Novel JIBAM Ke Layar Perak 7 Disember

JIBAM

Novel JIBAM Ke Layar Perak 7 Disember |  Ya novel terlaris terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd yang dipunyai oleh Kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon, memasuki pawagam seluruh bermula 7 Disember 2017. Naz dulu memang follow kartunis Ujang ini melalui majalah Ujang, Aku Budak Minang dan Usop Sontorian. Kini novel JIBAM ini telah diterbitkan ke layar perak.

Naz dah tonton tayangan perdana JIBAM pada 23 November yang lepas dan memang Naz rekomen sangat-sangat untuk anda sekeluarga untuk menyaksikan filem JIBAM ini. Ok Naz bagi sinopsis sikit je ya…

Sinopsis JIBAM

” Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti “

Jibam ini merupakan seorang kanak-kanak istimewa bernama Ashraf dan mesra dipanggil JIBAM. Sungguhpun lembab akal fikirannya, namun Jibam mempunyai keistimewaan tersembunyi yang diwarisi daripada arwah bapanya, Suman.

hidup kembali JIBAM

Tok Ngah Sudin dan Usin Singai merupakan watak yang sangat membenci kepada JIBAM sampai sanggup mencederakan anak ini. Tapi anak ini dipelihara oleh Yang Maha Esa sehingga menjadikan kemusykilan kepada mereka yang mencederakannya.

Tok Ngah Sudin

Filem yang penuh dengan pengisian dari segi kekeluargaan, kasih sayang, kemanusiaan, perpaduan, ketamakan, hasad dengki, lupa diri dan banyak lagi. Penuh dengan adegan gelak ketawa tapi tak kurang juga yang menyentuh perasaan.

Ibrahim Ujang Anon

Pengarah filem ini, Che Mie memberitahu penggambaran filem arahannya itu telah dilakukan pada Februari 2016 di Sungai Lembing, Pahang. Ujang juga turut turun ke lokasi pengambaraan untuk memberikan pandangan beliau tentang apa yang terkandung dalam naskah novel ini.

Sungai Lembing Pahang

JIBAM

Watak kanak-kanak istimewa ini dilakonkan oleh adik Mohd. Ariff Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Buntat dalam drama ‘7 Hari Mencintaiku’. Memang bersahaja dan boleh dicalonkan untuk anugerah bintang harapan. Antara barisan pelakon popular lain yang turut menjayakan filem ini adalah Esma Daniel, Syafie Naswip, Fadlan Hazim, Farah Ahmad, Mia Ahmad, Bohari Ibrahim, Kazar Saisi, Kamarool Hj Yusoff, Muhammad Aidil Rafiq, Duerra Mitilda Eiroza, Zaidi Rock, Man Raja Lawak, Roslan Madun dan Collan Koo.

Barisan pelakon filem JIBAM

Ashraf tidak pernah menyesali nasib. Ashraf juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Ashraf tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Ashraf mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Ashraf akan menemui rahsianya…

Cat Biru

Jangan lepaskan untuk menyaksikan JIBAM, filem terbitan Spektra Selasih Sdn. Bhd. bermula 7 Disember 2017 ini.

 

Leave a Reply