Mulakan Gaya Hidup Untuk Jantung Sihat Dengan Quaker Smart Heart Challenge

Smart Heart Quaker Challenge

Mulakan Gaya Hidup Untuk Jantung Sihat Dengan Quaker Smart Heart Challenge | Seperti kebanyakan negara Asia Tenggara lain, makan adalah antara aktiviti kegemaran di Malaysia tetapi kebanyakan orang tidak peduli tentang nilai pemakanan dalam makanan yang mereka ambil setiap hari.

Teh Boon Kiat, Dr Fazilah Shaik Allaudin, Datuk Dr J.S. Sambhi, Dato Gurbakhash Singh, Melinda Ong, Dr Kit Phanvijhitsiri dan Chenchill Kho, Pengurus Hal Ehwal Saintifik & Kawal Selia PepsiCo.

Makanan segera ataupun makanan yang diproses, kebanyakannya mengandungi garam dan gula tambahan yang tinggi, memberi kemudahan penghantaran makanan pada zaman ini. Kehidupan moden sekarang, boleh menjadikan seseorang mengamalkan gaya hidup sedentari yang tidak sihat, dan biasanya disertai dengan tekanan kerja yang tinggi, serta kecanggihan teknologi yang telah menjadikan kita tidak aktif, murung dan obes.

Statistik memberi gambaran yang kurang memberangsangkan. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2015) dan Institut Kesihatan Umum (IPH 2015)[1], hampir 1 dari 2 orang rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol tinggi. Tambahan pula, kajian terkini yang di analisis di seluruh negara (Halizah et al., 2018) menunjukkan bahawa kolesterol tinggi, atau hiperkolesterolemia, banyak dikaitkan dengan obesiti[2]. Seramai 1 dalam setiap 5 rakyat Malaysia adalah obes. Faktor utama obesiti ialah diet serta gaya hidup tidak sihat. Malah, Malaysia adalah antara negera tergemuk di Asia.[3]

Pengurus Pemasaran Quaker, Melinda Ong, dan Dr Fazilah Shaik Allaudin, Timbalan Pengarah Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia melawat kaunter Overnight Oats ketika majlis pelancaran “YJM-Quaker Smart Heart Challenge” di Invito Hotel di Bangsar South, Kuala Lumpur. (di dalam gambar juga, Lee Hsieng Loong daripada VersaTrend Sdn Bhd)

Dengan peningkatan insiden penyakit jantung di Malaysia, Quaker, jenama Oat No. 1 di dunia[4], berhasrat membantu rakyat malaysia menjaga  kesihatan jantung mereka. Oleh itu, Quaker  bekerjasama dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM), menjayakan “YJM-Quaker Smart Heart Challenge”, sebuah program intervensi 30 hari yang memberikan motivasi dan membantu rakyat Malaysia menurunkan tahap kolesterol mereka dengan mengambil 2 senduk atau 8 sudu besar Quaker Oats setiap hari, sebagai sebahagian diet yang rendah lemak tepu dan kolesterol.

Ketua Jualan PepsiCo, Teh Boon Kiat menyampaikan cenderahati kepada Dr Fazilah Shaik Allaudin daripada KKM. Turut serta di dalam gambar ialah Datuk Dr J.S. Sambhi (kiri) daripada YJM serta Dato Gurbakhash Singh.

YJM-Quaker Smart Heart Challenge dirasmikan oleh Dr Fazilah Shaik Allaudin, MD, MBA, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkembangan Perubatan di Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, yang mewakili YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, di Invito Hotel di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah YBhg Datuk Dr J. S. Sambhi, Pengasas dan Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, yang mewakili YBhg Tun Dato’ Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden Yayasan Jantung Malaysia,  Dato’ Gurbakhash Singh, Timbalan Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia dan Dr Kit Phanvijhitsiri, Pengurus Sains Kehidupan, Penyelidikan & Pembanggunan PepsiCo-Quaker.

Dalam ucapan Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, yang disampaikan oleh Dr Fazilah Shaik Allaudin, beliau memberi peringatan penting tentang statistik yang membimbangkan.

“Hampir separuh daripada bilangan populasi dewasa di Malaysia mempunyai tahap kolesterol tinggi, tetapi kebanyakan mereka masih berpendapat bahawa kolesterol tinggi tidak membahayakan mereka. Tinjauan pada 2015 menunjukkan bahawa dalam kalangan pesakit kolesterol tinggi, 38.6% (iaitu 7.8 juta) tidak menyedari mereka mempunyai kolesterol tinggi,” katanya. “Kolesterol tinggi adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan peningkatan penyakit jantung. Dan pada 2017, penyakit kardiovaskular kekal menjadi penyebab utama bagi kematian di hospital di bawah Kementerian Kesihatan, menjadikan jumlah kematian pada tahun itu sebanyak 10,284 atau 22.62%.”

