Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat kini di Masjid Shah Alam │ Syukur Alhamdulillah, dalam kesibukan kerja dan tugas harian, Naz diizinkan olehNya meluangkan waktu bagi melihat sendiri barangan artifak milik Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan para Para Sahabat R.A. di Pameran Artifak Asli Nabi Muhammad S.A.W. dan Para Sahabat R.A di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bagai tak percaya berpeluang melihat Khazanah Agung ini di depan mata sendiri dan bermacam perasaan timbul di hati ini… gembira, sedih, rindu yang tak dapat dijelaskan melalui perkataan.

Info Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat R.A.
Sebelum berkongsi lanjut, Naz ingin menjemput rakan-rakan semua yang beragama Islam mahupun yang bukan ke pameran ini. Pameran ini merupakan yang ke-5 diadakan di Malaysia dan yang ke-2 pada tahun 2017 selepas negeri Kedah Darul Aman. Pameran ini diadakan selama sebulan bermula…
Tarikh:
10 Julai – 23 Ogos 2017
Masa:
9.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi:
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Harga Tiket adalah seperti di bawah:
- Dewasa – RM20.00 seorang
- Pelajar – RM10.00 seorang
- Warga Emas – RM10.00 seorang
- OKU – RM10.00 seorang
- Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
- Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma
Tiket boleh di beli secara atas talian (online) di www.tamadunislam.com dan juga di pintu masuk pameran.
Untuk pengetahuan semua, Projek Dragon Heart Sdn Bhd merupakan pengurus acara untuk pameran ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Muzium Selangor.
Menurut En. Razali Bachik, Pengurus Projek Dragon Heart Sdn Bhd, barangan artifak bersejarah dan bernilai ini merupakan koleksi peribadi orang perseorangan dari Jordan, Turki, Yaman, Arab Saudi, India dan Brunei, dan dipinjamkan bagi berkongsi dengan masyarakat dunia untuk tujuan dakwah. Terdapat 27 barangan artifak yang asli untuk tatapan para pengunjung.
Artifak Peninggalan Baginda Nabi Muhammad S.A. W.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke pameran ini, Naz akan kongsikan antara gambar-gambar yang Naz telah rakamkan dalam masa kurang lebih 1 jam di sini. Tetapi Naz amat mengalu-alukan anda semua untuk datang sendiri melihat dari dekat dan merasakan sendiri satu pengalaman yang indah di pameran ini.
Antara barangan artifak asli Nabi Muhammad S.A.W. yang dipamerkan adalah…




Kehibaan terasa di hati Naz apabila melihat darah bekam Baginda yang berusia lebih dari 1400 hijrah dan teringatkan kisah-kisah perit duka Nabi junjungan kita ini dalam usaha dakwah beliau tanpa berputus asa bagi menyebarkan ajaran agama Islam. Pengorbanan yang hakiki demi kepatuhannya kepada Allah S.W.T.








Selain daripada barangan tak ternilai Rasulullah ini, terdapat juga Kiswah dalam dan Kiswah luar Kaabah, Batu Dingin Kaabah, Kunci Kaabah, Batu Masjid Quba’, Jam Matahari Mesir Kuno, Beras Tertulis Kalam Allah dan banyak lagi.





Ramai orang ternama dan selebriti telah hadir ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat R.A. antaranya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sheikh Nuruddin Albanjari Almakki, Datuk Rosyam Nor, Fathiya Latiff dan ramai lagi.

Naz doakan ramai lagi diberi kesempatan untuk hadirkan diri melihat Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat R.A. ini semoga kita dapat manfaat serta lebih menghayati dan mencintai perjuangan Rasulullah dan sahabat Baginda bagi memperjuangkan dakwah Islam.
Selepas ini, Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat R.A. akan bergerak ke selatan tanhaiar iaitu di Johor Darul Ta’zim sebelum ia diterbangkan ke negara Brunei Darul Salam untuk lokasi seterusnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang pameran ini anda boleh mendapatkan maklumat di laman web http://tamadunislam.com dan di media sosial berikut:
Fanpage: www.facebook.com/pameranartifak
Instagram: www.instagram.com/pameranartifak
Twitter: twitter.com/PameranArtifak
#pameranartifak #rasulullah #parasahabat #tamadunislam #masjid #shahalam #selangor #nazlannasirdotcom
Alhamdulillah. Pameran yang sangat bagus untuk dilawati agar rasa cinta kepada Rasulullah Saw boleh meningkat
Jika mrhanafi ada kelapangan boleh ke pameran ini ya nanti.
Salam.
Gambr ni Naz tangkap sendiri ke? Diorg bagi tgkap…
Gambar semua saya ambil sendiri kecuali gambar orang ternama dan selebriti.
Tahniah Naz dah pergi ke pameran artifak Nabi Junjungan kita Rasulullah SAW.
Pasti sedih dan sebak melihat barang peribadi Rasulullah.
Teringin nak pergi juga.
P/S-Kenapa harga tiket RM210.00, bukankah RM20. Mungkin bro tersilap tu.
oh typo tu, harga dia RM20 sahaja.
Salam tuan..pameran selepas ni kat mana ye..
Tuan Tarmizi, jika tak silap ia akan ke Johor Bahru.