonald’s Malaysiai Meriah dan Lazat

Puan Melati, CMO McDonald's Malaysia

Menu Ramadhan McDonald’s Malaysia Meriah dan Lazat | McDonald’s Malaysia melancarkan dua tawaran menu baharu untuk para pelanggannya yang inginkan hidangan lazat dan mengenyangkan sepanjang bulan Ramadan ini. Sepanjang bulan Ramadan ini, pelanggan-pelanggan McDonald’s boleh memilih dua tawaran menu eksklusif – Nasi McD baharu dan Chicken Foldover – yang kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s.

Menu Ramadhan - Chicken Foldover dan Nasi McD

Bagi penggemar hidangan nasi, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan sos kari baharu untuk dinikmati bersama Nasi McD dan Ayam Goreng McD. Nasi McD boleh didapati dengan pilihan 1 ketul atau 2 ketul Ayam Goreng McD. Set ini dihidangkan bersama coleslaw dan Iced Lemon Tea bersaiz medium, untuk hidangan lengkap berbuka puasa.

Tawaran menu baharu ini juga membawakan kembali Chicken Foldover yang menjadi kegemaran ramai – dengan dua kepingan daging ayam lembut yang dibakar sempurna, ditambah dengan daun salad dan tomato segar, serta sos istimewa baharu, yang dibalut dengan roti nipis. Dihidangkan bersama McDonald’s French Fries yang terkenal dan Iced Lemon Tea, hidangan lengkap ini pastinya mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang inginkan pengalaman citarasa baharu.

Menu Ramadhan McDonald's meriah

“Ramadan merupakan bulan paling mulia buat penganut agama Islam, dan ia juga merupakan saat dimana semua rakyat Malaysia meraikan cinta kita kepada makanan. Walaupun terdapat banyak tawaran menu lain yang McDonald’s sediakan sepanjang tahun, bulan Ramadan amat sesuai buat kami untuk menawarkan pengalaman rasa yang berbeza dan menarik,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden/Ketua Pegawai Pemasaran.

Selain Nasi McD dan Chicken Foldover, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai jenis hidangan pencuci mulut citarasa tempatan. Selain D24 Durian McFlurry yang digemari ramai, McDonald’s juga akan membawakan semula Banana Pie yang sesuai diambil semasa berbuka puasa, dengan inti pisang yang aromatik, di dalam pastri rangup McDonald’s yang terkenal. Buat pelanggan yang sentiasa on the go, atau mereka yang ingin melengkapkan hidangan dengan sesuatu yang manis dan menyegarkan, McDonald’s juga menawarkan Sarsaparilla Cones dan Ice Blended Ribena terbaharu daripada McCafe.

Menu Ramadhan - Sarsaparilla Aiskrim
Menu Ramadhan - Ice Blended Ribena
Menu Ramadhan - D24 Durian McFlurry
Menu Ramadhan - Banana Pie
Hidangan Banana Pie

Bagi hidangan sahur pula, mulai 6 Mei, hidangan menu biasa (Regular Menu) terpilih McDonald’s boleh didapati sehingga jam 6 pagi bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan yang berpuasa. Ini termasuklah Nasi McD, Ayam Goreng McD, McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets yang pastinya memberi kepuasan bersahur di McDonald’s.

Set Nasi McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD, coleslaw dan Iced Lemon Tea boleh didapati dengan harga RM13.95, manakala set dengan 2 ketul Ayam Goreng McD pula berharga RM16.95. Hidangan Chicken Foldover pula boleh didapati dengan harga RM16.95, dan dihidangkan lengkap bersama French Fries dan Iced Lemon Tea bersaiz medium.

Tawaran menu Ramadan McDonald’s Malaysia kini sudah boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara, sehingga 5 Jun 2019.

Apa yang lebih menarik, McDonald’s juga akan melancarkan promosi “30-Days of Ramadan” secara eksklusif menerusi McDonald’s App. Tawaran kupon diskaun istimewa ‘30-days, 30-deals’ ini akan dimaklumkan di McDonald’s App setiap hari. Bagi menikmati diskaun hebat ini, pelanggan hanya perlu memuat turun McDonald’s App menerusi Google Play atau Apple App Store.

Sebagai aktiviti tahunan, semua 270 restoran McDonald’s di Malaysia akan menganjurkan moreh mingguan di masjid-masjid. Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama komuniti setempat. Harapan McDonald’s sempena bulan Ramadan yang mulia ini adalah untuk memastikan mereka yang kurang bernasib baik tidak akan dilupakan. Sehubungan itu, McDonald’s Malaysia juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.

“Sepanjang 37 tahun di Malaysia, bulan Ramadan sememangnya bulan yang terbaik buat kami. Oleh yang sedemikian, ia merupakan perkara biasa bagi McDonald’s untuk memainkan peranannya dalam masyarakat dengan melaksanakan pelbagai inisiatif yang mampu mengeratkan lagi hubungan sesama anggota masyarakat,” tambah Melati.

Leave a Reply