Nights of Incredible Bersama FOX Movies dan Foodpanda

Nights of Incredible Bersama FOX Movies dan Foodpanda |  FOX Movies, saluran filem Hollywood No.1 telah melancarkan Nights of Incredible: 17 tayangan perdana filem, terdiri daripada 44 filem blokbuster Hollywood terkemuka selama 61 malam bermula dari sekarang hingga 31 Disember. Ikuti tontonan filem blokbuster eksklusif seperti Rogue One: A Star Wars Story, Beauty and the Beast, Logan, Hacksaw Ridge dan banyak lagi, setiap malam Sabtu, jam 10 malam di saluran FOX Movies Astro CH 413 dan 433.

Nights of Incredible FOX Movies

Untuk meraikan pelancaran Nights of Incredible, FOX Movies bekerjasama dengan Foodpanda, khidmat penghantaran makanan global, untuk menawarkan pakej penghantaran makanan bertemakan FOX Movies kepada semua pelanggan. Dengan pelbagai pilihan restoran, termasuk Salad Atelier, Canadian Pizza, Madame Waffle, Bowery Petit, KGB, Sakae Sushi, dan Penyet Express, para penonton akan dapat menikmati pesanan makanan dan menyerikan lagi malam Sabtu mereka dari keselesaan rumah mereka sendiri.

1200px-Fox_Movies_(Asia)_logo.svg

Logo_foodpanda_horizontal_white

 

Setiap pesanan pakej makanan bertema FOX Movies dari Foodpanda akan mengandungi satu VR viewer kit, membolehkan para pelanggan menonton kandungan dan treler filem eksklusif untuk filem-filem yang akan datang, dengan menggunakan aplikasi percuma FOX Movies VR yang boleh didapati di app store. 300 unit kit ini akan boleh didapati di semua restoran terpilih, setiap hari Sabtu, bermula dari November 11. Ketahui lebih lanjut tentang senarai restoran terpilih ini dan cara untuk dapatkan kit VR anda di www.foodpanda.my/contents/fox-movies. (Tertakluk kepada terma dan syarat)

VR Viewer Kit

“Para penonton di Kuala Lumpur sentiasa mahukan filem blokbuster Hollywood yang terbaik,” kata Andy Baek, Naib Presiden FOX Networks Group Asia, Hollywood Movie Channels. “Tiada cara yang lebih baik untuk melancarkan Nights of Incredible selain daripada kerjasama kami dengan Foodpanda untuk menggalakkan penonton di seluruh Asia untuk menjadikan malam Sabtu mereka lebih seronok dengan tayangan filem terbaru sambil menikmati makanan yang enak.”

Antara filem yang akan ditayangkan pada malam Nights of Incredible termasuk:

  • Rogue One: A Star Wars Story, Nov 11 – Sekumpulan pemberontak cuba mencuri pelan pembinaan Death Star bagi menewaskan kerajaan Galactic Empire dalam filem pertama dari siri antologi Star Wars.
Rogue One
TM & ©Lucasfilm Ltd.
  • The Magnificent Seven, Nov 18 – Tujuh orang penembak handal bekerjasama untuk melindungi sebuah pekan dan membetulkan kesalahan lalu dalam filem Western klasik ini.
The Magnificent Seven
© 1998 MGM TELEVISION ENTERTAINMENT INC.. All Rights Reserved
  • Hacksaw RIdge, Nov 25Hacksaw Ridge menceritakan kisah Perang Dunia Kedua yang menggambarkan pengalaman Desmond Doss, seorang pegawai perubatan perang pasifis yang telah menerima pingat Medal of Honour.
HacksawRidge
© 2016 Summit Entertainment
  • Beauty and the Beast, Dis 9 – Sebuah filem muzikal live-action berdasarkan animasi klasik Disney berkenaan, dibintangi oleh Emma Watson dan Dan Stevens sebagai watak utama.
Beauty and the Beast
© 2017 Disney Enterprises, Inc.
  • Logan, Dis 16 – Babak terakhir dalam kisah hidup Wolverine dan penampilan terakhir Hugh Jackman sebagai watak berkenaan – filem ini merupakan satu percubaan penggambaran neo noir dalam genre superhero ini.
Logan
© 2017 Twentieth Century Fox Film Corporation. All rights reserved. MARVEL TM & © 2017 MARVEL.

Ikuti saluran FOX Movies bermula dari sekarang hingga Disember 31 untuk menonton filem blokbuster dan francais terkemuka hari ini. Untuk melanggan pakej Movie pack, layari www.astro.com.my/moviespack, atau tekan saluran CH200 di set-top box anda.

Leave a Reply