PrimaValet Wangsa 118 Dibuka Secara Rasmi

PrimaValet Wangsa 118

PrimaValet Wangsa 118 Dibuka Secara Rasmi |  Selepas acara pertunjukkan fesyen PrimaValet di The Majestic Hotel Kuala Lumpur pada hujung bulan lepas dan hari ini cawangan PrimaValet ke-3 dibuka secara rasmi di Wangsa 118, Wangsa Maju KL.

Sebagai hub fesyen terbesar di tanah air, PrimaValet menjanjikan baju raya fesyen terkini, dengan kualiti terbaik, untuk semua peringkat umur dan pada harga yang amat berpatutan. Harga bermula dari RM70 sehinggalah ke RM380 sepasang dari jenama seperti Meylana, Shasya Habib, Arjuna, Zoud, Nur Aishah, UAI, Youme&Hunny, Beranku.Co, Kuku Besi, Syus Couture, Ezuwan Ismail, PV Man, PV Women dan PV Kids.

Pada majlis pelancaran PV Wangsa 118, barisan “Stars of PrimaValet” yang hadir antaranya Janna Nick, Alif Satar, Shahiezy Sam, Fikry Ibrahim, Amar Baharin, Amyra Rosli dan Aqeef Anaqi.

07 Stars of PrimaValet

PrimaValet Wangsa 118

Cawangan ini terletak di Bangunan Wangsa 118 (bersebelahan AEON BIG Wangsa Maju), berkeluasan 10,000 kaki persegi. Lokasi yang mudah diakses melalui lebuhraya DUKE, MRR2 atau AKLEH serta mempunyai kawasan tempat letak kereta yang agak luas. Cawangan ke-3 ini telah menelan belanja hampir RM1 juta untuk dipersiapkan dan dibuka tepat pada waktunya sebelum bermulanya bulan Ramadan. Jadi pelanggan sekitar Kuala Lumpur yang ingin membuat persiapan awal sudah boleh ke cawangan terbaru PrimaValet ini.

03

04

06

Pada pembukaan rasmi ini juga, pihak PrimaValet Wangsa 118 memberikan kurta percuma untuk 500 pelanggan pertama yang hadir. Ada yang hadir seawal pukul 8 pagi untuk beratur bagi mendapatkan tawaran hebat. Kurta percuma ini boleh ditebus pada 1 – 8 Jun 2018 di PV Wangsa 118.

16 Kurta Percuma

11 Pelanggan pertama

Pengarah Urusan PrimaValet, Dr. Arshad Beg sungguh teruja dengan kehadiran lebih dari 500 orang pada hari ini bagi majlis pelancaran cawangan PrimaValet ke-3 ini. Menurut beliau, warga sekitar Kuala Lumpur boleh mendapatkan semua koleksi Raya 2018 PrimaValet di cawangan ini. Apa yang ada di cawangan utama PrimaValet Ostia Bangi akan turut dijual di cawangan terbaru ini. Antara koleksi yang sudah ada seperti Baju Melayu dan Kurta PV Man, Baju Kurung PV Women, koleksi PV Kids, koleksi Baju Melayu Arjuna, koleksi Zoud serta koleksi eksklusif pereka terkenal, Ezuwan Ismail.

09 Baju Kurta PV Men

10

Pemilik utama PV Wangsa 118, Encik Nik Muhd Amin dan Puan Shima, sangat gembira dengan sambutan yang luar biasa (walaupun masih ada yang berada di kampung sebab pilihanraya lalu) hari ini sehingga tak menang tangan melayan pelanggan. Stok baju buat setakat ini hampir 70% – 80% sudah masuk dan menariknya keluar masuk keluar masuk dengan cepat. Sempena pelancaran cawangan ini, 10 pelanggan bertuah akan dipilih melalui cabutan bertuah, dan bakal memenangi percutian di Bali, Indonesia. Selain dari itu, akan ada promosi “Happy Hour” dari barisan artis terpilih setiap minggu dengan promosi tak masuk akal sehingga RM50 sepasang sahaja.

08 Encik Nik Muhd Amin dan Puan Shima

PrimaValet selain menjadi hub fesyen, mereka juga menjadi trend setter dalam industri ini. Terbaru mereka mengeluarkan Luxe Abaya inspired Dubai yang berharga mampu milik sekitar RM300, dari segi kualiti dan fabrik adalah sama macam di Dubai. Selaras dengan aspirasi mereka to be Number 1!

15

13

14

Bagi yang masih tiada idea untuk fesyen baju raya bagi tahun ini, anda dijemput ke PrimaValet Wangsa 118 untuk melihat apa yang ditawarkan di cawangan terbaru ini.

Leave a Reply