Piala Cabaran E-sukan Cyberjaya (Cyberjaya Esports Cup Challenge)

E-Sukan Cyberjaya

Piala Cabaran E-sukan Cyberjaya (Cyberjaya Esports Cup Challenge) | Piala Cabaran E-sukan Cyberjaya (Cyberjaya Esports Cup Challenge) telah berlangsung pada 19 Jun 2019 di Pusat Membeli-Belah Dpulze, Cyberjaya dan berjaya menarik penyertaan seramai 150 pelajar  dalam lingkungan 7 tahun sehingga 17 tahun. Acara ini adalah anjuran bersama D’Pulze, Setia Haruman Sdn Bhd dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

E-sukan Cyberjaya - Pemenang Kategori Bawah 15 & 17 Tahun dari Sekolah Menengah Tinggi Klang
Pemenang Kategori Bawah 15 & 17 Tahun dari Sekolah Menengah Tinggi Klang

Menurut Ahmad Soalahuddin, Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Strategik Setia Haruman Sdn Bhd “E-sukan mampu memberi peluang kepada rakyat dan bakat-bakat muda di negara ini untuk menonjolkan kebolehan mereka menerusi permainan video secara kompetitif di peringkat antarabangsa”. “Kami telah memberi sokongan penuh kepada industri e-sukan sejak 2017 dan e-sukan adalah antara salah satu inisiatif bagi menjadikan Cyberjaya sebagai satu bandar mampan teknologi”, beliau menambah.

Pemenang Kategori E-sukan Cyberjaya Bawah 12 Tahun dari Sekolah Rendah Kebangsan (2) Simpang Lima, Klang
Pemenang Kategori Bawah 12 Tahun dari Sekolah Rendah Kebangsan (2) Simpang Lima, Klang

Sebagai pemaju induk Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd memainkan peranan dalam industri sukan elektronik ini memandangkan industri ini adalah penting dalam membina generasi masa depan serta dilihat mempunyai potensi besar di peringkat global.  

Setia Haruman juga memberikan sokongan penuh dalam pembangunan ekosistem e-sukan di Cyberjaya. Ia dilihat sebagai salah satu usaha menjadikan Cyberjaya sebagai satu bandar cemerlang dan mampu menarik golongan penggiat teknologi di sini.

Pemain bawah umur 12 tahun menunjukkan kemahiran mereka menerusi permainan video popular FIFA 2019
Pemain bawah umur 12 tahun menunjukkan kemahiran mereka menerusi permainan video popular FIFA 2019

Juara Piala Cabaran E-sukan Cyberjaya Bawah Umur 17 dan Bawah Umur 15 adalah dari Sekolah Menengah Tinggi Klang manakala Bawah Umur 12 adalah dari Sekolah Rendah Kebangsan (2) Simpang Lima, Klang. Kesemua pemenang telah membawa pulang RM300, trofi dan sijil penyertaan.


Mengenai Setia Haruman Sdn Bhd

Setia Haruman Sdn Bhd merupakan pembina bandar raya dan telah diberikan tanggungjawab untuk memastikan Cyberjaya dirancang dengan teliti dan dilengkapi dengan infrastruktur bertaraf dunia, menjadikan Cyberjaya sebagai kawasan yang sesuai untuk menarik pelaburan Syarikat Multinasional (MNC).

Setia Haruman juga membangunkan hartanah seperti bangunan pejabat, ruang perniagaan dan apartmen bagi memenuhi permintaan pasaran. Selain daripada menjadi  Pemaju Induk Cyberjaya, Setia Haruman juga merupakan Pemaju Hartanah dan telah membina bangunan komersial, kediaman dan perniagaan untuk kemudahan penduduk di Cyberjaya.

Setia Haruman bertekad untuk menjadi Pemaju Bandaraya yang membantu untuk membentuk komuniti pada masa hadapan melalui peruntukan dan pembangunan sebuah bandar yang dilengkapi kemudahan teknologi bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk. Untuk maklumat lanjut mengenai Setia Haruman, sila layari laman sesawang www.setiaharuman.com

Leave a Reply