Pertandingan Seni Lukis Warisan Anjuran Usaha Tegas Kini Masuki Tahun Ke-20

Usaha Tegas Heritage

Para pelajar Malaysia diberi peluang sekali lagi untuk mempersembahkan bakat seni mereka dalam Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas 2019. Kumpulan Usaha Tegas, sebuah syarikat pegangan pelaburan yang dimiliki oleh ahli perniagaan terkenal Malaysia, Encik T Ananda Krishnan, mempunyai kepentingan dalam pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi dalam pelbagai industri termasuk telekomunikasi, media, hartanah, dan minyak & gas.

Para Pemenang Pertandingan Seni Lukis Warisan Anjuran Usaha Tegas Kini Masuki Tahun Ke-20

Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas dianjurkan setiap tahun oleh Kumpulan tersebut untuk menggalakkan pelukis muda mengembangkan minat mereka dalam seni lukis dan juga menyemai rasa cinta kepada warisan Malaysia. Pertandingan yang memasuki tahun ke-20 ini telah mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada pelajar di seluruh negara. Pertandingan tahun ini melahirkan beberapa pemenang dari Sabah meskipun ini hanya tahun kedua bagi penyertaan dari negeri itu.

Edisi tahun ini menerima 264 penyertaan dari sejumlah 27 institusi pengajian tinggi seluruh negara yang merebut hadiah-hadiah utama. Kualiti lukisan yang dikemukakan untuk edisi ke-20 Pertandingan benar-benar memukau para panel pengadil. Hasil seni yang berjaya menggabungkan tema pertandingan, ‘A Timeless Expression’ dengan teknik yang menarik, untuk menghasilkan visual yang menghidupkan warisan sejarah negara.

Encik Sivam Kandavanam, Pengarah UTSB Management Sdn Bhd, bersama-sama dengan Cik Maureen Toh dan Encik Lim Ghee Keong menyampaikan hadiah berjumlah RM 74,000 kepada semua pemenang.

Yong Hui Lin, the only contestant to win two prizes, winning first prize for the Mixed Media category and second prize for the Charcoal/Pencil/Ink category, smiles proudly next to her artwork.

Encik Sivam berkata, “Majlis penyampaian hadiah tahun ini lebih bermakna kerana kamitelah menjayakan pertanding ini untuk tahun ke-20. Pertandingan ini telah menerima galakkan dan sokongan padu daripada Tuan Pengerusi Encik Ananda Krishnan sejak tahun penubuhannya sehingga ke hari ini. Sebagai pencinta seni, Encik Krishnan melihat nilai dalam mengalakkan peningkatan karya seni yang dihasilkan oleh golongan muda Malaysia sambil menyemai penghargaan yang mendalam terhadap warisan Malaysia yang indah dan pelbagai.”

“Sudah tentu kami tidak dapat melangkah sejauh ini tanpa sokongan barisan pengadil, peserta, institusi pengajian tinggi, jawatankuasa penganjur, wakil media, dan juga ramai penyokong dari jauh dan dekat.”

Encik Sivam menambah, “Warisan negara kita yang tercinta ini terserlah dengan kepelbagaian dan keterangkumannya yang menerapkan pelbagai pengaruh yang telah wujud secara harmoni di Malaysia sejak sekian selama.”

“Menerusi pertandingan ini, kami berhasrat untuk menekankan kepada generasi akan datang betapa pentingnya untuk menghargai dan memelihara warisan negara kita menerusi seni lukis.”

Tetamu jemputan yang menghadiri majlis penyampaian hadiah berpeluang melihat hasil seni lukis pemenang yang dipamerkan dan juga berbual dengan para pelukis muda yang berbakat.

Menurut ketua juri pertandingan Parama Nathan, “Keaslian dan inovasi adalah ciri-ciri kualiti lukisan yang kami cari dalam pertandingan dan kami berbangga dapat menyaksikan lebih banyak ciri-ciri tersebut daripada para peserta tahun ini”

Noor Athirah Bt Md Ghazali, anak jati Kelantan dari Universiti Sains Malaysia, muncul sebagai pemenang hadiah pertama bagi kategori Seni Cetakan manakala pelajar Universiti Teknologi MARA, Wan Qaisara Asyura Bt Wan Bazli dan Mardiah Bt Ab Aziz, masing-masing memenangi hadiah kedua dan ketiga.

Yong Hui Lin dari Malaysian Institute of Art, adalah satu-satunya peserta yang memenangi dua hadiah, iaitu hadiah pertama bagi kategori Media Campuran dan hadiah kedua bagi kategori Arang/Pensel/Dakwat.

Yong Hui Lin berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Usaha Tegas Sdn Bhd kerana memberi peluang kepada artis-artis muda seperti saya bukan sahaja untuk mempamerkan karya-karya tersendiri, tetapi mempelajari bagaimana artis-artis lain melihat dan menggambarkan warisan bangsa kita.”

Yong Hui Lin - Usaha Tegas

Norfatihah Binti Yusof dari Universiti Sains Malaysia, menjuarai kategori Arang/Pensel/Dakwat manakala Fong Jia Wei dari ATEC Academy memenangi hadiah ketiga.

Norfatihah Binti Yusof - Usaha Tegas

Dua pelajar Sabah dari Universiti Malaysia Sabah, Low Guek Xin dan Atazliana Atee, masing-masing memenangi hadiah kedua dan ketiga bagi kategori Media Campuran.

Low Guek Xin

Atazliana Atee berkata, “Saya amat gembira untuk memenangi Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas. Saya berharap kemenangan saya akan menjadi motivasi kepada artis-artis muda yang lain, khususnya, peserta-peserta dari Sabah dan Sarawak yang akan menyertai pertandingan ini tahun depan.”

Atazliana Atee

Muhammad Aqmar Dini Bin Omar, pelajar Selangor dari Universiti Teknologi MARA, memenangi tempat pertama bagi kategori Minyak/Akrilik, manakala tempat kedua dimenangi oleh Low Sue Woon dari Dasein Academy of Art. Daval Doshi A/L Surendra, pelajar ATEC Academy yang berasal dari Pulau Pinang, membawa pulang hadiah ketiga dalam kategori ini.

Muhammad Aqmar Dini Bin Omar, pelajar Selangor dari Universiti Teknologi MARA

Muhammad Aqmar berkata, “Karya saya ‘Ikatan Kasih’ merupakan penghormatan khas buat ibu saya. Ibu saya adalah pendorong semangat saya. Saya menyertai pertandingan ini atas hasil galakkan ibu, dan saya gembira kerana telah mendengar nasihatnya. Saya berharap pertandingan ini terus menggalakkan bakat baru dan membantu artis muda mencapai impian mereka.”

Tiada pemenang pertama bagi kategori Cat Air. Namun tempat kedua dimenangi oleh Yew Zhi Jun dari Alfa International College manakala Nicholas Ong Kar Wei dari Equator College menerima hadiah ketiga bagi kategori ini.

Panel juri Pertandingan terdiri daripada nama-nama yang dihormati dalam arena seni lukis dan warisan Malaysia. Panel juri diketuai oleh Ar. Parama Nathan, seorang tokoh yang terlibat secara aktif dalam pemuliharaan bangunan warisan di Singapura dan Pulau Pinang selama lebih 30 tahun. Beliau disertai oleh Ar. Laurence Loh, seorang arkitek pemuliharaan dan warisan terkenal di Malaysia dan rantau Asia-Pasifik yang telah memenangi beberapa anugerah Warisan UNESCO Asia-Pasifik.

Panel juri dilengkapi oleh En. Juhairi Said, seorang seni cetakan Malaysia yang memenangi anugerah dan telah mengumpul pengalaman lebih dari tiga dekad dan Dr. Kim Phaik Lah, pakar dalam pendidikan seni dan warisan yang telah menjadi pengadil Pertandingan sejak 2001. Cik Bibi Chew, pelukis terkenal dan juga penerima anugerah Bakat Muda Sezaman 2000 yang berprestij dari Balai Seni Lukis Negara merupakan ahli terbaru dalam panel pengadil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *