Motorola G5S Plus Berbaloi Dengan Harganya

Motorola G5S Plus 1

Motorola G5S Plus Berbaloi Dengan Harganya |  Motorola G5S Plus telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada hujung 2017 dan pada harga RM999. Apa yang menariknya, telefon ini datang dengan pengalaman pengguna yang unik dan intuitif melalui inovasi terkini dalam teknologi kamera, bateri dan juga reka bentuknya. Naz ingat lagi, dulu pakai Motorola flip dengan bateri besar. Kini segalanya slim aje.

Motorola G5S Plus Slim

Telefon Motorola G5S Plus ini mempunyai paparan 5.5 inci skrin dengan butiran jelas dan penggunaan warna-warna terang. Ia dipacukan oleh pemproses Snapdragon 625, 4GB RAM dan 32GB storan dalaman, yang boleh ditingkatkan sehingga 128GB melalui kad microSD. Baterinya pula membekalkan 3,000mAh, cukup untuk penggunaan seharian dengan sekali cas penuh. Jika nak cepat, pengecas TurboPower Moto dapat membekalkan 6 jam kuasa bateri dengan hanya 15 minit cas sahaja.

Unbox Motorola G5S Plus

Spesifikasi lain seperti berikut:

Spesifikasi Motorola G5S Plus 1a

Spesifikasi Motorola G5S Plus 2a

Naz nie bukan cerewet sangat dan yang penting pada telefon adalah bateri yang tahan lama, boleh support aplikasi untuk kegunaan harian dan kamera yang baik. Semua ini ada pada Motorola G5S Plus.

Sepanjang tempoh penggunaan telefon ini, Naz dapati kemasan badan aluminium telefon ini memang cantik tetapi kerap terlepas dari gengaman disebabkan kelicinan. Perlu ada casing untuk gengaman baik supaya tidak mudah terlepas. Penggunaan casing amat-amat dinasihatkan kerana kamera belakang yang terkeluar mudah bergesel dan boleh mengakibatkan kerosakan. Sayang la kan kalau baru beli dan pakai tapi cepat rosak.

Kemasan aluminium pada belakang G5S Plus sungguh licin
Kemasan aluminium pada belakang G5S Plus sungguh licin

Dari segi kameranya boleh dikatakan terbaik dan memenuhi keperluan Naz untuk mengambil gambar yang cantik dan jelas untuk dimuat naik ke blog. Naz telah mencuba beberapa fungsi yang ada dan ternyata agak leka bila menggunakan video slow motion.

Warna yang agak cantik di bawah sinar matahari
Warna yang agak cantik di bawah sinar matahari
Zoom dekat
Zoom dekat jarak 5 meter
Zoom jauh
Zoom jauh jarak 50 meter masing dapat gambar yang jelas…
front camera
Kamera hadapan yang jelas dengan 8 megapixel

Perisian Motorola G5S Plus ini sangat lancar dengan prosesor Snapdragon 625 ditambah pula dengan 4GB RAM. Yang menariknya, dengan hanya mengoncang telefon ini, ia akan menyalakan lampu suluhnya. Manakala jika membuat pergerakkan memusingkan telefon ini, aplikasi kamera akan dihidupkan. Inilah fungsi intuitif yang ada pada telefon ini.

Pada harga RM999, Motorola G5S Plus ini amat berbaloi untuk dimiliki. Nak lagi berbaloi boleh dapatkan di Lazada pada kedai rasmi Motorola . Musim perayaan CNY dah dekat, mesti akan ada promosi dan tawaran menarik seperti free gifts dan diskaun. So nantikan pengumuman ya.

Leave a Reply