MYDIN Girang Syawal Tiba 2017 Meriah

MYDIN-Girang Syawal Tiba 2017 sqlogo

MYDIN Girang Syawal Tiba 2017 Meriah │  Pada Khamis yang lalu Naz telah dijemput oleh pihak MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD (MYDIN) untuk melihat sendiri tawaran MYDIN sempena promosi Girang Syawal Tiba untuk tahun ini. Bertempat di MYDIN Wholesale Hypermarket USJ, Subang Jaya, Naz dan rakan-rakan media telah berkumpul dan dibawa menjelajah sekitar pasaraya tersebut. Seperti tahun-tahun sebelum ini, MYDIN menawarkan promosi Ramadan dan Syawal untuk memenuhi setiap keperluan pengguna untuk menyambut Hari Raya. Promosi Ramadan bermula pada 11 Mei hingga 4 Jun 2017 manakala promosi Syawal bermula pada 8 Jun sehingga 2 Julai 2017.
MYDIN-Girang Syawal Tiba 2017

Memulakan penjelajahan ini, kami dibawa melihat gerai bazar Ramadan yang betul-betul berhadapan dengan kaunter pembayaran di tingkat 1. Gerai khas ini beroperasi sepanjang Ramadan dengan menjual pelbagai jenis juada berbuka seperti lauk pauk, kuih muih dan minuman seawal jam 3 petang lagi. Dari segi harga sememangnya berpatutan. Naz ambil contoh, untuk ayam panggang berperisa seekor harganya RM11.99. Anda juga boleh follow media sosial MYDIN untuk dapatkan resipi, tazkirah Ramadan dan banyak lagi bagi menyemarakkan Ramadan ini.

MYDIN-Gerai Bazar Ramadan

MYDIN-Seekor Ayam Panggang

MYDIN-Lauk pauk, kuih-muih dan minuman1

MYDIN-Ayam Goreng

MYDIN-Lauk pauk, kuih-muih dan minuman

Kemudian kami dibawa melihat tawaran buah kurma sempena Ramadan. Ada lebih dari 10 jenis kurma untuk dipilih. Manakala biskut raya pula ada pelbagai jenis, bentuk dan warna untuk melengkapkan hidangan kepada para tetamu Raya nanti. Harga sebalang kuih raya (320gram – 350gram) serendah RM6.50 jika dibeli secara borong.

MYDIN-Seleksi kurma

MYDIN-Seleksi kuih raya

Tak lengkap sambutan Aidilfitri jika tidak memiliki sepasang baju Raya untuk dipakai di pagi Raya. Pihak MYDIN telah membuat persiapan awal setahun yang lalu bagi pemilihan kain fabrik, warna dan gaya fesyen untuk jualan tahun ini. Setiap tahun MYDIN telah mula menjual baju Raya sebelum masuknya bulan Ramadan. Harga untuk koleksi Raya seperti Baju Kurung bermula dari RM29.90, Baju Melayu RM49.90, Jubah lelaki RM39.90 dan Jubah wanita RM39.90. Warna dan jenis fabrik yang digunakan menarik dan sungguh selesa untuk dipakai.

MYDIN-Koleksi Girang Syawal Baju Raya Wanita

Koleksi

Kuantiti Harga

Baju Melayu

180,000 pasang Mikhail
RM49.90 – RM79.90Mikhail Junior
RM35.90 – RM59.90

Jubah Lelaki

70,00 helai

RM29.90 – RM99.00

Baju Kurta

50,000 helai

RM29.90 – RM49.00

Kain Samping

50,000 helai

Dewasa
RM19.90 – RM99.90
Mikhail Junior
RM7.90 – RM19.90

Baju Kurung 30,000 pasang

Mikayla
RM39.90 – RM129.90

Mikayla Junior
RM29.90 – RM59.90

MYDIN-Koleksi Girang Syawal Baju Raya Lelaki

Di MYDIN juga ada tawaran menarik bagi peminat Aiman Tino. Anda boleh dapatkan baju Qurta Univercity by Aiman Tino di MYDIN pada harga cukup istimewa RM79.90 sehelai (harga asal RM99.00). Selain daripada itu, anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Toyota Vios dan banyak lagi hadiah menarik melalui peraduan “Sweet Aiman Soul to Seoul”.
MYDIN-Qurta Univercity by Aiman Tino

 Selain dari itu, pihak MYDIN juga menawarkan promosi “Purchase with Purchase” produk P&G Malaysia (P&G). Ini tawaran sugguh menarik kerana apabila anda membeli 6 barangan terpilih dari MYDIN, anda akan menerima diskaun menarik untuk produk P&G terpilih.

Mydin-P&G1

Pembelian

Dapatkan

Tuala mandi dengan harga RM18 ke atas dalam 1 resit

Diskaun RM6 untuk Oral-B Mouth Rinse 3’s

2 set tisu muka Royal Supreme atau Sutera dalam 1 resit

1 pek Ambi Pur Instantmatic Starter pada harga RM16

2 balang kuih Raya dalam 1 resit

2 botol cecair pembasuh pinggan Joy pada harga RM7

2 Mikayla skaf / 2 Wadimor Songkok dalam 1 resit

1 botol syampu Rejoice 340ml pada harga RM6

1 set baju Melayu berharga RM49.90 ke atas dalam 1 resit

1 botol Dynamo 2.7kg/3kg pada harga RM16

1 set Langsir berharga RM50 ke atas dalam 1 resit

1 botol Febreeze 370ml pada harga RM5

Mydin-P&G2

Sungguh menarik tawaran promosi MYDIN kali ini, bukan sahaja harga yang sungguh berpatutan tetapi kita dapat membeli dengan nilai yang tinggi (value for money). Kenapa nak bayar lebih bila anda boleh berjimat di MYDIN! Di MYDIN, Girang Syawal tiba awal…

Selepas selesai penjelajahan promosi MYDIN ini, pihak media telah dibawa untuk menikmakti majlis berbuka puasa di Ayam Penyet AP. Bila dah berkumpul dengan geng-geng havoc, maka bergegar la restoran ini.

Berbuka puasa di Restoran Ayam Penyet AP

Bersantai dengan staff MYDIN dan rakan blogger

Yang membuatkan lagi best pada majlis itu, kejutan dari Aimon Tino yang baru sahaja touch down dari Brunei datang terus ke MYDIN USJ untuk bertemu para media sebagai tanda penghargaan. Bila di tanya, Aiman tak penat ke…. dia jawab “Aiman tak kisah!

Aimon Tino pun datang...

Leave a Reply