Pertandingan Pembuat Piza Terpantas Domino’s

Domino's Fastest Pizza Making

Pertandingan Pembuat Piza Terpantas Domino’s │  Domino’s Pizza Malaysia menghimpunkan 10 pembuat piza terbaik mereka dari seluruh Malaysia untuk bertanding merebut gelaran Pembuat Piza Terpantas Domino’s bagi tahun 2017. Pertandingan ini telah diadakan di The Weld, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini telah diadakan sejak 1989 dan dianjurkan setiap tahun untuk mengiktiraf kepakaran dan kemahiran pengurusan masa para pembuat piza Domino’s. Dan pemenang tempat pertama dan kedua pertandingan ini akan mewakili Malaysia untuk bersaing dipertandingan peringkat Asia Pasifik di mana mereka bakal beradu kemahiran dengan peserta dari seluruh rantau ini.

Shamsul Amree
En. Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura memberi ucapan sebelum pertandingan dimulakan…

En. Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura berkata, “Pertandingan ini adalah unik kepada Domino’s dan menjadi wadah yang hebat untuk menyerlahkan bakat para pembuat piza kami yang lazimnya bekerja di belakang tabir. Membuat piza di Domino’s ialah seni kemahiran yang memerlukan teknik dan latihan rapi untuk menyediakan piza sempurna yang menepati kriteria 10 ciri daripada doh diuli dengan tangan. Ini sememangnya bukan satu proses semudah yang disangka dan kami berbangga kerana mempunyai pembuat piza pakar di Malaysia.”

“Semua pembuat piza kita mesti menguasai dua kelebihan penting: kepantasan dan kualiti. Kami tidak boleh memandang ringan mana-mana satu daripadanya. Masa ialah faktor yang amat penting bagi Domino’s Pizza kerana sebagai pakar penghantaran piza, kami perlu menunaikan tempahan dalam masa 30 minit. Kami juga komited untuk membekalkan piza yang memenuhi kualiti pengguna.”

Untuk pertandingan tahun ini, kesemua peserta dikehendaki membuat tiga jenis piza saiz besar iaitu Peperoni Daging (Beef Pepperoni), Cendawan (Mushroom) dan Keju (Cheese). Peserta akan diadili dari segi doh & sos (Stretching & Saucing), kadar ramuan (Cheesing & Portioning) dan susunan topping (Toppings & Placement). Yang paling penting, kesemua ini harus dilakukan dengan pantas dan mengikut kualiti yang ditetapkan. Jika tidak, penalti akan dikenakan bermakna markah akan ditolak. Panel pengadil tahun ini diketuai oleh Cik Uzma Ilyas Chaudhry, Perunding Latihan dan Piawaian, Domino’s Pizza Asia Pasifik.

Antara aksi-aksi para peserta ketika pertandingan dijalankan…

Setelah selesai 10 peserta beraksi, para media telah dipelawa untuk cuba membuat piza. Lihat sahaja Ayu Rafikah dengan aksi selambanya cuba menebar doh yang ternyata nampak begitu sukar untuk dilakukan. Namun beliau berjaya juga untuk memenangi pertandingan antara media yang diadakan.

Keputusan Pertandingan Pembuat Piza Terpantas Domino’s

Tiga peserta terbaik masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 (Juara), RM500 (Ke-2) dan RM300 (Ke-3). Secara otomatik Juara dan pemenang tempat ke-2 akan mewakili Domino’s Pizza Malaysia ke peringkat Asia Pasifik, di mana perbelanjaan keseluruhan ditanggung oleh Domino’s Pizza sendiri.

Tempat Ke-3 telah dimenangi oleh Mohd Aiman bin Md Idros (Aiman De Great) dengan catatan masa 1 minit 57 saat, tempat Ke-2 dimenangi oleh Zuliskandariah bin Khalid (ZK Wow Wow) dengan catatan masa 1 minit 36 saat. Dan Juara Pembuat Piza Terpantas Domino’s 2017 jatuh kepada Abdillah Abdul Shukor (Triple X) dengan catatan masa 1 minit 33 saat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *