OPPO Bawakan Kegembiraan Kepada Rumah Titian Kaseh

Elfira Loy

OPPO Bawakan Kegembiraan Kepada Rumah Titian Kaseh |  OPPO Malaysia berbesar hati untuk menyumbang kepada masyarakat Malaysia di bulan Ramadan ini dengan membawa kegembiraan dan keceriaan kepada kanak-kanak di Rumah Titian Kaseh yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa. Untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan ini, OPPO telah menyumbang sejumlah barangan keperluan dan bantuan kewangan bernilai RM10,000.00 di mana ianya adalah sebahagian dari hasil keuntungan edisi OPPO F7 x Neelofa. Lebih mengujakan adalah, Elfira Loy, penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia turut hadir sebagai tetamu khas bagi meluangkan masa bersama kanak-kanak ini.

Rumah Titian Kaseh

Sempena bulan Ramadan ini, OPPO Malaysia telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan termasuklah sesi ‘berbuka puasa’ di rumah kebajikan tersebut. Keseronokan petang itu dimulakan dengan Elfira Loy bermain beberapa permainan interaktif bersama kanak-kanak ini iaitu melalui permainan seni pasir berwarna, dan kemudian diikuti dengan pertunjukan dari Ollie, maskot OPPO.

Sumbangan OPPO

“Bertemu dengan kanak-kanak ini serta meluangkan masa bersama mereka telah memberikan saya pengalaman yang bermakna, dan saya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan OPPO Malaysia dalam majlis yang sangat istimewa ini. Berkongsi dan memberikan kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik telah memberikan saya suatu perspektif yang baru dan mengajar kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada, “kata Elfira Loy.

Pada lewat petangnya, ketika pertunjukan dari maskot Ollie sedang menghiburkan kanak-kanak, Elfira Loy mengambil peluang untuk mengedarkan beg hadiah dan barangan keperluan untuk rumah tersebut. OPPO juga turut menyampaikan sumbangan dari segi kewangan kepada Rumah Titian Kaseh. Selepas solat Maghrib, kanak-kanak, penjaga dan para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

Elfira mengagihkan beg sumbangan

“Semasa musim perayaan seperti bulan Ramadan ini, kami percaya adalah penting untuk mendekatkan diri dengan komuniti dan menyumbang setiap kali berkesempatan. Ia adalah suatu pengalaman mengujakan yang pastinya dapat mengembirakan hati kanak-kanak ini. Kami gembira apabila dapat melihat senyuman terukir di wajah mereka. Kami juga gembira kerana dapat menyumbang dan percaya sumbangan kami ini akan sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban penjaga rumah ini dalam menyediakan keperluan sempena Hari Raya yang bakal menjelang, “kata Encik William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia.

Beliau menambah dengan berkata, “Kami berjaya mencapai ke tahap yang tinggi dalam tempoh empat setengah tahun yang kami bertapak di Malaysia dan ianya tidak mungkin akan berlaku tanpa sokongan daripada masyarakat. Sumbangan yang tak seberapa ini adalah salah satu cara bagi kami untuk menyumbang kembali, kerana di OPPO, kami percaya bahawa mengambil berat tentang masyarakat adalah sesuatu yang semua orang boleh dan harus lakukan. Pada bulan Ramadan ini, kami ingin memastikan bahawa usaha ini dapat meringankan beban kewangan mereka dan mengharapkan kanak-kanak ini akan bergembira semasa sambutan perayaan Hari Raya yang akan datang.”

Sumbangan keperluan raya

“Kami sangat teruja dengan sumbangan yang diberikan oleh OPPO kepada rumah kebajikan kami. Ianya sangat membantu terutamanya dalam menyediakan pakaian dan keperluan untuk kanak-kanak disini sempena Hari Raya yang akan datang, “kata Ahmad bin Abdul Rahir dari Rumah Titian Kaseh.

Rumah Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 dengan tujuan melindungi ibu tunggal dan anak yatim. Objektif utamanya adalah untuk membantu memperbaiki dan memulihkan kualiti hidup para penghuninya, sehingga mereka dapat berdikari. Sehingga kini rumah kebajikan ini menempatkan seramai 95 orang kanak-kanak termasuk 25 orang dari kalangan ibu tunggal, OKU dan warga emas.

Elfira bersama-sama anak-anak Rumah Titian Kaseh

Informasi untuk Rumah Titian Kaseh:
Alamat        No. 15, Jalan Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, 53200, Kuala Lumpur.
Nombor telefon03-4023 5769

Untuk maklumat lanjut mengenai produk OPPO, sila layari:
Laman Web Rasmi OPPO: http://www.oppo.com
Kedai Online Rasmi OPPO: http://www.oppostore.com.my
Halaman Rasmi Rasmi OPPO: https://www.facebook.com/malaysiaoppo

Leave a Reply