Pizza Hut Tampilkan Cheese Sang Cheesy Bites Sempena Tahun Baru Cina

Pizza Hut Tampilkan Cheese Sang Cheesy Bites Sempena Tahun Baru Cina |  Sudah menjadi tradisi masyarakat Cina di Malaysia untuk meraikan Tahun Baru Cina dengan hidangan ‘Yee Sang’ yang melambangkan kemakmuran. Oleh itu, Pizza Hut buat pertama kalinya memperkenalkan Cheese Sang Cheesy Bites, hidangan penuh keriangan untuk dinikmati pada musim Tahun Baru Cina ini.

Cheese Sang Cheesy Bites

Piza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara pada bulan Januari dan Febuari 2018 melalui servis makan di restoran (dine-in), penghantaran (delivery) atau bawa balik (take-away). Untuk pengetahuan semua, piza Cheese Sang Cheesy Bites dilengkapu dengan lapan belas kerak pizza penuh dengan keju cedar dan mozarela, diikuti udang tempura ranggup dan nenas yang dihidangkan atas sos telur masin keemasan. Rasa lemak, manis, masin dan pedas memang memenuhi citarasa lidah Naz.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Berhad, En. Merrill Pereyra dan Ketua Pegawai Pemasaran, Cik Jean Ler turut hadir bagi melancarkan majlis bersama media. Acara dimulakan dengan tadisi tarian singa untuk bagi mendapatkan kemakmuran serta tuah yang banyak.

Pada majlis pelancaran bersama media, kami telah disajikan dengan piza istimewa ini serta hidangan sampingan yang lain seperti hidangan pembuka selera, sup krim cendawan, dan minuman istimewa.

Golden Prosperity Meal

Setelah selesai upacara makan-makan, aktiviti permainan diadakan untuk team media. Tak sia-sia belajar lipat kertas masa zaman sekolah dulu, team Naz memang hamper…

Paper Lantern Contest
Acara membuat kertas tanglung…. yeay menang hamper

Makan sudah, hamper pun dah menang…so kita wefie dulu dengan selebriti yang hadir memeriahkan majlis ini…

Wefie dengan Sharifah Sakinahm Melissa Th'ng (hits.fm) dan Syazwan Zulkifly
Wefie dengan Sharifah Sakinah, Melissa Th’ng (DJ hits.fm) dan Syazwan Zulkifly

Promosi Tahun Baru Cina

Cheese Sang Cheesy Bites ini boleh dibeli secara ala carte pada harga RM38.00 untuk saiz biasa dan menawarkan 3 set kombo hebat sebagai pilihan.

Golden Presperity Meal (RM78.80)
1 x Cheese Sang Cheesy Bites saiz biasa;
1 x Piza Pan/Hand-Strected Favourite saiz biasa;
1 x Udang Tempura Ranggup;
1 x Hidangan pembuka selera;
4 x Minuman;
4 x Aiskrim.

Double Happiness Meal (RM45.80)
1 x Cheese Sang Cheesy Bites saiz biasa; ataupun
1 x Piza Pan/Hand-Strected Favourite atau Supremen saiz biasa;
1 x Hidangan pembuka selera;
2 x Minuman.

Double Fortune Meal (RM42.80)
1 x Cheese Sang Cheesy Bites saiz biasa;
2 x Sup Krim Cendawan;
1 x Hidangan pembuka selera;
2 x Minuman.

Mari bersama-sama kita nikmati Cheese Sang Cheesy Bites bersama keluarga pada  Tahun Baru Cina ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *