Penutupan Sementara Operasi Perniagaan Siti Khadijah

siti-khadijah-thumbnail

Penutupan Sementara Operasi Perniagaan Siti Khadijah | Merujuk kepada perintah kawalan pergerakan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 bagi membendung penyebaran wabak Corona Virus (Covid-19), pengeluar telekung berinovasi di Malaysia, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd mengumumkan penutupan semua butik Siti Khadijah di seluruh Malaysia.

Siti Khadijah KLCC Butik - Penutupan Sementara

Penutupan ini juga melibatkan operasi ibu pejabat di Bandar Baru Bangi buat sementara waktu bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Walaubagaimanapun, para pelanggan Siti Khadijah masih boleh membuat pembelian produk Siti Khadijah secara atas talian di www.sitikhadijah.com dan juga laman rasmi Siti Khadijah di marketplace iaitu Shopee, Lazada dan Ourshop.

Sebarang pertanyaan dan tempahan pembelian produk Siti Khadijah melalui whatsapp boleh dihubungi di talian 019-3654568 atau 010-6000864


MENGENAI SK

Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd merupakan jenama telekung nombor satu Malaysia dengan keunikan dan rekaan inovatif di bahagian wajah. Telekung ialah pakaian istimewa wanita di Kepulauan Melayu yang dipakai setiap kali bersolat dan sinonim dengan budaya Melayu.

SK memperkenalkan rekaan yang dipatenkan fokus kepada potongan unik bahagian wajah dengan kombinasi fabrik berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan ketika beribadah. Material mudah regang sesuai untuk setiap bentuk dan saiz wajah wanita. Koleksi telekung SK menawarkan empat unik rekaan wajah yang berbeza dengan rekaan telekung biasa. Material yang digunakan hanya daripada fabrik kualiti terbaik seperti kapas, cotton-feel, rayon dan sutera dengan sentuhan perincian renda yang disulam indah.

Selain daripada telekung, SK turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah Umrah dan Haji. Antara produk lain yang ditawarkan termasuklah hijab, sarung lengan, abaya, baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori. Sejak 2009, Siti Khadijah dinamakan sebagai jenama isi rumah di Malaysia dan berkembang luas dengan 41 cawangan butik sekitar Malaysia dan 4 cawangan di Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *