Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 Kembali

Miss Shophia Shopping Hunt 2.0 Kembali |  Ya anda baca betul, Miss Shophia Shopping Hunt 2.0 kini kembali lagi dengan hadiah-hadiah yang lebih menarik lagi. Acara ini merupakan anjuran kali ke-2 oleh Tourism Malaysia melalui Sekretariat Shopping Malaysia (SSM), berkonsepkan ‘Treasure Hunt’ bersempena Kempen Jualan Akhir Tahun 2017 yang bermula pada 1 November hingga 31 Disember 2017.

Shopping Hunt

Objektif Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 adalah seperti berikut:

  1. Mempromosikan ikon beli belah Malaysia, Miss SHOPhia kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia dan antarabangsa melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram;
  2. Mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi membeli-belah yang unggul di rantau Asia Tenggara; dan
  3. Mempromosikan kemudahsampaian pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Bas dan lain-lain ke pusat membeli-belah utama khususnya di Kuala Lumpur.

Tahun lepas Naz tak dapat sertai sebab terpaksa bertugas di luar kawasan, tetapi tahun ini Naz pasti akan join sebab selain dapat menguji minda melalui acara treasure hunt ini, Naz juga berpeluang untuk memenangi banyak hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Ingin Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0

Penyertaan acara ini terbuka kepada orang ramai yang berumur 17 tahun ke atas, lelaki dan perempuan. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM280.00 sahaja bagi satu kumpulan (empat orang).

SHOPPING HUNT_REG FORM-VISUAL_BACK

Untuk pendaftaran penyertaan, sila layari laman sesawang Miss SHOPhia,  http://www.missshophia.com/  atau https://www.cognitoforms.com/ExciteEventServices/MissSHOPhiaShoppingHunt2025November2017.

Bila anda daftar kumpulan anda, anda akan menerima…..

Race Kit Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 2017

Lihat saja lah hadiah-hadiah yang ditawarkan, siap ada Lucky Draw lagi tu….

WEB-BANNER_SHOPPING-HUNT-2.0

Ingat!!! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2017 (Selasa).

Naz dah daftar dan harap-harap kumpulan kami berjaya la bawa balik hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan.

Dah boleh mula untuk berlatih kumpul stamina dan kekuatan otot-otot badan untuk acara ini. Tandakan dalam kelendar anda, tarikh 25 November 2017, jam 7.00 pagi di Pusat Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay di mana para peserta akan dilepaskan…

Itinerary MSSH2017

Jom! Sertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0! Jangan lupa ikuti hashtag Miss SHOPhia #MSSH2017 di sosial media untuk dapat update terkini ya.

NEW_TMY_MS-MOBILE

Ikuti perkembangan tentang shopping hunt ini di:-

Info Miss SHOPhia

 

Leave a Reply