Penjenamaan Semula Starworld Kepada Fox Life

FOX_Life_(2017)

Penjenamaan Semula Starworld Kepada Fox Life |  Bermula pada 1 Oktober 2017, saluran terkenal FOX Networks Group Asia (FNGA), StarWorld, akan melalui penjenamaan semula kepada FOX Life (saluran Astro 711 dan 722 HD), bagi menjadi sebuah jenama yang benar-benar global. Imej baru ini – yang bakal diumumkan pada 1 Oktober 2017 – akan menampilkan nama, identiti, serta slogan jenama yang baru dan logo yang direka khas untuk menyampaikan sebuah saluran televisyen yang inovatif, menghiburkan dan bersifat komersial, dengan atur cara program yang disusun untuk menarik minat golongan wanita dan juga menyediakan peluang tontonan bersama.

Starworld rebrand FOX life

Sejak pelancaran StarWorld pada tahun 1995, FNGA kekal komited dalam misinya untuk menyediakan hiburan terbaik di rantau ini dan memberi para penonton akses eksklusif bagi   drama premium, rancangan komedi, TV realiti, persembahan anugerah global dan produksi asli yang menarik.

Sebagai adik kecil kepada rangkaian hiburan FOX, FOX Life akan menyampaikan kepada penonton pelbagai rancangan tontonan bersama, termasuk siri drama dan komedi AS seperti Empire, New Girl dan Grey’s Anatomy, siri tempatan seperti Asia’s Next Top Model dan Bolt Talent, di samping pelbagai rancangan anugerah AS seperti The Emmy Awards dan pelbagai lagi rancangan popular lain seperti Masterchef US. Penukaran nama ini akan disokong grafik baru, sebuah penampilan menarik bergaya digital, berserta slogan serba baru: Turn On, menyediakan sebuah saluran premium yang merupakan evolusi semulajadi saluran StarWorld kepada FOX Life, sebuah jenama berskala global.

Bagi meraikan penjenamaan baru ini dan mempromosikan slogan baru Turn On, FOX Life akan melancarkan kempen media social serantau, yang akan disertakan dengan iklan digital dan sebuah pertandingan yang bertujuan untuk melibatkan para peminat FOX Life.

Apabila ditanya tentang penjenamaan semula ini, Naib Presiden Saluran, Kandungan dan Komunikasi Hiburan, Dean Dezius berkata: “Kami beroperasi dalam sebuah pasaran yang sangat kompetitif, dan ia sangat penting untuk saluran rancangan dan setiap anggota pengeluaran hiburan kami berkembang dan berinovasi untuk menarik penonton. Penukaran nama kepada FOX Life juga menyerlahkan lagi portfolio FNGA dan mematangkan lagi jenama kami, membolehkan pertumbuhan yang lebih maju dalam landskap media yang pesat berubah.

Kami akan menyampaikan kandungan hiburan yang cukup hebat sepanjang tahun yang akan datang ini, dan misi kami adalah untuk memastikan apa yang akan disampaikan dikait rapat dengan FOX Life dan jenama global FNGA, dan akan menggalakkan penilaian semula jenama kami. Jenama baru kami akan mempromosikan standard hiburan berkualiti tinggi yang pelbagai, seperti yang kita inginkan di rantau ini.”

 

About Fox Networks Group Asia

FOX Network Group Asia (FNG) is 21st Century FOX’s international multi-media business. FNG develops, produces and distributes more than 300 wholly- and majority-owned entertainment, sports, factual and movie channels in 45 languages across Latin America, Europe, Asia and Africa. FNG’s core channel brands include FOX, FOX Sports, FOX Life, FOX+ and National Geographic. FNG’s movie channels include FOX Movies, FOX Movies Premium and SCM (formerly Star Chinese Movies). Non-linear brands include FOX Play, FOX Play+ and Nat Geo Play. These networks and their related mobile, non-linear and high-definition extensions, reach over 1.8 billion cumulative households worldwide. In addition, FNG owns and operates two production studios and produces thousands of local programing hours for its wholly owned channels and third parties. In 2017, FNG launched FOX+, the on-demand streaming app for watching the best in entertainment on the go. FNG has been in operation since August 14, 1993.

About FOX Life

Part of FOX Networks Group Asia, FOX Life (formerly StarWorld) is one of Asia’s leading general entertainment channels, delivering the best of premium dramas, comedy, reality TV shows, global award shows and exciting original productions. Aimed at a broad section of female and companion viewing audiences across Asia, FOX Life is available in 98 million homes, reaching 15 countries and territories across Asia including: Brunei, Cambodia, Hong Kong, India, Indonesia, Macau, Malaysia, Maldives, Myanmar, Papua New Guinea, The Philippines, South Korea, Singapore, Thailand, Vietnam.

Leave a Reply