Dr Fazilah Shaik Allaudin, Datuk Dr J.S. Sambhi dan Dato Gurbakhash Singh memeriksa tahap kolesterol mereka ketika majlis pelancaran “YJM-Quaker Smart Heart Challenge” di Invito Hotel di Bangsar South, Kuala Lumpur, sambil diperhatikan oleh Ketua Jualan PepsiCo, Teh Boon Kiat.

Tun Dato’ Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden Yayasan Jantung Malaysia turut menambah bahawa statistik kematian disebabkan oleh penyakit jantung adalah membimbangkan.

Tun Dato’ Seri Ahmad Sarji berkata: “Harapan kami adalah mengubah tabiat rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadi lebih proaktif terhadap kesihatan jantung mereka. Ini penting kerana sukar untuk mengubah cara hidup rakyat Malaysia yang kebanyakannya mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Bagaimanapun, tabiat gaya hidup yang tidak sihat  menjadi sebab utama ‘epidemik’ penyakit jantung di Malaysia. Kami berharap rakyat Malaysia lebih berfikiran terbuka dan memilih gaya hidup yang lebih sihat. Inilah caranya untuk menghentikan penyakit jantung daripada menjadi pembunuh nombor 1 di Malaysia!”

Pengacara Aishah Sinclair mengendalikan perbincangan panel pakar yang menampilkan Melinda Ong, Datuk Dr J.S. Sambhi, Dr Kit Phanvijhitsiri dan Dato Gurbakhash Singh.

Misi kempen ini adalah untuk mendidik dan memberi motivasi kepada rakyat Malaysia dengan mengamalkan tabiat pemakanan serta gaya hidup sihat untuk merendahkan tahap kolesterol mereka.

Para hadirin di acara tersebut juga dihiburkan dengan persembahan tarian “Heartercise” yang bertenaga sebelum panel pakar, termasuk Pengurus Pemasaran Quaker Melinda Ong, Dr Kit, Datuk Dr Sambhi dan Dato Gurbakhash, menyampaikan beberapa maklumat penting mengenai kesihatan jantung dan “YJM-Quaker Smart Health Challenge”.

Dr Kit Phanvijhitsiri, Pengurus Sains Kehidupan, Penyelidikan & Pembanggunan PepsiCo-Quaker, berkongsi bahawa “Oat mengandungi lebih protein, zat besi, magnesium, fosforus, potasium, zink dan folat berbanding bijian lain yang biasanya di makan di negara Asia seperti beras putih, beras perang, roti putih, barli dan jagung.” Penyelidikan telah menunjukkan bahawa oat adalah cara yang berkesan untuk merendahkan tahap kolesterol dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung kerana keberkesanan serat boleh larut yang juga di kenali sebagai beta-glukan, biasanya hanya didapati di dalam oat.”

Beta-glukan telah dibuktikan secara saintifik oleh penyelidikan terkemuka seluruh dunia bahawa ia berkesan dalam merendahkan tahap kolesterol. Ia berfungsi dengan mengikat kolesterol di dalam saluran penghadaman dan menolong anda mengekalkan tahap kolesterol anda berada di tahap yang normal.

Acara ini berakhir dengan sebuah lawatan mini yang menampilkan ujian kolesterol ringkas serta demonstrasi cara membuat Oat Semalaman.

Kali pertama Quaker menjayakan program “Quaker Smart Heart Challenge” ialah sedekad yang lalu pada tahun 2004. Tahun ini, Quaker meneruskan usaha itu, dengan matlamat untuk melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai program ini. Anda juga boleh mengambil langkah  untuk menjaga jantung dengan mendaftar program “YJM-Quaker Smart Heart Challenge”.

Untuk maklumat lanjut tentang Quaker Oats dan Quaker Smart Heart Challenge, sila lawati quaker.com.my dan smartheartchallenge.quaker.com.my.


[1] Non-communicable diseases, risk factors & other health problems. In: Volume II National Health and Morbidity Survey 2015 (NHMS 2015). Institute of Public Health, Ministry of Health Malaysia.

[2] Non-communicable diseases, risk factors & other health problems. In: Volume II National Health and Morbidity Survey 2015 (NHMS 2015). Institute of Public Health, Ministry of Health Malaysia.

[3] who.int/malaysia/news/commentaries/detail/sugary-drinks-tax-important-first-step-but-obesity-in-malaysia-demands-further-action

[4] Euromonitor International Limited; Packaged Food 2019 edition, as per hot cereals definition, retail value sales; rsp, all retail channels, 2018 data

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *