Pelanggan Pek Sukan Dapat Akses Komplimentari Astro

Astro-Sports-Pack-customers-to-get-complimentary-viewing-of-all-channels_ENG

Pelanggan Pek Sukan Dapat Akses Komplimentari Astro | Astro dengan berbesar hati menawarkan lebih banyak pilihan sajian kandungan kepada pelanggan  setia Pek  Sukan  dengan  memberi akses komplimentari untuk menonton SEMUA saluran Astro*, mulai hari ini hingga 30 April 2020.

Pek Sukan Astro

Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata, “Situasi pandemik COVID-19 yang kian menular menyebabkan banyak acara sukan di peringkat global ditunda oleh pihak penganjur. Terdahulu, kami telah mengumumkan bahawa pelanggan setia Pek Sukan Astro akan menikmati akses untuk menonton UEFA Euro 2020 secara percuma. Kami komited untuk berbuat demikian apabila perlawanan ini bermula pada tarikh baharu, 11 Jun hingga 11 Julai 2021.”

Sementara dunia menghadapi situasi mencabar untuk mengekang pandemik COVID-19 dari menular dengan lebih serius, Astro terus komited untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua  peminat  sukan di Malaysia.  Kami  sentiasa  bekerjasama  rapat  dengan  pembekal kandungan sukan untuk menyajikan hanya yang terbaik buat setiap pelanggan Astro.

*Untuk pelanggan Residensi sahaja, pembelian filem / acara ‘Pay Per View’ adalah terkecuali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *