Pangkor Coral Bay Resort Destinasi Tepat Bagi Penginapan Keluarga

Pangkor Coral Bay Resort logo

Pangkor Coral Bay Resort Destinasi Tepat Bagi Penginapan Keluarga | Tahukah anda, Pulau Pangkor telah dinaiktaraf sebagai Pulau Bebas Cukai bermula 1 Januari 2020 dan ini secara langsung akan menggalakkan lagi aktiviti pelancongan ke pulau ini. Naz ada kongsikan salah satu tempat yang patut anda lawati di Pulau Pangkor ini iaitu Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Teluk Ketapang [klik link ini] di saluran YouTube Naz. Jadi jika anda bercadang ke Pulau Pangkor, anda boleh menginap di Pangkor Coral Bay Resort yang hanya mengambil masa 5 minit perjalanan dengan teksi dari jeti Pangkor.

foto kredit: Pangkor Coral Bay Resort fb

Apa yang menarik di Pangkor Coral Bay Resort?

Pangkor Coral Bay Resort ini merupakan antara resort yang berkedudukan strategik dan juga menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelanggan mereka. Ia terletak di Jalan Pasir Bogak dan hanya kurang lebih 200 meter dari Pantai Pasir Bogak. Bagi anda yang suka menikmati keindahan pantai, di sini pasti anda akan menemui kedamaian dengan hanya melihat pantai dan lautnya yang bersih dan indah. Oh ya, setiap petang anda boleh luangkan masa feeling-feeling melihat matahari melabuhkan dirinya (sunset) mengantikan malam. Naz tidak melepaskan peluang untuk merakamkan suasana yang sungguh mendamaikan ini….

Suasana matahari terbenam di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor

Kerana lokasinya yang strategik, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makan kerana kedai-kedai makan banyak disekeliling resort ini, antaranya Muslim Seafood Ikan Bakar, Restoran Ilham Tomyam Ikan Bakar, Mawar Corner Char Kueh Teow & Laksa, dan banyak lagi. Lihat saja la peta di bawah ini…

Tempat makan di sekeliling Pangkor Bay Coral Resort

Tapi kalau malas nak keluar, anda boleh saja makan di coffee house mereka Moonlight Serenade. Naz dan rakan media telah merasai makanan di sini dan memang sedap macam makan di restoran luar. Kami telah disajikan dengan jamuan makan tengahari setibanya di hotel ini dan licin pinggan masing-masing termasuklah pinggan lauk.

Selain daripada itu, resort ini juga dilengkapi dengan kedai serbaneka ‘CK Supersave Mart‘ betul-betul bersebelahan dengan lobi sebelah kanan, manakala CK Duty Free Shop (kedai bebas cukai kedua di Pangkor yang baru dibuka pada 13 Mac lalu) berada di sebelah kiri.

Anda dan keluarga juga boleh beriadah di sini dengan kemudahan-kemudahan seperti video arked, meja foosball, kerusi urut, internet percuma di lobi, kawasan permainan kanak-kanak dan swimming pool.

Bilik dengan ruang yang luas

Jom tengok bilik-bilik yang ada di Pangkor Coral Bay Resort ni pula. Terdapat 2 jenis bilik dan 3 jenis Apartment seperti berikut:

  1. Bilik Superior (142 unit)
  2. Bilik Deluxe (18 unit)
  3. Apartment 2-Bilik (29 unit)
  4. Apartment 3-Bilik (19 unit)
  5. Apartment 3-Bilik Duplex (7 unit)

Naz dapat menginap di bilik Superior mereka. Memang besar, luas dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat penyediaan air panas, air mineral komplementari, telivisyen, peti ais, peti simpanan, pengering rambut, sabun dan syampu. Memang boleh tambah katil untuk yang ada anak yang ramai. Memang sedap la tidur sebab dapat katil saiz Queen, tambah pulak dah kenyang kan.

Bilik Deluxe yang sedikit besar dari bilik Superior mereka. Dengan kelengkapan asas yang sama.

Apartment mereka lagi la luas dan memang sesuai jika mempunyai keluarga yang besar. Tak cukup bilik, ruang tamu boleh bentang tilam dan ramai-ramai boleh baring sambil menonton tv.

Apartment 3-Bilik Duplex

Apartment 2-Bilik

Apartment 3-Bilik

Mesti ada yang nak bertanyakan berapa harga semalam untuk bilik-bilik dan apartment ini kan. Naz sertakan harga-harga bilik dan apartment mengikut kadar waktu puncak dan kadar promosi bagi tahun 2020 ini. Jadi senang la nak buat bajet nanti kan.

Pangkor Coral bay Resort Room Tariff 2020

BBQ Dinner yang mewah

Pada sebelah malamnya pula, kami disajikan pula dengan hidangan makan malam juga dari Moonlight Serenade dengan BBQ Dinner di sebelah kolam renang. Memang sesuai untuk yang berkursus atau mengadakan hari keluarga di sini.

Ok la sampai di sini dulu Naz nak kongsikan cerita pasal Pangkor Coral Bay Resort ini. Jika ingin maklumat lanjut dan informasi terkini boleh menghubungi mereka melalui saluran ini:

PANGKOR CORAL BAY RESORT SDN BHD ( 418599-D )
Lot 34, Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan
Tel : 605-6855111 ( 6 lines ) WhatsApp : 017-5026000 Fax : 605-6855666
Email : reservation@pangkorcoralbay.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/pangkorcoralbay.com.my/

Instagram: https://www.instagram.com/pangkorcoralbay/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *