Nikmati Suasana Kemeriahan Hari Deepavali Hanya Di the Curve

Photo 1 (1)

Nikmati Suasana Kemeriahan Hari Deepavali Hanya Di the Curve | Pesta Cahaya atau lebih dikenali sebagai Deepavali, the Curve akan dimeriahkan lagi dengan pameran hiasan Kolam yang cukup elegan, persembahan tarian India yang cukup memukau serta pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti pengunjung

Kemeriahan Hari Deepavali

Dari 18 hingga 28 Oktober 2019, pengunjung the Curve bakal disambut dengan hiasan Kolam yang menyerlah berupa burung merak 3D dan dikelilingi dengan hiasan gubahan bunga di Fashion Walk. Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang bakal memeriahkan lagi semangat Deepavali pada musim perayaan ini. Anda mahu mencipta hiasan Kolam sendiri? Jangan lupa untuk menyertai aktiviti seni pasir Rangoli pada 26, 27 dan 28 Oktober. Antara bengkel lain yang turut tersedia adalah stesen Henna serta stesen membuat Gelang dan Kad Deepavali. Cara penyertaan adalah cukup mudah! Hanya like laman rasmi Facebook dan laman Instagram the Curve untuk menyertai mana-mana bengkel ini.

Jazmi Kamaruddin, Pengurus Besar Kanan the Curve berkata, “Kami berasa berbesar hati kerana menjadi sebahagian dari negara yang mempunyai pelbagai kaum, di mana kami berpeluang menyambut pelbagai perayaan dan tradisi setiap kaum. Di the Curve, kami telah mencipta suasana perayaan yang cukup meriah buat pengunjung menyambut perayaan ini serta mencipta detik-detik unik dan bermakna bersama keluarga mereka. Di sini kami mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambutnya!”

Bukan sekadar itu, banyak lagi yang ditawarkan oleh the Curve kerana sambutan perayaan Deepavali tidak mungkin lengkap tanpa muzik dan tarian. Penghibur bakal menghiasi pentas dengan persembahan tarian yang diiringi irama Bollywood tradisional dan popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang cukup memukau pada jam 2.30 petang dan 6.30 petang pada 26 dan 27 Oktober 2019 di Fashion Walk. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Deepavali di the Curve, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 03-7710 6868 atau layari laman web the Curve atau laman Facebook www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau laman Instagram the Curve di (thecurve_official).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *