Nescafe Dolce Gusto Lazat Berkrim

Nescafe Dolce Gusto Promo

NaZ sememangnya adalah peminum tegar Nescafe setiap pagi. Jika tak dapat secawan, rasa macam tak keruan hari itu. Jadi untuk entri kali ini akan kongsikan apa yang NaZ jumpa di Parkson KLCC pada 18 Disember yang lalu.

Nescafe Dolce Gusto Promo

Semasa menemani isteri untuk membeli baucer Parkson di kaunter khidmat pelanggan, NaZ ternampak sebuah mesin yang comel jenama KRUPS berwarna merah (sememangnya NaZ minat warna merah) dan menghampirinya. Kemudian disapa oleh seorang gadis promoter, “nak cuba rasa Nescafe Dolce Gusto”…. agak-agak apa jawapan NaZ?

Krups Circolo

nescafe latte macchiatoGadis promoter tadi, nama dia Ranee,  terus bertanya perisa apa yang NaZ hendak. Dengan segera NaZ membalas, “Latte Macchiato please“. Maklum la baru lepas lunch so kena minum yang lemak berkrim. Ranee terus menerangkan cara-cara penyediaan menggunakan mesin tersebut. Amat mudah, hanya masukkan kapsul ke tempat khas dan tekan butang. Minuman Nescafe anda akan tersedia dalam masa kurang dari 1 minit.

 

Terdapat pelbagai rasa dan boleh dikategori dalam 5 bahagian:

  1. Bold & Intense
    • Espresso Ristretto
    • Espresso
    • Grande Intenso
    • Espresso Intenso
    • Lungo
  2. Frothy & Milky
    • Cafe Au Lait
    • Cappuccino
    • Latte Macchiato
    • Vanilla Latte Macchiato
    • Caramel Latte Macchiato (terbaru)
  3. Chocolatey Indulgence
    • Mocha
    • Chococino
  4. Unexpected
    • Chai Tea Latte
    • Green Tea Latte
  5. Cold & Refreshing
    • Cappuccino Ice

Setelah siap NaZ panggil isteri untuk cuba sekali. Aromanya yang wangi telah menggamit NaZ untuk membuat satu hirupan sebelum isteri sampai….lazat berkrim disukai ramai la katakan.

Nescafe Dolce Gusto

Ranee terus menjelaskan, dalam satu kotak terdapat 16 kapsul untuk 16 bancuhan (@ 16 cawan). Jika minuman yang mempunyai susu seperti Latte, cuma ada 8 bancuhan (8 latte + 8 krim). Harga satu kotak adalah RM27.99, jadi satu kapsul jatuh RM1.75. Yang menarik lagi, anda boleh order refill kapsul secara online di website Nescafe Dolce Gusto.

 

Rasanya lepas ni kena lah beli satu mesin Krups Nescafe Dolce Gusto ni. Menyenangkan dan menyegarkan pagi NaZ setiap hari!

Ranee & NaZ

Kalau nak cuba boleh lah ke Parkson KLCC, aras 2 bersebelahan dengan kaunter khidmat pelanggan. Jumpa lah dengan Ranee 🙂

Leave a Reply