Pengalaman di Banghuris Homestay Sepang Menarik

Banghuris Homestay

Pada 15 Disember 2013, NaZ berpeluang mengikuti rombongan Sahabat Media ke Bnaghuris Homestay di Sepang selepas pelancaran Program Voluntourism di Avani Sepang Goldcoast Resort (sebelum ini dikenali sebagai Golden Palm Tree Resort)

Banghuris homestay terletak di daerah Sepang, 60km dari Kuala Lumpur dan 35km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Untuk memudahkan perjalanan, hanya ikut papan tanda ke Kuala Langat dan terus ke Sungai Pelek.

Banghuris Homestay

Banghuris Homestay ini adalah perusahan inap desa yang diusahakan oleh 3 perkampungan iaitu Kg. Bukit Bangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris. Dari situ lah wujudnya ‘Banghuris’ dan terdapat sebanyak  80 rumah yang menawarkan 100 buah bilik. Ini merupakan program homestay pertama di daerah Sepang.

Ketibaan di Banghuris Homestay nazlannasir

Setibanya di pusat aktiviti Banghuris, kami telah disambut dengan paluan kompang dan terus dihidangkan air kelapa muda bagi menghilangkan haus perjalanan. Kemudian terus kami disajikan dengan mee sup dengan sambal kicap cili. Hidangan yang simple tapi sedap. Tak sempat menghabiskan mee sup lagi, bau buah durian telah mencuit hidung kami. Tuan rumah yang dikenali hanya dengan panggilan Wak terus menghantar buah durian ke setiap meja. Apa lagi terus sambung menjamah buah durian.

 Kelapa Muda dan Durian

Makan tengahari kami turut diiringi dengan kumpulan kugiran mereka sendiri dengan lagu-lagu terkini. Tak ketinggalan Iqwal juga di tarik untuk turut mendendangkan lagu…siap 2 lagu lagi.

Persembahan Iqwal

Di pusat aktiviti itu juga bersebelahan dengan kolam ikan. Ramai sahabat media yang tak nak ketinggalan untuk cuba bakat memancing mereka. Ada yang dapat ikan da nada yang dapat kekecewaan kerana tak dapat ikan.

Kebun Getah nazlannasir

Selepas itu, kami terus dibawa ke ladang getah untuk belajar bagaimana menoreh pokok getah. Wak pun menunjukkan bagaimana pokok getah ditoreh. Ramai la yang berebut untuk mencuba bakat menoreh mereka. Juga mencuba penggiling getah untuk dijadikan skrap. Nampak bagaimana Iqwal mengerah tenaganya untuk memutarkan penggiling itu.

Ladang Buluh nazlan

Yang terakhir sekali kami dibawa ke ladang buluh madu. Begitu indah susunan tanaman buluh dan sangat sesuai untuk dijadikan tempat penggambaran. Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang ada di Banghuris Homestay ini. Masa yang singkat tidak mengizinkan untuk kami mencuba semuanya.

 

Fakta-fakta menarik mengenai Banghuris Homestay Sepang:

  • Keluasan tanah lebih kurang 1,200 hektar (3,000 ekar) dan hampir 90% tanah Banghuris digunakan untuk projek-projek pertanian, dusun buah-buahan, kelapa sawit, getah, kelapa dan kopi.
  • Sumber pencarian penduduk di sini ialah sektor pertanian, kerajaan, kontraktor, pekerja kilang, nelayan, industri kecil dan perniagaan runcit.
  • Merupakan pengeluar terbesar industri makanan ringan di daerah Sepang dengan pengeluaran seperti kerepek ubi, pisang, keledek, tempe, cakar ayam serta kuih tradisional.

 

Terdapat beberapa pakej aktiviti homestay dari RM60 (1 hari) hingga RM250 (3 hari 2 malam) disediakan. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi:

Banghuris Homestay
Jalan Tailong,  Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor

Tel/Faks :  03-3142 1010

Telefon Bimbit: Hj Basir (012-6628548), Hjh Misrah (013-3919547), En. Azizi (017-6303601)

Emel: banghuris_homestay@yahoo.com

 

 

3 thoughts on “Pengalaman di Banghuris Homestay Sepang Menarik

    1. RM60 untuk 1 hari tu adalah untuk lawatan Agro (kebun getah, kelapa sawit, kopi dan kebun buah-buahan) dan lawatan ke industri kecil sederhana (kilang pembuatan kerepek, makanan sejuk beku dan rumah tradisional).

Leave a Reply