Nestlé Lancar Perang Menentang Sampah Plastik Bersama MNS

Photo team Nestle

Nestlé Lancar Perang Menentang Sampah Plastik Bersama MNS | Nestlé Malaysia meneruskan usahanya untuk melancarkan peperangan menentang sampah plastik, dengan aktiviti pembersihan pantai di seluruh negara yang berjaya mengutip lebih 5.6 tan sampah di 9 lokasi sekitar Malaysia. Kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) ini disertai oleh seramai lebih 600 kakitangan Nestlé.

Nestlé Lancar Perang Menentang Sampah Plastik

Berpacukan kejayaan aktiviti membersih pantai pada tahun-tahun lepas dan sebagai memperingati Hari Lautan Sedunia, Nestlé Malaysia meluaskan usahanya ke seluruh negara pada tahun ini. Inisiatif membersih pantai ini menggerakkan kakitangan Nestlé dan juga keluarga mereka untuk melibatkan diri bagi menghasilkan kesan yang lebih bermakna dalam usaha menangani masalah sisa buangan plastik.

Memungut sampah plastik dan lain-lain bahan buangan

Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé Malaysia, “Nestlé komited untuk membantu menangani masalah sisa buangan plastik dan kami berhasrat untuk menjadikan pembungkusan kami 100% boleh dikitar semula atau diguna semula menjelang tahun 2025. Kami sentiasa mencari cara inovatif untuk mempelopori penggunaan bahan alternatif, membina masa depan tanpa sisa buangan, dan mengubah tingkah laku serta membentuk tabiat baharu. Setakat ini, 65% daripada pembungkusan produk kami sudah direka bentuk untuk dikitar semula. Kami juga komited untuk menghentikan penggunaan bahan plastik sekali guna di semua tempat kerja Nestlé menjelang bulan September 2019.”

“Usaha kami membersih pantai pada hari ini bersama lebih 600 kakitangan Nestlé Malaysia adalah satu daripada pelbagai inisiatif yang sedang kami lakukan dalam Peperangan ke atas Sampah Plastik. Ia selaras dengan visi kami untuk membina masa depan tanpa sampah,” tambah Encik Aranols.

Prof. Dr. Ahmad Ismail, Presiden MNS, menambah, “Bak kata pepatah, sebutir batu kecil boleh mencetus gelombang besar. Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Nestlé, salah sebuah syarikat multinasional terbesar di Malaysia, untuk menjayakan program ini. Inilah yang boleh dikatakan kepimpinan melalui teladan, menunjukkan kepada syarikat lain dan masyarakat bagaimana mereka boleh memainkan peranan untuk alam sekitar mereka. Usaha ini juga mendidik orang ramai tentang bagaimana pelupusan sisa plastic yang tidak sempurna boleh mencemari lautan dan mengancam kehidupan laut. Ribuan termia kasih kepada Nestlé kerana menjalankan inisiatif ini serta memegang komitmen untuk membuat semua pembungkusan mereka 100% boleh dikitar semula. Kami berharap untuk mengukuhkan lagi kerjasama dengan Nestlé agar kami dapat meningkatkan usaha memulihara alam sekitar kita.”

Aktiviti membersih pantai telah dijalankan di sembilan lokasi di seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Lokasi-lokasi serta jumlah keseluruhan sampah yang dikumpul adalah seperti berikut:

  • Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor, Selangor – 430kg
  • Pantai Morib, Banting, Selangor – 679kg
  • Pantai Cermin, Port Dickson, Negeri Sembilan – 1.3 tan
  • Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang – 315kg
  • Pantai Sepat, Kuantan, Pahang – 364kg
  • Pulau Perhentian, Terengganu – 105kg
  • Pantai Batu Layar, Johor – 661kg
  • Pantai Santubong, Sarawak – 1.1 tan
  • Pantai Kudat, Sabah – 718kg

Usaha membersih pantai ini ialah program di bawah inisiatif sukarelawan kakitangan global Nestlé’ yang baru dilancarkan, Nestlé Cares, yang dahulunya dikenali sebagai Nestlé ROCKS di Malaysia. Nestlé Cares berusaha menyemai budaya dan semangat sukarelawan dalam kalangan kakitangan di pelbagai pasaran Nestlé.

Leave a Reply