Persidangan Antarabangsa MOONTON Epicon 2019: The Future Begins

Moonton Character

Persidangan Antarabangsa MOONTON Epicon 2019: The Future Begins | Berita hebat untuk pemain-pemain e-sukan di seluruh dunia. MOONTON, pemaju salah satu permainan mudah alih yang paling popular, iaitu Mobile Legends: Bang Bang, teruja untuk menampilkan pelbagai pengumuman menarik di persidangan antarabangsa MOONTON Epicon 2019: The Future Begins.

Persidangan Antarabangsa Moonton Epicon 2019

Persidangan ini berlangsung pada 18hb Julai 2019 di Connexion Conference & Event Centre, Nexus, Kuala Lumpur, dengan peserta dari negara-negara seperti China, Singapore, Malaysia, Indonesia, Philippines, Cambodia, Laos, Brunei dan lain-lain yang hadir  untuk meraikan kejayaan francais Mobile Legends. Di samping itu, MOONTON juga mendedahkan rancangan perkembangan seterusnya. 

“Pasukan antarabangsa kami sentiasa menyesuaikan diri mengikut perubahan pasaran, serta berusaha meningkatkan keupayaan kami berdasarkan kemajuan teknologi terkini supaya kami dapat mempersembahkan pengalaman permainan yang lebih menarik kepada para peminat, malah rakan-rakan perniagaan, turut dapat menikmati usahasama yang lebih bermakna dan bermanfaat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MOONTON, Justin Yuan, semasa ucapan pembukaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MOONTON, Justin Yuan

Di samping itu, MOONTON akan menganjurkan Mobile Legends: Bang Bang World Championship, yakni pertandingan peringkat dunia  yang pertama, di Axiata Arena, Kuala Lumpur, Malaysia dari 11hb hingga 17hb November 2019.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, menyuarakan pandangannya: “ E-Sukan  di Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi industri bernilai berjuta dolar yang dapat meningkatkan pembangunan sosioekonomi negara, dan kami amat berterima kasih kepada MOONTON kerana memilih Malaysia sebagai tapak sulung Mobile Legends: Bang Bang World Championship. Ini akan menonjolkan daya saing Malaysia di arena antarabangsa dan pasti akan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa e-sukan yang akan menarik para pemain yang paling berbakat dari seluruh dunia.” Dato Anath S. Nathan, presiden E-Sukan  Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepada sumbangan MOONTON kepada e-sukan  di Malaysia. “Mobile Legends: Bang Bang adalah salah satu permainan yang paling terkenal di Malaysia, permainan ini telah meningkatkan jumlah pasukan profesional e-sukan  di negara ini,” katanya

Kejohanan dunia  ini dikenali sebagai M1. Enam belas pasukan dari 14 negara akan bersaing untuk menjadi juara dunia Mobile Legends: Bang Bang pertama serta memperolehi hadiah melebihi $250,000 USD. Para peminat akan berpeluang untuk menyaksikan pertandingan e-sukan yang akan disiarkan secara langsung atas talian.

Pengumuman kedatangan Mobile Legends: Bang Bang 2.0 turut mendapat sambutan hangat di kalangan peminat-peminat e-sukan . Versi baru ini menampilkan enjin permainan yang telah dinaik taraf dan menjanjikan pengalaman pengguna yang lebih baik dengan kelajuan pemuatan dan permulaan yang lebih pantas, serta watak-watak pemodelan yang berdefinisi tinggi. Lebih-lebih lagi, versi ini juga memaparkan muka permainan baru yang anggun, peningkatan peta serta FPS, pengurangan AFK dan masalah lag serta skuad wira yang baharu.

Ini diikuti dengan pengenalan sekuel permainan yang dinanti-nantikan – Mobile Legends: Adventure, permainan kad strategi RPG yang tidak dijangka, yang akan ditawarkan kepada pemain pada 1hb Ogos 2019. Dioptimumkan untuk keperluan internet yang minima dan penggunaan simpanan yang rendah, Mobile Legends: Adventure direka untuk permainan kasual yang pantas. Pemain boleh mengarahkan sehingga lima pahlawan pada satu masa dalam pertempuran, menggunakan kecerdasan mereka untuk mengatur barisan yang paling strategik untuk menentang lawan mereka.

Persidangan antarabangsa tersebut kemudian berkongsi butiran mengenai masa lampau dan masa hadapan MOONTON, merangkumi kerjasama IP dengan jenama seperti Domino’s Pizza, Grab, Choki-Choki, Pepsi Cola, KFC dan banyak lagi.

“Perkongsian dengan Mobile Legends sudah pasti memperkukuhkan perkembangan komuniti permainan dan e-sukan  di Malaysia,” kata wakil Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Leong Huey Ying, berhubung dengan kerjasama ‘United We Win’ mereka, yang telah menyaksikan jenama tersebut menganjurkan sesi permainan langsung pertama mereka di restoran sementara penonton  dapat menikmati pizza yang lazat.

Selain itu, wakil Facebook Gaming, Jack Li, berpandangan bahawa Mobile Legends: Bang Bang memainkan peranan kritikal dalam promosi Ganjaran Dalam Siaran perkhidmatan siaran secara langsung yang memberi ganjaran kepada penonton apabila semakin lama mereka menonton siaran tersebut.

Pada penghujung hari, MOONTON berjanji kepada peminat bahawa mereka akan berpeluang untuk menikmati dan mengetahui  lebih lanjut tentang dunia Mobile Legends melalui muzik, kesusasteraan, komik, animasi, rancangan TV, filem, koleksi barangan  dan pelbagai saluran yang sedang disediakan untuk tahun yang akan datang.

Dengan pelbagai perkembangan menarik yang bakal diperkenalkan, ini  merupakan masa terbaik untuk menjadi peminat permainan video dan Mobile Legends. Mobile Legends: Adventure menawarkan peluang yang menarik  untuk menyelami dunia Mobile Legends. Layari halaman Facebook Mobile Legends: Adventure di https://www.facebook.com/MobileLegendsAdventure/  dan  halaman Facebook Mobile Legends: Bang Bang Facebook di  https://www.facebook.com/mobilelegendsgame.

Leave a Reply