NONA Lancarkan Pelbagai Ketupat Sepanjang Ramadan-Raya Tahun Ini!

NONA Logo

NONA Lancarkan Pelbagai Ketupat Sepanjang Ramadan-Raya Tahun Ini! | Bulan Ramadhan dan Hari Raya merupakan musim makanan dan kuih-muih bagi masyarakat Melayu yang beragama Islam. Memandangkan musim perayaan bakal menjelang tidak lama lagi, ahli keluarga pasti sibuk dengan persiapan juadah di dapur. Sejajar dengan perubahan masa, kini rakyat Malaysia mencari penyelesaian yang membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga dan sahabat.

Ketupat

Salah satu juadah makanan yang ikonik dengan Ramadan dan Hari Raya ialah ketupat. Secara tradisionalnya, penyediaan ketupat memerlukan kemahiran menganyam dan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk dimasak. NONA, pengeluar makanan tempatan berbangga mempunyai sejarah paling lama dalam menghasilkan ketupat yang mudah dan sihat di dunia. Ia bukan sahaja memiliki rangkaian produk yang pelbagai, malah juga mempunyai Ketupat Mini, Ketupat Lemang, Ketupat Palas dan Ketupat Nasi Dagang. Kini, dua inovasi terbaru dalam rangkaian produknya ialah Ketupat Palas Durian dan Ketupat Palas Pulut Hitam. Bertepatan musim durian dan sambutan Hari Raya Hari Raya bakal disambut pada bulan Jun. Pengguna kini boleh menikmati pulut dan durian serentak di dalam produk Palas Durian.

“Kami memahami masa dan usaha yang diperuntukkan bagi menyediakan juadah. Oleh itu, NONA menawarkan penyelesaian yang mudah di dapur anda!” kata Pengurus Jenama, Sri Nona Industries Sdn Bhd, William Wee.

 “Apabila tiba Hari Raya, masyarakat melayu pasti teruja. Kesempatan ini Nona membantu mengeratkan jalinan kasih sayang dengan hidangan yang bukan sahaja mudah disediakan, malahan lazat,” kata William lagi. NONA, salah satu jenama generasi rakyat Malaysia yang menawarkan hidangan sejak tahun 1975. Urusan memasak menjadi lebih menyeronokkan dan kurang meletihkan. Bermula dari sahur, buka puasa dan hidangan Hari Raya, produk Nona sentiasa terhidang di atas meja.

Rangkaian penuh NONA Ketupat:-

Ketupat keluaran NONA
Pelbagai Ketubat boleh dihidangakan
Ketupat Nasi dan Pulut

Mengenai Sri Nona Industries Sdn Bhd

Sri Nona ditubuhkan sejak tahun 1975 sebagai sebuah syarikat perdagangan. Pada peringkat awal, ia beroperasi sebagai pengilang berskala kecil dan pada tahun 1988, ia berjaya berkembang menjadi satu pengeluar makanan dengan sijil Halal sehinggalah ke hari ini. Dengan visi mahu memenuhi citarasa tempatan, Pasukan R&D dan Pengeluaran Sri Nona berusaha keras untuk menghasilkan produk yang mampu memenuhi ekspektasi pengguna. Produk utama Sri Nona ialah ketupat, sos tiram, minuman halia, rangkaian pencuci mulut dan banyak lagi. Sri Nona juga berjaya menembusi ke pasaran-pasaran antarabangsa hasil kerjasama dengan MATRADE. Sri Nona berazam untuk menjadi jenama pilihan yang menawarkan produk berkualiti kepada semua isi rumah di Malaysia. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nona.com.my.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *