Pertandingan Kemahiran Mercedes-Benz SEA II Uji Kemahiran dan Kecekapan Pekerja

Peserta Mercedes-Benz SEA II

Pertandingan Kemahiran Mercedes-Benz SEA II Uji Kecekapan Pekerja |  Pada Pertandingan Kemahiran Mercedes-Benz SEA II 2018 baru-baru ini, para Perkhidmatan Pelanggan dari seluruh Malaysia dan rantau ini berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kemenangan sebagai juruteknik, penasihat perkhidmatan dan pakar proses terbaik dalam rangkaian Mercedes-Benz.

Pertandingan Kemahiran Mercedes-Benz SEA II

Acara tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 pertandingan yang dimulakan pada tahun 2008 dan diadakan setiap dua tahun, dan merupakan kali pertama Pertandingan Kemahiran telah dibuka kepada negara-negara anggota lain di rantau ini. Hanya 133 peserta pada tahun 2008, jumlah ini telah meningkat dengan ketara kepada 631 tahun ini.

“Pertandingan Kemahiran Dwi-Tahunan ini adalah satu lagi usaha untuk menawarkan Pengalaman Pelanggan dan Penjagaan yang terbaik – memotivasi kami untuk berusaha untuk penambahbaikan yang berterusan, baik secara dalaman mahupun untuk pelanggan kami. Para finalis tahun ini lebih kompetitif berbanding sebelum ini, meningkatkan standard perkhidmatan dan pengetahuan teknikal dalam rangkaian Mercedes-Benz Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Kerjasama dengan pengedar kami adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang kami untuk membangunkan bakat, teknologi, pengeluaran dan perkhidmatan sebagai perintis dan peneraju dalam industri automotif. Tahniah kepada semua pemenang!” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner

Pertadingan Kemahiran Mercedes-Benz SEA II 2018 menyaksikan sejumlah 25 Profesional Perkhidmatan bersaing antara satu sama lain dalam lima kategori yang mewakili bidang kepakaran masing-masing iaitu Qualified Maintenance Technician (QMT), Qualified System Technician (QST), Certified Diagnostic Technician (CDT), Certified Service Advisor (CSA), dan Qualified Parts Process Specialist (QPPS).

Menyediakan peluang yang sama untuk perintis baru tahun ini, pertandingan kemahiran juga menyaksikan rekrut terbaru rangkaian Mercedes-Benz mempamerkan keupayaan mereka dalam kategori Advanced Modern Apprenticeship.

“Ia memberi kami kebanggaan yang tinggi untuk meraikan ulang tahun ke-10 Pertandingan Kemahiran yang juga menandakan acara sulung untuk pertandingan serantau. Perunding, para diagnostik dan juruteknik yang berkelayakan dari rangkaian peniaga kami adalah produk dari program latihan kami yang komprehensif, diukur di seluruh dunia dan yang bersemangat memupuk motto Lifelong Learning kami. Tahap profesionalisme, keghairahan dan pengetahuan setiap peserta di pamerkan pada pertandingan kemahiran tahun ini menunjukkan tahap perkhidmatan dalam memelihara setiap kenderaan Mercedes-Benz yang kami terima dalam Pertandingan Kemahiran, kami bersaing di antara kami untuk terus meningkatkan standard kami dan terus menawarkan penjagaan terbaik bagi pelanggan kami dan kereta Mercedes-Benz mereka,” kata Heinrich Schromm, Naib Presiden, Perkhidmatan Pelanggan, Mercedes-Benz Malaysia.

Pengedar yang mengambil bahagian di peringkat akhir adalah dari pusat-pusat perkhidmatan di Semenanjung Malaysia termasuk Lembah Klang, Kuala Terenganu, Georgetown, Seremban, dan Johor Bahru, serta Singapura. Finalis yang cemerlang telah dianugerahkan dengan trofi, sijil dan hadiah wang tunai berjumlah lebih kurang RM100,000.

Dalam usaha untuk membentuk profesional perkhidmatan secara menyeluruh, pertandingan kemahiran meletakkan pelbagai cabaran dalam bentuk teori dan ujian praktikal serta kuiz. Finalis berjuang untuk tenang walaupun ditekan di setiap peringkat pertandingan. Pemilihan telah dipantau dan dinilai oleh panel hakim yang berkelayakan yang terdiri daripada para pakar dan pengurusan Mercedes-Benz Malaysia.

Diadakan setiap dua tahun, pertandingan kemahiran adalah satu acara penting bagi para Perkhidmatan Pelanggan dalam rangkaian peniagaan Mercedes-Benz. Mercedes-Benz Malaysia mempunyai liputan rangkaian premium terbesar di Malaysia dengan sejumlah 34 Autohauses dan 31 Pusat Perkhidmatan. Rakan-rakan peniaga yang kompeten tahun ini yang layak dan bersaing di peringkat akhir termasuk Cycle & Carriage Bintang, Hap Seng Star, Wheels NZ, Mofaz Exotic Car, MBSA Automotif dan Minsoon Credit, dari Malaysia serta Cycle & Carriage Industries dari Singapura.

We Won!

Keputusan Pertandingan Kemahiran Mercedes-Benz Sea II 2018

Certified Diagnosis Technician

RankingNamaPengedarNegara
Champion Siew Yann Hwang Hap Seng Star Jln Ipoh Malaysia
1st Runner up Swee Teng Siang Hap Seng Star Kinrara Malaysia
2nd Runner up Phisyarn Chitbanchong Cycle & Carriage Bintang (Northern) GT Malaysia
Consolation Ngau Fook Lin Hap Seng Star Balakong Malaysia
Consolation Mohd Hadi Cycle & Carriage Bintang P.J. Malaysia

Qualifieds System Technician

RankingNamaPengedarNegara
Champion Wong Yee Yew Hap Seng Star Balakong Malaysia
1st Runner up Low Yee Seng Hap Seng Star Kinrara Malaysia
2nd Runner up Tan Kwong Seng Cycle & Carriage Bintang J.B Malaysia
Consolation Tham Ming Tai Hap Seng Star Balakong Malaysia
Consolation Yong Jia Jun Cycle & Carriage Bintang P.J. Malaysia

Qualified Maintenance Technician

RankingNamaPengedarNegara
Champion Seah Kai Khee Cycle & Carriage Industries – MBC Singapore
1st Runner up Tan Chun Loong Cycle & Carriage Industries – Pandan Loop Singapore
2nd Runner up Sam Wee Sin Khang Mofaz Exotic Car K.T. Malaysia
Consolation Tan Siew Keong Cycle & Carriage (Northern) Georgetown Malaysia
Consolation Mohammad Talha NZ Wheels Klang Malaysia

Certified Service Advisor

RankingNamaPengedarNegara
Champion Kueh Swee Teng Hap Seng Star Kinrara Malaysia
1st Runner up Teoh Boon Seong Cycle & Carriage Bintang (Northern) AS Malaysia
2nd Runner up Fuan Chai Sheng Hap Seng Star Jalan Ipoh Malaysia
Consolation Mohd Nor Khusairi Bin Jemangin Cycle & Carriage Bintang J.B. Malaysia
Consolation Diviya Lingam S/O Pachi Muthu Cycle & Carriage Bintang P.J. Malaysia

Qualified Parts Process Specialist

RankingNamaPengedarNegara
Champion Ernie Ruhaida Abdul Rashid Cycle & Carriage Bintang M.D. Malaysia
1st Runner up Mazliza BT Manap NZ Wheels Klang Malaysia
2nd Runner up Hui Wai Luen Hap Seng Star Balakong Malaysia
Consolation Farina Binti Mohd Fakharuzi Cycle & Carriage Bintang Glenmaire Malaysia
Consolation Normala Ahmad Cycle & Carriage Bintang J.B. Malaysia

Advanced Modern Apprenticeship Category

RankingNamaPengedarNegara
Champion Wong Shiong Heng Minsoon Credit Sdn Bhd Malaysia
1st Runner up Pang Zheng Chen Mofaz Kuala Terengganu Malaysia
2nd Runner up Tai Ming Yew CCB Georgetown Malaysia
Consolation Hoon Zhen Xiong CCB Cheras Malaysia
Consolation Vincent Wai Kah Young MBSA Malaysia

Leave a Reply