MinangTapau by Fazley Yaakob Menu Ringkas Yang Sedap

Minang Tapau logo

MinangTapau by Fazley Yaakob Menu Ringkas Yang Sedap | Pada 2 Januari 2020 yang lalu Naz telah diberitahu yang Dato’ Fazley Yaakob telah membuka satu lagi kedai makannya yang beroperasi di Bukit Damansara. Since Naz tengah bercuti untuk hantar anak ke sekolah di Bukit Damansara juga, makanya elok sangat lah untuk terjah bersama isteri dan mencuba apa yang ditawarkan di kedai ini.

terjah Minang Tapau pada 2 Januari 2020

Kedai #MinangTapau ini terletak di Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara dan berada di tingkat 1. Landmark dia senang je, cari Masjid Umar Al-Khatab dan kemudian cari CIMB Bank, kedainya bersebelahan sahaja. Ia betul-betul di atas Klinik Haiwan dan anda akan nampak Lepakafe, MinangTapau ada di situ.

Lepakafe @ Minang Tapau
Lepakafe @ Minang Tapau

Menu yang ditawarkan memang ringkas kerana berkonsepkan makanan tradisi Melayu tapi dalam bentuk fast food. Disediakan dalam mangkuk tapau yang boleh dinikmati terus di situ atau boleh dibawa balik. Menu yang ada sekarang ini memang rendah kalori dan untuk makan lebih sihat.

Menu Minang Tapau

Pada hari tersebut Naz dan isteri mencuba Nasi Bowl iaitu Daging Salai Masak Cili Api (RM11.90) dan Rendang Minang (RM11.90). Dari segi portion dia memang just nice untuk Naz sebab tak terlalu sedikit dan tak terlalu banyak. Walaupun masak cili api tapi tidak lah podeh sangat! Nak cuba Bubur Podeh tak boleh dah sebab dah kenyang, jadi kena pakat dengan geng blogger lain untuk terjah nanti.

Minang Bowl - Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Rendang Minang
Minang Bowl – Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Rendang Minang
Dato' Fazley Yaakob sibuk menyediakan pesanan pelanggan...
Dato’ Fazley Yaakob sibuk menyediakan pesanan pelanggan…

Bila dah up status kat IG, maka geng blogger makan sudah mengatur jadual untuk terjah ke Minang Tapau hari Sabtu. Jadi Naz buat kali keduanya menyinggah lagi dan pastinya akan mencuba Bubur Podeh yang menjadi sasaran sejak hari Khamis lagi.

Geng Blogger Kaki Makan
Bubur Podeh
Setelah dicampurkan kesemua bahan-bahan…. meme padu

Bubur Podeh ini sebenarnya Hero menu di sini nie sebab menyediakan 5 tahap kepedasan yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian lidah yang akan merasa. Dua jenis sambal digunakan iaitu sambal hijau dan sambal merah. Dan kita tahu Dato @fazleyyaakob nie orang Ghombau (represent!), jadi dia dah buat level kepedasan tu mengikut gaya dailek orang Ghombau….

  • Den Tak Tahan Podeh!
  • Tak Podeh Bonar Do! ๐ŸŒถ
  • Podeh La Jugak! ๐ŸŒถ๐ŸŒถ
  • Podeh Gilo Jang! ๐ŸŒถ๐ŸŒถ๐ŸŒถ
  • Podeh Nak Mampuih Woi! ๐ŸŒถ๐ŸŒถ๐ŸŒถ๐ŸŒถ

Lagi satu, Teh Tarik Potonguler yang manis, lemak berkrim tanpa ada kerisauan kandungan gula tinggi dihasilkan menggunakan susu pekat Potonguler ….. #zerosugar yang menggunakan Stevia dan OligoFruktosa

Naz sangat rekomen untuk anda mencuba hidangan yang disediakan di MinangTapau terutama Bubur Podeh dia. Level manakah anda?

Minang Tapau by Fazley Yaakob

Waktu Operasi: Setiap Hari (11 pagi hingga 6 petang), Tutup Hari Ahad

Alamat: Minang Tapau @ Lepakcafe, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara (bersebelahan CIMB Bank)

Instagram: @MinangTapau

Google Maps/Waze/Contact: linktr.ee/minangtapau

#MinangTapau #MasakanMinang #NasiBowl #PastaBowl #BuburPodeh #TehTarikPotonguler

2 thoughts on “MinangTapau by Fazley Yaakob Menu Ringkas Yang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *